Friday, May 22, 2009

TeLuR Aye NGA TeLo Itik...


Cite ni berlaku kat bandar Kuala Terengganu.Dipendekkan cerita... datanglah dua orang lelaki foreigner (seorang berkulit putih dan seorang lagi negro)ke bandar Kuala Terengganu untuk menikmati keindahan negeri Terengganu sempena dengan Tahun Melawat Terengganu 1997. Setelah tiga hari mereka berada di Kuala Terengganu mereka pergi ke Pasar Kedai Payang untuk membeli telur untuk makan tengahari. Di Pasar Kedai Payang...

mat saleh : i want to by an eggs...

penjual : mender?? (apa?)

mat saleh : eggs... eggs... i want eggs..

penjual : nok mender?? mak cik dok fahang nih..

mat saleh : egggsss... eggsss...

penjual : mak cik katerr dok fahang... dok fahang ahh..

Oleh kerana terlalu berang dengan mak cik (penjual) yang tidak faham english maka, mat saleh (kulit putih) telah menunjukkan 'telurnya' kepada mak cik tadi...

penjual : ooo... kabo lah nak beli telurr...

Mak Cik itu pun bagi lerr telur kat mat saleh dua owang tadik. Oleh kerana terlalu lapar dan terlalu berang dengan peristiwa di Pasar Kedai Payang tadik... maka mat saleh dua owang tu pun makan dengan banyaknya tengahari tu. Nak dijadikan cerita... telur yang mereka beli tadik pun habiss dan mat saleh (kulit putih) pun menyuruh negro pulak pegi beli telur kerana dia dah tak sanggup lagi nak mengahadapi mak cik ! tadi. Maka dengan berat hati neg! ro tu pun pergilah beli telur kat Pasar Kedai Payang ngan makcik tadi.

negro : i want to buy an eggs... eggs...

penjual : menda?? menda?? nak beli menda??

negro : eggs... egss... eggsssss...

Tiba-tiba negro tu pun teringat lerrr masa dia ngan kawan dia beli telur tadik. Dengan penuh yakin dan 'konfidennya' negro tersebut menunjukkan 'telurnya' kepada mak cik penjual telur. Maka dengan penuh yakin dan 'konfidennya' juga mak cik penjual telur tu pun memberikan telur masin (telur yang dibalut dengan campuran tanah liat dan arang) kepada negro tersebut. Apa lagi... tergezut beruklah negro tadik kerana telur yang dibelinya tidak sama dengan telur yang dia dan kawan dia beli tadi...muakakakakakaka...

Pesanan Penaja : "Benda Yang Serupa Tak Semestinya Sama

Kata2 Hikmat


1. Walau apa yang kita lakukan baik atau buruk, pasti orang akan berkata.
Itulah fitrah manusia nampak keburukan orang. Suluh diri kita selalu
adakah betul atau sebaliknya.

2. Manusia berakal tidak mungkin kutuk mengutuk sesama kawan apalagi sudah
bertahun lamanya sebagai kawan.

4. Dalam seribu orang kawan, amat sukar disamakan dengan seorang sahabat.

5. Banyak orang kenal diri orang, tetapi tidak kenal diri sendiri sebab orang
itu sibuk memikirkan kecacatan orang lain daripada kecacatan diri sendiri.

SELAMILAH APA YANG TERSIRAT, SEMOGA ADA BAIKNYA, INSYAALLAH.

Wednesday, May 20, 2009

"memilih Calon Isteri....."

Jika melihatkan kepada beberapa ayat Qur’an dan hadis-hadis yang sahih, di sana terdapat perintah atau saranan bahawa tempat wanita itu adalah di rumah. Di rumah wali-wali (ibu/bapa) mereka atau suami-suami mereka. Manakala dalam banyak hadis juga menjelaskan bahawa bolehnya wanita untuk keluar rumah itu adalah dengan ditemani mahramnya yang lelaki seperti abang, ayah, atau suami. Sekaligus menunjukkan bahawa tugas besar wanita itu adalah sebagai menguruskan hal-ehwal di rumah. Kepimpinan wanita difokuskan kepada pelbagai urusan dalam membantu suami menguruskan anak-anak, hak-hak suami, dan menjaga keharmonian dalam rumahtangga. Dari sini juga kita melihatkan betapa agama Islam ini benar-benar menjaga kebajikan dan kehormatan seorang muslimah.

“Dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang Jahiliyah yang dahulu…” (al-Ahzaab 33: 32)

“Wanita adalah penanggungjawab di dalam rumah suaminya dan kelak akan dimintai pertanggungjawaban atas apa yang ia pimpin.” (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)

Namun, keadaan yang sewajarnya menurut syari’at itu kelihatannya semakin lama semakin ditinggalkan oleh kebanyakan wanita zaman ini. Lantas, tidak hairanlah jika mereka dilanda dengan pelbagai fitnah dan cabaran. Walaubagaimanapun, dalam keadaan seperti yang terjadi pada hari ini, kesolehan para wanita tertentu masih dapat dilihat dalam banyak hal.

Berikut adalah merupakan sedikit perkongsian yang telah saya selidiki dan perolehi daripada beberapa buah buku yang mana dengan harapan boleh dijadikan rujukan sama ada buat si pemuda atau perempuan umumnya.

Kepada si lelaki, mungkin tulisan ini mampu menjadi rujukan dalam usaha membuat penilaian terhadap karektor seorang wanita yang baik yang harus dipilihnya.

Manakala, bagi seorang perempuan, mungkin boleh dijadikan sebagai panduan untuk memperbaiki diri agar anda sentiasa tergolong dalam rangkaian dan barisan wanita yang solehah dan bakal dipilih oleh juga pemuda yang soleh. insyaALLAH...

Dalam persoalan ini,

Apabila seorang pemuda telah menemukan atau hendak menemukan seorang calon isteri yang dipandangnya sepadan dan berkenan di hati, hendaklah ia memeriksa sifat yang terpuji dan kriteria pegangan agama yang ada padanya. Janganlah kita hanya memfokuskan semata-mata kepada karektor duniawi, kekayaan, kecantikan dan kedudukan. Kerana di dalam suatu hadis Rasulullah s.a.w., seseorang wanita itu sebaiknya dipilih untuk dinikahi adalah kerana berdasarkan agamanya yang baik dan bukannya karena karektor selainnya.

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a., ia berkata: Rasulullah bersabda:

“Wanita dinikahi karena empat perkara; karena hartanya, karena kedudukannya/keturunannya, karena kecantikannya dan keranan agamanya. Maka, pilihlah yang baik agamanya niscaya engkau beruntung.” (Diriwayatkan oleh al-Bukhari (3/242), Muslim (2/1086), Abu Dawud (2047), an—Nasaa’i (6/68) dan Ibnu Majah (1858))

Ini kerana, dengan karektor agama yang baik inilah sebenarnya ia mencakupi segala faktor-faktor yang lainnya. Dengan aspek agama yang baik ini, keindahan akhlaknya terserlah, kecantikannya terjaga dan terpelihara, malahan martabat dan kehormatannya berbanding wanita di kancah masyrakat kebanyakan juga tinggi nilainya.

Secara umumnya, mereka yang baik agamanya dan lebih taqwanya adalah mulia dan dipandang tinggi di sisi Allah s.w.t.

“Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu...” (al-Hujuraat 49: 13)

Sahabat-sahabat yang saya sayangi, di sini ingin saya nyatakan bahawa faktor atau aspek kecantikan itu bukanlah tidak diperlukan. Tetapi yang ingin saya maksudkan adalah janganlah sehingga kita membataskan semata-mata keinginan kita kepada kecantikan, kerana ia bukanlah prinsip yang dianjurkan Rasulullah s.a.w. sendiri dalam persoalan pemilihan pasangan Isteri.

Dalam hal ini, Sheikh al-‘Azim Abad di dalam kitab ‘Annul Ma’buud Syarh Sunan Abi Daud, ada menyatakan bahawa yang sewajarnya dipilih adalah wanita yang baik agamanya dan memiliki adab yang baik agar kelak berupaya menjadi pertimbangan kepadanya dalam pelbagai urusan kehidupan, terutamanya dalam urusan rumahtangga. Oleh kerana itu, Nabi s.a.w. memerintahkan supaya mencari wanita beragama yang merupakan puncak kepada pencarian (keutamaan pilihan).

Dengan merujuk pula kepada firman Allah s.w.t. berikut:

فَالصَّالِحَاتُ قَانِتَاتٌ حَافِظَاتٌ لِلْغَيْبِ بِمَا حَفِظَ اللَّهُ
“Maka Wanita yang solehah, ialah yang ta’at kepada Allah lagi memelihara dirinya (kehormatannya) ketika suaminya tiada, oleh karena Allah telah memelihara (mereka)." (Surah an-Nisaa’ 4: 34)

Sufyan ats-Tsauri berkata (Diriwayatkan oleh Ibnu Jarir dalam Tafsirnya (5/38) dengan sanad yang shahih): Kalimah “Qaanitaat/ قَانِتَاتٌ” membawa maksud wanita yang taat kepada Allah dan kepada suaminya.”

Nabi pernah ditanya tentang sebaik-baik wanita, yang mana Baginda bersabda:

“Iaitu yang taat apabila diperintah, yang menyenangkan apabila dipandang serta menjaga diri dan harta suaminya.” (Hadits bertaraf sahih, diriwayatkan oleh imam Ahmad (4/341))

Bertepatan dari anjuran hadis Rasulullah ini, maka keutamaan kita dalam memilih calun isteri adalah menjurus kepada wanita yang baik urusannya dalam menjaga kehormatan dirinya dan harta suaminya, sama ada ketika berada di sisi suami, keluarga ataupun di ketika waktu ketiadaan suaminya, secara zahir dan batin yang didasari hati yang bersih serta suci lantaran kesan pegangan agamanya.

Dari kalangan tabi’in, Qatadah bin Di’aamah As-Saduusi pula berkata: “(Wanita yang septutnya menjadi pilihan) Adalah yang menjaga apa-apa yang telah Allah serahkan agar dijaga dari hak-hak suaminya. Menjaga dirinya saat suaminya tidak berada di sisinya.” (Diriwayatkan oleh Ibnu Jarir (5/39) dengan sanad yang shahih)

Telah disebutkan di atas tentang sifat sebaik-baik wanita iaitu,

“Serta menjaga diri dan harta suaminya.”

Abdullah bin Amru r.a. berkata: “Mahukah kalian aku beritahu tentang tiga jenis manusia yang celaka:

(iaitu) Imam yang zalim, bila engkau berbuat baik kepadanya ia tidak berterima kasih, jika engkau berbuat salah kepadanya ia tidak memaafkan. Tetangga/jiran yang jahat, jika ia melihat kebaikan padamu ia tutup-tutupi, jika melihat keburukan padamu ia menyebarkannya. Isteri yang buruk tabiatnya, jika engkau berada di sisinya ia membuatmu gusar/tidak senang. Dan bila engkau tidak berada di sisinya ia berkhianat.”
(Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Syaibah dalam kitab Al-Mushannaf (3/559) dengan sanad yang shahih)

Seterusnya, carilah wanita yang memiliki sifat-sifat yang penyayang. Semua ini mampu memberi infect atau kesan yang baik kepada anak-anak kelak serta kepada hati suami yang utamanya. Dalam hal ini,

Nabi s.a.w bersabda: “Nikahilah oleh kalian wanita yang penyayang lagi subur, kerana aku akan berbangga dengan jumlah kalian yang banyak di hadapan umat-umat lain pada hari Kiamat.” (Hadis Sahih, diriwayatkan oleh al-Khathib al-Baghdaadi dalam Tarikh Baghdad (12/377))

“Sebaik-baik wanita yang menunggang unta adalah wanita-wanita yang solehah dari suku Quraisy, mereka adalah wanita yang paling sayang kepada anak-anak sewaktu masih kecil dan yang paling menjaga hak dan harta suami.” (Diriwayatkan oleh Al-Bukhaari (3/240))

Begitulah sebagaimana yang dinyatakan oleh Baginda Rasulullah s.a.w. sendiri perihal keutamaan sikap penyayang pada seorang wanita. Dengan sifat inilah, anak-anak nantinya mampu dididik dengan baik dan penuh perhatian serta kasih sayang seorang ibu. Di sana, peranan ibu adalah suatu keutamaan yang besar sebagai pendidik awal setiap anak-anak yang dilahirkan di dalam sesebuah institusi kekeluargaan. Dari sinilah bermulanya jati diri anak-anak dibentuk untuk menjadi manusia yang baik di masa hadapan. Dengan gabungan faktor kesolehan seorang wanita yang di-adun dengan sikap amanah, berilmu dan kasih sayang seorang wanita, sudah pasti sesebuah rumahtangga mampu menjadi suatu medan atau institusi yang berkesan dalam melahirkan masyarakat yang islamic dan berdaya maju dari konteks tauhid, ubbudiyyah, mu’amalah, dan material.

Dari sifat yang penyayang juga, ia berupaya melahirkan sikap yang menyenangkan. Dan kriteria ini jugalah yang dititikberatkan oleh Rasulullah s.a.w. sebagaimana dalam hadisnya tadi, iaitu

“...yang menyenangkan apabila dipandang...”

Peribadi wanita yang bersifat menyenangkan ini apabila dipandang dan bergaul dengannya mampu menjadi penenang dan penunduk hati suami dan keluarga dalam pelbagai urusan rumahtangga. Sifatnya yang elok dipandang mampu mengawal hati suami dan kelak kepada anak-anak untuk sentiasa berperasaan suka dan mendamaikan suasana. Lantas melahirkan satu persekitaran yang harmoni di dalam sesebuah kekeluargaan.

Di samping sifat penyayang dan peribadi yang menyenangkan, faktor untuk mencari wanita yang mampu melahirkan anak yang baik atau faktor kesuburan juga adalah merupakan salah satu kriteria yang dititikberatkan oleh Rasulullah s.a.w. sendiri.

“Nikahilah oleh kalian wanita yang penyayang lagi subur...”

Dari sudut ini, kelangsungan hidup manusia dan generasi soleh/solehah akan dapat diteruskan melalui kelahiran zuriat-zuriat yang baik. Lantas, dari zuriat yang soleh/solehah (muslim ini) ia berupaya untuk menjaga aspek keturunan dari generasi ke generasi untuk membentuk masyarakat yang menegakkan syari’at Allah, meninggikan agama, memakmurkan alam semesta, dan memperbaiki kehidupan di muka bumi. (Rujuk: Menjaga Kehormatan Muslimah, sheikh Bakr Abdullah Abu Zaid, Daar an-Naba', m/s. 150-151)

Dari sini juga, kita dapat melihat betapa besarnya peranan wanita kepada ummah dan masyarakat sejagat dalam membina ketamadunan dunia. Wanita sebenarnya adalah merupakan akar umbi dan tonggak kepada pelbagai kejayaan generasi manusia.

Jika dilihat kepada sirah di zaman nabi dan para sahabat. Ibu-ibu yang tempatnya di rumah yang mana kefahaman agamanya baik-baik, merupakan faktor yang yang menjadi tonggak kejayaan masyarakat pada zaman itu. Dari didikan seorang wanita yang solehah, lahirnya ramai sekali panglima-panglima perang yang gagah perkasa dan bijaksana dalam mengatur pelbagai strategi ketenteraan. Malah, mampu membina generasi yang handal di medan tempur dan melahirkan para syuhada yang ikhlas dan tulus perjuangannya kepada agama Allah. Dengan didikan para ibulah, lahirnya ramai golongan ulama atau ilmuan tersohor yang sentiasa disebut-sebut namanya sehingga kini.

“Dan para wanita itu mempunyai hak yang seimbang seperti kewajiban yang ditanggung oleh mereka (terhadap suami) dengan cara yang ma’aruf (dan tidak dilarang oleh syara’); Dalam pada itu orang-orang lelaki (suami-suami itu) mempunyai satu darjat kelebihan atas orang-orang perempuan (isterinya). Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” (al-Baqarah 2: 228)

Dari sini juga kita dapat melihat bagaimana terjalinnya hubungan antara kelebihan kaum wanita dengan kekuatan kaum lelaki sehingga keduanya akan saling melengkapi dengan masing-masing diberikan keistimewaan, keutamaan, dan tanggungjawab masing-masing.

“Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” (al-Baqarah 2: 228)

Anjuran Rasulullah s.a.w. yang seterusnya adalah difokuskan kepada gadis-gadis yang perawan/dara iaitu yang masih belum pernah berkahwin;

Ini adalah berdasarkan hadis Jabir bin Abdillah, ia berkata: “Aku baru saja menikah.

Lalu Rasulullah bertanya: “Dengan siapa engkau menikah?”

“Dengan seorang janda.” Jawabku.

Rasulullah s.a.w bersabda: “Mengapa tidak dengan seorang gadis yang boleh engkau dapat bermain-main dengannya dan dia pun dapat bermain-main denganmu.”

Atau dalam riwayat yang lain beliau mengatakan: “Yang ia boleh membuatmu tertawa gembira dan engkau boleh membuatnya tertawa gembira.”
(Hadis Riwayat Bukhari (111/240) & Muslim (11/1078))

Imam An-Nawawi rahimahullah berkata, di dalam Syarah Sahih Muslim (10/294): “Hadits ini menjelaskan tentang kelebihan menikahi gadis perawan/dara, dan menunjukkan bahawasanya menurut keutamaan menikahi mereka adalah lebih baik.”

Dalam hadis yang lain, Rasulullah s.a.w., beliau bersabda: “Nikahlah dengan gadis perawan, kerana mereka itu lebih manis bibirnya, lebih subur rahimnya, dan lebih redha dengan yang sedikit.” (Hadis Riwayat Ibnu Majah, (no. 1861) di dalam kitab an-Nikah)

Dalam persoalan ini, dapat dibezakan di antara wanita yang janda dengan yang gadis kerana mungkin sahaja wanita yang janda ini sudah memiliki anak yang perlu dijagai dan memerlukan lebih perhatian kepada anaknya. Selain itu, mungkin juga dia sudah beberapa kali hamil dan akan memiliki kebarangkalian keletihan untuk hamil lagi dan memiliki hasrat untuk tidak mahu memiliki anak lagi. Mungkin juga ia mampu mengganggu hubungan seksual suami dan isteri kerana kebiasaannya wanita yang berstatus janda tidak cukup dengan hubungan/layanan yang sedikit. Berbeza dengan gadis yang masih belum pernah berkahwin, ia lebih mudah terangsang dan redha dengan layanan yang sedikit. (Rujuk: Indahnya Menikah ‘Ala Sunnah Nabi, Amru Abdul Mun’im Salim, Daar an-Naba’, m/s. 52)

Akhir sekali, suatu yang perlu di-ambil perhatian. Bahawasanya Allah dan Rasul-Nya melarang lelaki ataupun sebaliknya untuk menikahi atau mengahwini pasangan yang terdiri dari kalangan penzina. Tetapi pilihlah wanita yang mulia, suci dan terjaga kehormatannya sebagaimana yang dinyatakan di awal tulisan ini tadi,

“...yang ta’at kepada Allah lagi memelihara dirinya (kehormatannya).” (an-Nisa’ 4: 34)

Persoalan ini juga dijelaskan oleh Allah s.w.t. sebagaimana di dalam firman-Nya yang berikut:

“Laki-laki yang berzina tidak mengawini melainkan perempuan yang berzina, atau perempuan yang musyrik; dan perempuan yang berzina tidak dikawini melainkan oleh laki-laki yang berzina atau laki-laki musyrik, dan yang demikian itu diharamkan atas orang-orang yang mukmin.” (an-Nuur 24: 3)

Dalam suatu riwayat, sebelum turunnya ayat ini seorang sahabat bernama Abu Martsad al-Ghanawi r.a. datang menemui Rasulullah s.a.w. meminta restu/keizinan untuk menikahi seorang wanita pelacur yang dahulunya semasa jahiliyyah adalah bekas kekasihnya (wanita itu bernama ‘Anaq). Dan sehinggalah turunnya ayat di atas (Surah an-Nuur 24: 3) Rasulullah s.a.w. menjelaskan “Jangan dinikahi wanita itu!” (Diriwayatkan oleh imam yang empat kecuali Ibnu Majah)

Ini antaranya adalah kerana wanita penzina dan pelacur itu boleh mengganggu urusan kebahagian sesebuah rumahtangga dan institusi kekeluargaan pasangan suami isteri. Malah status pelacur/penzina ini sendiri menurut Ibnu Umar r.a. adalah merupakan antara manusia yang celaka sebagaimana riwayat ini (telah dijelaskan di awal tulisan), “wanita yang apabila engkau tidak berada di sisinya ia berkhianat.”

Manakala menurut Hasan al-Basri rahimahullah; “Tidaklah halal dinikahi wanita penzina dan wanita simpanan.” (Diriwayatkan oleh Sa’id bin Mashur dalam as-Sunan (5/8) dengan sanad yang sahih)

Adapun begitu, andainya dia (wanita yang awalnya seorang penzina) merupakan dari kalangan wanita yang sudah bertaubat dan sudah meninggalkan perbuatan pelacuran, maka keharaman itu terhilang dan termansuh sebagaimana menurut Abdullah bin Abbas r.a.: “Awalnya zina akhirnya nikah, awalnya haram akhirnya halal.” (Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Syaibah (3/529) dengan sanad yang sahih)

Dan daripada firman Allah s.w.t.:

"...kecuali orang-orang yang bertaubat sesudah itu dan memperbaiki (dirinya), maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (an-Nuur 24: 5)

Shilah bin Asyyam rahimahullah berkata: “Tidak mengapa menikah keduanya samaada wanita atau pemuda dengan penzina yang telah bertaubat kepada Allah. Allah lebih berhak menerima taubat keduanya. Jika keduanya adalah penzina dan belum bertaubat, maka lelaki yang buruk pasangannya juga adalah dengan wanita yang buruk pula. (Diriwayatkan oleh Ibnu Abi syaibah (3/528) dengan sanad yang sahih)

Sebagai kesimpulan, membuat pilihan calun isteri bukanlah suatu perkara yang boleh dipandang remeh. Ia amat berat pada hakikatnya kerana ia bakal menjaga urusan dalam kekeluargaan yang diketuai oleh seorang lelaki bernama suami. Dan bakal menjadi pembimbing anak-anak atau zuriat yang kelak bakal dilahirkan. Kriteria-kriteria yang baik berserta kebijaksanaan dalam pelbagai bidang ilmu tertentu dan persoalan keagamaan perlu dilihat sebagai keutamaan supaya segala perjalanan kehidupan di masa mendatang bakal ter-urus dengan baik dan tersusun. Supaya kelak, kehidupan anda bersama keluarga bakal mengecapi suasana yang aman bahagia dan tenteram. Lantas mampu melahirkan masyrakat yang berhubungan dengan harmoni.

Antara ciri-ciri yang lain bagi calun isteri yang baik secara umum adalah seperti berilmu, sentiasa bersyukur, tahu menjaga hubungan yang baik dengan kaum keluarga kedua belah pihak, memiliki daya kepimpinan terhadap pengurusan rumahtangga dengan baik, memahami kehendak/keperluan suami, batas pergaulannya terjaga, dan sentiasa menjaga penampilan yang baik.

“Kebahagiaan manusia ada tiga: Wanita yang solehah, tempat tinggal yang baik, dan kenderaan yang baik. Sedangkan kesengsaraan manusia ialah: Wanita yang buruk (perangainya), tempat tinggal yang buruk, dan kenderaan yang buruk.” (Hadis Riwayat Ahmad (1/168), dengan sanad yang sahih)

Dan mereka berkata (berdoa): "Wahai Tuhan kami, anugerahilah kepada kami isteri-iesteri kami dan zuriat keturunan kami sebagai penyenang hati kami, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang bertaqwa. (al-Furqan 25: 74)

Dan sebaik-baik wanita itu adalah mereka yang soleh dalam agamanya, sebagaimana hadis berikut:

“Dunia itu seluruhnya adalah perhiasan, sebaik-baik perhiasan dunia adalah isteri yang solehah.” (Hadis Riwayat Muslim, Kitab ar-Ridha)

InsyaALLAH, artikel seterusnya akan bersambung dengan tajuk:

“Memilih Calun Suami Anjuran Rasulullah s.a.w.”

mimilih calon suami....

Melalui artikel yang lalu, saya ada membawakan berkenaan sekitar persoalan memilih isteri solehah di bawah tajuk “Memilih Calun Isteri Anjuran Raulullah s.a.w.”. Kali ini, insya-Allah saya akan cuba membawakan/membentangkan persoalan lelaki yang sewajarnya dipilih (atau yang menjadi keutamaan) menjadi suami.

Berdasarkan artikel yang lepas, ramai yang bertanya, masih wujudkah wanita seperti itu. Jawab saya melalui artikel ini, “Ya, masih wujud.” Kalau tidak wujud, anda sebagai wanita yang membacanya, perlulah berusaha mewujudkannya.

Dan andainya, dirasakan terlalu sukar untuk memenuhi kriteria yang saya cuba utarakan/sampaikan, tiada salahnya memilih yang terbaik di antara yang ada yang menghampiri kepada kriteria-kriteria yang dibawakan dalam artikel yang lalu. Secara kesimpulannya, dahulukanlah keutamaan agamanya dan yang mendekati ciri-ciri yang baik tersebut. – wallahu a’lam...

Untuk artikel kali ini, saya cuba membawakan beberapa ciri asas sahaja dan penjelasannya saya serahkan kepada anda untuk memikirkannya/menimbangkannya. Dalam persoalan memilih atau mencarikan suami untuk seseorang wanita, wali atau ibu bapa memainkan peranan yang penting sekali dalam hal ini. Ini adalah kerana, mereka berperanan sebagai perantara kepada anak-anak perempuan mereka dalam kebanyakan urusan. Di samping mendidik, menjaga, memelihara, para wali/ibu bapa juga berperanan untuk menikahkan anak gadis mereka masing-masing. Untuk itu, adalah penting untuk kita mengetahui bagaimana ciri-ciri asas seorang lelaki yang wajar dinikahkan kepada anak gadisnya menurut sisi garisan/pandangan Islam.

Kriteria Umum Seorang Suami Pilihan

Kriteria yang pertama adalah keutamaan kepada yang baik agamanya. Ini diukur kepada akidahnya dan bagaimana dia beramal dengan Islam. Adakah ia menjaga solatnya, akhlaknya, dan seumpamanya. Ini adalah berdasarkan hadis ini:

“Apabila orang yang kamu redha agama dan akhlaknya datang meminang, hendaklah kamu kahwinkannya. Sekiranya kamu tidak melakukannya nescaya akan timbul fitnah dan kerosakan di atas muka bumi.” (Hadis Riwayat at-Tirmizi dalam kitab nikah, (no. 1080) daripada Abu Hatim al-Munzi)

Kemudiannya, hendaklah lelaki itu yang memiliki ciri-ciri kepimpinan yang baik bagi memimpin sebuah rumahtangga dan institusi kekeluargaan.

“Kaum laki-laki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (laki-laki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (laki-laki) telah menafkahkan sebagian dari harta mereka.” (an-Nisa’ 4: 34)

Ini adalah bagi menjamin antaranya keselamatan, kebahagian, nafkah (kewangan), dan pengurusan yang baik. Dalam persoalan lelaki sebagai pemimpin, lelaki dilebihkan dalam beberapa hal, antaranya adalah keupayaan fizikal yang melebihi wanita, dan kebolehan untuk bergerak dalam melaksanakan kerja/tugasan di luar.

Di samping itu, lelaki/suami juga perlulah berupaya mendidik keluarganya ke arah agama dan kehidupan yang baik. Ini adalah bagi menjamin kesejahteraan dalam berumahtangga, melahirkan zuriat yang soleh-solehah serta menjamin kebaikan di akhirat kelak. Oleh itu, bagi memiliki daya kepimpinan yang baik, suami juga perlulah memiliki ilmu yang sewajarnya bagi menjamin keluarga sentiasa dalam keadaan yang aman, harmoni dan bahagia.

Di dalam firman Allah s.w.t., maksudnya:

“Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya Malaikat-malaikat yang kasar dan keras, yang tidak derhaka kepada Allah terhadap apa yang Dia perintahkan kepada mereka dan mereka selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.” (At-Tahrim: 6)

Di dalam ayat tersebut juga dinyatakan bahawa, suami atau seseorang individu itu bertanggungjawab untuk memastikan keluarga sentiasa dalam naungan agama yang sahih dan baik bagi menjamin keselamatan ahli keluarganya dari keburukan di akhirat.

Antara lain, para wali berperanan untuk memilihkan calon suami yang menepati kehendak anak perempuannya dan yang disukainya. Tidak begitu wajar, jika anak perempuan dipaksa untuk menikah dengan seorang lelaki yang tidak disuakainya. Dalam hal ini, para wali juga wajar mencarikan lelaki yang baik parasnya (yang disukai) di samping beberapa ciri yang sebelumnya.
Dalam hal ini, Ibnul Jauzi berkata:

“Disukai bagi yang ingin menikahkan anak gadisnya agar memilih pemuda yang bagus parasnya. Kerana kaum wanita juga menyukai apa yang disukai oleh kaum lelaki.” (Ahkaamun Nisaa’, hal. 203)

Ibu bapa dan para wali juga perlulah memerhatikan dengan siapakah anaknya dinikahkan. Ini adalah bagi memastikan anak gadisnya bernikah dengan orang yang tepat dan baik serta memastikan kehidupan rumahtangga yang bahagia di masa hadapan.

Dalam satu riwayat, ketika Fatimah binti Qais r.ha. datang kepada Nabi s.a.w. bagi mengkhabarkan bahawa Abu Jahm dan Mu’awiyah bin Abi Sufyan datang meminangnya, Rasulullah s.a.w. bersabda kepadanya: “Mu’awiyah adalah lelaki miskin tidak punyai harta, adapun Abu Jahm adalah lelaki yang suka memukul wanita, maka nikahlah dengan Usamah bin Zaid.” Fatimah mengisyaratkan dengan tangannya tanda menolak, yakni jangan Usamah, jangan Usamah!

Rasulullah s.a.w. bersabda kepadanya:

“Mentaati Allah dan Rasul-Nya adalah lebih baik bagimu.” Fatimah berkata: “Akupun menikah dengannya dan aku bahagia sekali.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Hadis ini menunjukkan supaya lelaki yang dipilih itu mampu memenuhi keperluan nafkah keluarga dan janganlah dinikahkan anak (wanita) itu dengan seseorang lelaki yang tidak pasti sama ada dapat melayani/menjaga anak gadisnya dengan baik atau tidak.

Selain itu, menurut imam Nawawi rahimahullah di dalam Syarh Sahih Muslim, beliau menyatakan tentang hadis ini bahawa:

“Adapun anjuran Nabi s.a.w. agar menikahi Usamah adalah kerana beliau mengetahui kadar agamanya, keutamaannya, keelokan perangai dan kemuliaannya. Maka Nabi menganjurkan agar menikah dengannya. Namun Fatimah tidak menyukainya kerana Usamah bekas budak dan warna kulitnya hitam. Maka Nabi s.a.w. terus menerus menganjurkannya agar menikah dengan Usamah. Kerana Rasulullah s.a.w. mengetahui kemaslahatannya bagi Fatimah. Dan ini terbukti.”

Terdapat suatu hadis yang lain yang menyatakan, lelaki dianjurkan dari kalangan yang mampu memberi nafkah yang baik/mampu.

“Wahai para pemuda, barangsiapa di antara kalian yang mampu menikah, maka menikahlah.”
(Hadis Riwayat al-Bukhari, (no. 5066))

Dari ini juga membuktikan bahawa kesepadanan dan keselarasan dalam Islam adalah amat penting dan agama merupakan suatu asas yang paling utama mengatasi paras rupa dan kedudukan/harta.

Seterusnya, dianjurkan untuk seseorang wanita bernikah dengan lelaki yang sebaya usianya. Dan tidak digalakkan untuk seorang wanita menikah dengan seorang lelaki yang jauh lebih tua darinya atau berusia.

Diriwayatkan dari Buraidah bin al-Hushaib r.a. ia berkata: “Abu Bakar dan Umar r.a. datang meminang Fatimah r.ha..” Rasulullah s.a.w. bersabda: “Ia masih kecil.”

Lalu Ali r.a. datang meminang dan Rasulullah s.a.w. menikahkan Fatimah dengannya.
(Diriwayatkan oleh an-Nasa’i dengan sanad yang hasan)

Dan imam an-Nasa’i juga telah meletakkan suatu bab di dalam sebuah kitabnya (as-Sunan ash-Shugra) atas tajuk “Menikahkan Wanita dengan Lelaki yang Sebaya Usia Dengannya.”

Seterusnya, para wali berhak untuk menikahkan atau menawarkan anak gadis beliau kepada pemuda yang baik-baik. Ini dikira dari sudut agamanya (kesolehan).

Dalam Fathul Bari (9/83), al-Hafiz Ibnu Hajar berkata:

“Seseorang dibolehkan untuk menawarkan anak gadisnya atau wanita yang berada di bawah tanggungjawabnya kepada lelaki yang diyakini baik dan soleh. Kerana hal itu akan membawa manfaat kepada yang ditawarkan dan seseorang tidak perlu merasa malu untuk melakukan hal itu. Dan juga diperbolehkan ia menawarkannya kepada lelaki soleh walaupun ia sudah beristeri.”

Malah, wanita itu dibolehkan untuk menawarkan dirinya (untuk dinikahi) kepada lelaki yang diketahui kesolehannya.

Ini berdasarkan kepada suatu riwayat, dari anas bin Malik r.a. ia berkata: “Seorang wanita datang menawarkan dirinya kepada Rasulullah s.a.w. Ia berkata: “Wahai Rasulullah, apakah engkau mempunyai keinginan untuk menikahiku?””

Puteri Anas berkata: “Betapa sedikit rasa malunya, alangkah buruk wanita ini, alangkah jelek wanita ini!”

Anas berkata: “Dia lebih baik daripada dirimu. Ia mencintai Rasulullah s.a.w. dan menawarkan dirinya kepada beliau.”
(Diriwayatkan oleh Bukhari, 3/246, an-Nasa’i, dan Ibnu Majah)

Dalam persoalan ini juga, imam Bukhari telah meletakkan satu bab bertajuk “Seorang Wanita Menawarkan Dirinya Kepada Lelaki Soleh”.

Akhir sekali, adalah dilarang wanita yang baik dan solehah, dinikahkan/bernikah dengan lelaki yang buruk atau seorang penzina.

Ini adalah berdasarkan Firman Allah s.w.t. ini,

“Laki-laki yang berzina tidak mengawini melainkan perempuan yang berzina, atau perempuan yang musyrik...” (an-Nuur 24: 3)

Secara keselurannya, sebagai kesimpulan, diajurkan para wali atau wanita untuk memilih calon suami yang baik agamanya (lelaki soleh) sebagai keutamaan, memiliki daya kepimpinan yang baik dalam persoalan kekeluargaan, memiliki kemampuan dari segi kewangan dan ilmu, dan memliki keterampilan/personaliti yang disenangi oleh si wanita. Perlu ditekankan, bahawa dalam banyak riwayat, ditunjukkan bahawa pengaruh agama itu lebih diberi keutamaan berbanding ciri-ciri yang lainnya. Malah, di dalam beberapa hadis menunjukkan bahawa ada lelaki yang miskin namun baik agamanya, adalah diberi kepercayaan/saranan oleh nabi s.a.w. sendiri.

Pilihlah yang baik agamanya sebagai priority...

“... jika mereka miskin, Allah akan memampukan mereka dari limpah kurnia-Nya kerana Allah Maha Luas (rahmat-Nya dan limpah kurnia-Nya), lagi Maha mengetahui.” (an-Nuur 24: 32)

Wallahu a’lam...

"LoVE n SEX,never seperate.....u think ????"




Saya sendiri masih tidak dapat memastikan benarnya tajuk yang saya letakkan di atas. Namun, apa yang saya ingin tuliskan adalah sekadar pandangan peribadi saya melalui beberapa siri pemerhatian dan pembacaan secara rawak sahaja.

Dalam persoalan ini, diketahui secara umumnya dan fitrah bahawa setiap manusia itu dikurniakan dengan nafsu cinta dan syahwat, serta nafsu seks terhadap individu yang belawanan jantina. Iaitu lelaki memiliki perasaan/keinginan terhadap wanita dan begitulah sebaliknya wanita juga memiliki keinginan kepada kehadiran lelaki dalam hidupnya. Atau dalam kata lain, disebut sebagai keperluan biology. Dan jika ada kelompok yang terkeluar dari fitrah ini, itu adalah abnormal yang perlu kepada beberapa kajian khas yang lainnya.

Wajarlah diketahui bahawa syahwat dan perasaan cinta terhadap individu berlainan jenis itu adalah merupakan nikmat dan anugerah pemberian Allah yang memiliki sifat maha kasih dan penyayang. Yang mana, Dia memberikan kepada kita kenikmatan hidup dalam keadaan saling berkasih sayang dan aman bahagia. Sifat ini memiliki banyak sekali faedah dan hikmahnya kepada diri setiap insan itu sendiri. Antara lain adalah bagi memenuhi dan memelihara kelangsungan hidup manusia di muka bumi-Nya sehingga kepada waktu yang telah ditetapkan-Nya.


Demikian juga, agar manusia berupaya merasakan kenikmatan, dengan fitrah biology yang diberi itu, dapatlah ia membandingkan kenikmatan dunia dengan kenikmatan kehidupan di akhirat. Dalam sudut pandang yang lain pula, ia menjadi sebagai titik ujian kepada manusia itu sendiri dalam menjalani hidup di muka bumi ini dengan taat menitipi hukum-hukum dari-Nya.

Persoalan cinta lelaki dan wanita, fitrah keinginan yang berasal dari nafsu kurniaan Ilahi ini, maka dua inidividu berlainan jantina ini akan sentiasa tertarik di antara satu dengan yang lain berdasarkan fasa waktu kiraan biology yang telah ditetapkan. Ini adalah berdasarkan dari titik kematangan dalam diri masing-masing yang dipengaruhi oleh banyak faktor sama ada faktor biology dan hormon, mahupun faktor persekitarannya di mana dia berada.


Dalam persoalan ini, Allah s.w.t. berfirman (maksudnya):

Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, iaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (surga). (Surah Ali Imran 3: 14)

Namun, harus diketahui juga, dalam persoalan seperti ini, banyak sekali catatan kehidupan manusia yang telah memperlihatkan kepada kita bahawa akibat perasaan cinta dan seks ini gagal dikawal, maka pelbagai fitnah telah melanda kepada kehidupan mereka.

Antaranya adalah kerana mereka gagal menuruti hukum-hukum Allah yang turut diturunkan bersama-sama dengan fitrah tersebut bagi menggarisi dan membatasi cinta dan keinginan nafsu seks kurniaan Ilahi tersebut.

Dalam hal ini, Nabi s.a.w. ada menyatakan di dalam sabdanya (maksudnya):

Tidaklah aku meninggalkan fitnah, setelah aku (wafat), yang lebih berbahaya ke atas diri lelaki itu daripada wanita. (Hadis Riwayat Bukhari, no. 5096, Muslim no. 2740)

Jika kita lihat ke dalam fenomena semasa, sememangnya diakui walaupun tanpa melihat kepada fakta-fakta statistic. Di mana fitnah percampuran serta pergaulan lelaki dengan wanita memang jelas sukar dielakkan. Malah, mereka bebas bergaulan sesama sendiri tanpa mengerti sebenarnya di sana ada batas yang perlu dipatuhi dan difahami untuk sentiasa diikuti.

Fitnah-fitnah ini melanda dengan begitu hebat sekali di zaman ini. Mungkin, inilah sebagai suatu tanda bahawa benarnya sabda-an Baginda Rasulullah s.a.w. tadi. Tidak kira sama ada ianya berlaku/berlangsung di pasar-pasar, tepat terbuka, di tempat-tempat melepak, atau pun di kampus-kampus universiti pengajian ilmu yang dimiliki oleh ratusan pelajar muslim dan beragama Islam mahupun yang bukan beragama Islam, corak pergaulan mereka saling menyamai sahaja. Yang mana, lelaki dan wanita begitu bebas bergaul sesama mereka.


Malah, suatu budaya yang cukup sinonim kepada para remaja kita masa kini adalah budaya berpasangan/berpacaran di antara lelaki dan wanita tanpa sebarang ikatan nikah yang sah. Dengan setakat hubungan yang dinamakan “Aku Cinta Kau” dan “Kau Cinta Aku”, maka bahawasanya telah ter-DECLARE-lah bahawa kita adalah saling memiliki sesama kita. Iaitu “aku milik kau” dan “kau adalah milikku”. Sebegitu mudah ikatan yang mereka ciptakan dan hukum yang mereka gubal untuk diri mereka dalam berhubungan dengan pasangan berlainan jantina mereka.

Maka, begitu jelas sekali bahawa fitnah seks ini melanda dengan begitu parah di dalam masyarakat kita hari ini. Budaya berpeleseran bagi tujuan memenuhi hawa nafsu sesama jantina sudah menjadi rutin harian, mingguan, mahupun bulanan. Budaya aku pegang kau, dan kau pegang aku bukan lagi perkara aneh bagi setiap kali sesi pertemuan. Malah, itu adalah rutin biasa setiap kali dua jantina ini berjanji-temu. Malah, banyak lagi adegan yang lebih “menarik” dan “menyeronokkan” untuk mereka lakukan bersama-sama bila setiap kali mengadakan pertemuan, apatah lagi jika pertemuan itu hanya melibatkan dua individu berlainan jantina sahaja. Maka, ibarat dunia ini mereka yang punya. Dunia yang hiruk pikuk ini mampu menjadi syurga buat mereka. Lantaran kerana mereka ditenggelami hawa nafsu yang gagal mereka kawal. Makanya, berpegangan tangan bukanlah lagi perkara yang aneh, malah perlu ditambahi lagi dengan perisa-perisa (keghairahan) yang lainnya. Kerana hanya dengan pegang-pegang tangan, mana mungkin cukup!

Makanya, ditambahilah dengan aktiviti raba itu dan raba ini. Cium sana, dan cium sini. Pandang yang itu, dan mahu pandang yang ini pula. Akhirnya, semua itu menjadikan belum cukup nikmat dan tidak mampu lagi menampung gelojak nafsu seks kurniaan Ilahi yang sentiasa dipupuk/ditarbiyah berdasarkan kaedah di luar normal. Makanya, zina pun berlangsung tanpa disedari oleh minda yang waras.

Tahukah kalian, bahawasanya semua ini telah dinyatakan oleh Allah s.w.t. sejak lama dahulu di dalam kitab-Nya iaitu melalui firman-Nya yang maksudnya:

Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk. (Surah al-Isra’ 17: 32)

Namun, akibat ramai di kalangan masyarakat masa kini meninggalkan kitab suci mereka, makanya hal ini gagal difahami dan dimengerti dengan sebaiknya.

Padahal Allah s.w.t. telah juga menyatakan bahawa di antara lelaki dan wanita itu, hendaknya sentiasa menundukkan padangan sesama mereka melalui kalam-Nya di dalam surah an-Nuur ayat yang ke 30 dan 31. Jika pandangan pun perlu ditundukkan dan dilunakkan dari terus menikmati lazatnya memandang individu berlawanan jantina di antara mereka, makanya apatah lagi akan “nikmatnya” memegang dan meraba.


Kerana hal ini yang gagal difahami, makanya sememangnya nafsu itu pulalah yang akan memandu perjalanan peribadi hidup mereka. Hidup mereka seolah-olah telah men-DECLARE-kan bahawasanya hukum-hukum Tuhan yang wujud itu tidak perlu lagi dipatuhi apabila mereka juga men-DECLARE-kan bahawa perhubungan cinta mereka sudah cukup suci untuk menghalalkan pegang-pegang dan raba-raba... sehinggakanlah kepada adegan peluk sapa erat!...

Tapi, syukur jugalah, kerana ramai yang masih mampu kembali ke pangkal jalan dan bertaubat setelah mana anak luar nikah mula bercambah di dalam dasar rahim sang wanitanya. Namun, masih juga ramai yang tidak merasa azab tersebut, dan segera menambah lagi azab untuk mencari nikmat yang baru iaitu dengan melakukan abortion, dan adegan ranjang sebelumnya sentiasa mahu dirasa lantaran ketagihan.

Dalam persoalan nafsu seks dan cinta ini, hakikatnya mudah! Jika benarlah anda saling mencintai dengan penuh nilai keikhlasan dan kejujuran, sudah pasti anda akan sentiasa menjauhi perbuatan terlarang dan jijik itu. Begitulah juga, sudah pasti anda tidak sanggup melihatkan pasangan yang anda kasihi itu untuk diperlakukan dengan perbuatan yang jelas dilarang oleh fitrah tabi’i manusia yang normal, juga yang lebih utama adalah panduan dari kalam Tuhan kita.

Mana mungkin seorang yang ikhlas sanggup memberlakukan anda dengan adegan-adegan ghairah dan seks tanpa nikah. Ini tidak lain, hanya nafsu yang memenuhi jiwa dan raga di antara mereka berdua. Iaitu bukanlah cinta suci dari lubuk hati yang dilandasi agama yang tulin lagi murni.

Indahnya Islam, bahawasanya agama ini tidak pernah menghalangi perasaan cinta dan kemahuan nafsu seks yang fitrah ini. Makanya, dalam persoalan ini... Islam menebarkan laluan yang seluas-luasnya untuk kita menyalurkan perasaan tersebut melalui jalan yang sedia diketahui umum iaitu perkahwinan (ikatan pernikahan).

Allah s.w.t. berfirman (maksudnya):

Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir. (Surah ar-Ruum 30: 21)

Di dalam medan perkahwinan anjuran Islam inilah, makanya sebagai wadah serta wasilah yang memberi ruang yang sebaik-baiknya untuk insan bergelar lelaki dan wanita yang saling mencintai, mengasihi dan memiliki perasaan di antara mereka untuk menyemai dan mencurahkan segala keperluan tabi’i seks mereka dengan penuh kemurnian dan kejujuran... Di sinilah medannya untuk membuktikan dan meluahkan segala yang terbuku di sanubari. Suatu jalan yang murni dari panduan suci kalam yang Maha Agong dan juga khazanah Sunnah Nabi-Nya.


Malah, Allah s.w.t. ada menyatakan (yang maksudnya):

Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman, iaitu (antaranya)… orang-orang yang menjaga kemaluannya kecuali terhadap isteri-isteri mereka… (rujuk Surah al-Mukminum 23: 1-6)

Di dalam sabda Rasulullah s.a.w. juga ada dinukilkan hal ini, iaitu hubungan yang halal itu adalah berpahala, bagi menggantikan hubungan yang terlarang yang mengakibatkan dosa. Makanya, curahkanlah keinginan anda itu melalui jalan/saluran yang halal.

Hal tersebut adalah seperti dalam hadis Rasulullah s.a.w. ini (maksudnya):

... persetubuhan salah seorang dari kalian dengan isterinya adalah sedekah.”
Mereka bertanya: “Wahai Rasulullah, apakah salah seorang dari kami yang melampiaskan syahwatnya akan mendapatkan pahala?”

Beliau bersabda: “Bagaimana pendapat kalian seandainya dia melampiaskan syahwatnya kepada hal yang haram, apakah dia mendapatkan dosa? Maka demikian pula jika ia melampiaskannya kepada hal yang halal, maka dia mendapatkan pahala.” (Hadis Riwayat Muslim, no. 1006)

Perlu diingat, yang membezakan cinta dan seks yang halal dengan yang haram itu adalah perkahwinan (pernikahan). Kalau anda mahukan cinta dan keinginan fitrah anda dipenuhi, makanya... perkahwinan lah jalannya. Bukan raba-raba, pegang-pegang, cium-cium, di ruang-ruang yang tidak sewajarnya dilakukan bagi manusia yang waras yang jelas berbeza dari haiwan dan binatang.

CheNTa.....


Manusia secara fitrahnya memang tidak boleh dipisahkan dari memiliki sifat cinta, rindu, benci, marah, suka, dan seumpamanya. Dengan sifat-sifat ini jugalah yang menjadikan kita ini bernama manusia. Malah ditambah lagi dengan keistimewaan kemampuan berfikir. Tidak cukup dengan itu, diberi pula panduan dalam mengharungi setiap perjalanan kehidupan. Cukup istimewa kita ni...

Berbalik kepada tajuk, aku tidaklah mahu menulis dengan panjang untuk kali ini, tetapi sekadar mahu meluahkan apa yang aku terfikir dan terlintas di benak hatiku. Iaitu di mana begitu ramainya manusia tenggelam dalam rindu, sesat dalam cinta tidak ketahuan.

Janganlah kita menjadi seumpama kaum Nashara (kristian) yang disesatkan oleh Allah lantaran mengakui cintanya kepada Allah namun mengakui bahawa Tuhan itu “Three in One” malah mengakui bahawa Tuhan itu memiliki anak. Subahanallah, Maha Suci Allah dari semua itu dan Allah sendiri menyatakan bahawa Allah itu Maha Esa dan tidak mempunyai anak atau pun diperanakkan.

Jangan pula kita menjadi seperti golongan yahudi yang dimurkai oleh Allah akibat cintanya yang berbolak balik kepada Allah. Dimurkai Allah juga kerana banyak berdalih.

Malah Yahudi dan Nashara masing-masing mengakui bahawa Yahudi itu tidak benar cintanya kerana tiada berprinsip, begitu pula sebaliknya iaitu Yahudi juga mendakwa bahawa Nashara itu tiada mempunyai pegangan. Padahal, Allah sudah memberikan kepada mereka kitab yang bertujuan menjadi petunjuk buat mereka. Tetapi mereka berdua sama sahaja, tanpa rasa gementar mengubah pelbagai isi kitab-kitab mereka.

Sungguh menghairankan bahawa tradisi Yahudi dan Nashara itu pada zaman ini telah pula diikuti oleh kaum yang majoritinya dari bangsa parsi yang empayarnya pernah tumbang di tangan Islam suatu ketika dulu. Lalu, majoriti mereka yang taksub turut masuk ke dalam Islam, dengan berpura-pura cintanya kepada Islam. Namun, mereka tidak ubah hanya menunggu masa untuk membunuh Islam dan pencintanya dari dalam kalangan masyarakat Islam yang ikhlas dan mukhlis. Lalu menjadilah mereka golongan yang kononnya memperjuangkan Islam dengan bermazhab Syi'ah di Iran. Membina negara yang kononya mengamalkan perundangan Islam atas nama sebuah negara republik. Namun, hakikatnya terang-terang bahawa mereka adalah musuhnya umat Islam bagi mereka yang memiliki bashirah dan ilmu yang benar terhadap Kitabullah dan Sunnah Rasul-Nya.

Apa lagi yang mahu dihairankan bagi mereka yang memahami bahawa jelas-jelas sekali mulut-mulut mereka berkumat-kamit bersuara seakan-akan lantang menggegar langit mencanangkan mencintai Ali dan Husein r.anhum., hakikatnya hanya pandai meratap dan menghinakan diri di perkuburan tanah karbala berpandukan ritual syirik yang langsung tidak pernah direstui oleh Ali dan Husein sendiri sama ada semasa hayat dan matinya. Membangunkan ritual-ritual yang entah dari mana sumbernya dengan menzalimi dan mencederakan diri sendiri bagi tujuan bermandi darah dengan harapan mampu membina semangat rindukan dan cintakan Ali, Husein, dan sekalian para imam mereka. Sungguh karut dan keji sekali perbuatan mereka ini. Sungguh lebih keji lagi, mereka tanpa berselindung mengkafirkan para sahabat yang dicintai oleh Nabi kita sendiri yang mendapat jaminan (diredhai) wahyu akan peranannya seperti mana termaktub dalam surah at-Taubah ayat ke 100. Ini boleh dilihat ke dalam kitab-kitab dan melalui pengakuan lidah-lidah mereka sendiri.

Begitu jugalah kita, sungguh pelik kita apabila dipersoalkan perihal cintanya kita kepada Allah namun dia meninggalkan sunnah Rasul-Nya. Iaitu dengan mengadakan sesuatu perkara yang lain dari yang diajarkan oleh beliau s.a.w. Mengadakan-adakan suatu kalam yang baru sebagai fakta akurat untuk menyokong kedudukannya yang mengaku cintakan Allah dengan berpandukan mimpi dan yaqazah sebagai sumber fakta selain al-Qur’an dan sunnah.

Malah, kita mengakui mencintai Rasul bernama Muhammad, namun sungguh tidak kena dan pelik apabila kita menzahirkan cinta kita hanya setahun sekali dengan berpesta perarakan Maulidan dan bernyanyi lagu berzanji yang mengandungi kalimah-kalimah yang membahayakan aqidah yang murni. Malah tidak sekalipun para ilmuan hadis itu menyampaikan kepada kita akan adanya suatu riwayat yang menjelaskan bahawa Nabi kita mengajarkan perayaan dan pesta yang sepertinya itu. Tidak terfikirkah kita, bahawa apakah benar ia merupakan sunnahnya para manusia pendahalu kita dari kalangan pendamping terdekat Nabi s.a.w. sendiri dari kalangan para sahabat-sahabatnya. Tidakkah kita menyelami dan memperhatikan bagaimanakah halnya mereka mempersembahkan rasa cinta dan rindu kepada Nabinya?

Sedangkan pengaku cinta Allah, seharusnya memperhatikan seruan ini:

“Katakanlah (Muhammad): "Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu." Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Ali Imran 3: 31)

Begitulah juga kepada perihal dan persoalan setiap yang lainnya dari segala persoalan di muka bumi ini. Banyak lagi kisah-kisah sesat dalam cinta dan rindu.

Seumpamanya sang pemuda yang mengakui cinta kepada seorang gadis perawan, lalu diluahkan dengan mengajaknya ke taman-taman bunga berpeleseran dan ajak beraksi dalam adegan cumbu. Tidak kurang juga yang terus sesat ke dalam bilik-bilik hotel dan rumah-rumah sewa kosong melainkan mereka berdua dengan ditemani makhluk ghaib yang juga telah mengakui sesatnya. Apakah begini munasabahnya citra seorang pemuda yang baik dan penuh tanggungjawab?

Sedangkan telah termaktub dalam kalam Tuhannya bahawa kalau benar manusia itu jatuh cinta dan rasa kepada pasangannya dan rasa ingin kan memiliki pasangan dengan jalan yang benar, maka disuruhnya menikah dengan jalan yang sah.

Baru semalam pula aku mendapat cerita dan khabar dari seorang pembaca blog-ku bahawa ada sekumpulan manusia yang mangakui cinta Allah dan Rasul, melakukan aktiviti ritual dengan berzikir berjemaah yang menggunakan theory Quantum fizik. Aku pun jenuh hendak mengerti persoalan ini. Pembaca blog-ku itu menceritakan sekadar mampu melalui perbualan yang tidak kurang lamanya melalui telefon. Beliau memberitahu bahawa gabungan paduan alunan zikir yang dilaungkan secara berjemaah mampu menghasilkan suatu bentuk gelombang bunyi sekaligus membentuk frekuensi magnetik yang mempu menghasilkan paduan cahaya lutsinar yang menghala ke langit lalu sampai kepada para malaikat dan seterusnya diterima oleh Allah. Sungguh lawak aku memikirkannya, tidak ku sangka ada manusia yang cuba membuktikan sehingga ke tahap seperti itu. Sedangkan dalam kalam Allah hanya menyatakan bahawa jika sesuatu itu diperintahkan oleh Allah dan Rasul, maka “samigna wa ‘atho’na” iaitu kami dengar dan kami taat. Ini kerana akal manusia tidak sampai mampu mendahului ketentuan dan ketetapan yang Allah berikan. Malah theory karut ini sendiri sebenarnya tidak masuk akal sama sekali lantaran menyanggahi adab dan akhlak dalam berzikir malah seolah-olah Allah itu tidak mengetahui bahawa hambanya sedang buat apa. Sungguh buat aku berkerut sinis, mungkinkah Allah dan malaikat itu suatu ketikanya nanti boleh dihubungi dengan hanya menggunakan teknologi telefon selular dan frekuensi radio yang tertentu. Subhanallah (Maha Suci Allah), benarlah sungguh jahilnya manusia yang meninggalkan kalam Allah dan Sunnah Rasul-Nya yang sahih. Yang sanggup mencipta-cipta dan meng-ada-adakan corak peribadatan yang baru berdasarkan akal dan menolak kebijaksanaan (ketentuan) Allah 'Azza wa Jalla...

Sebagaimana diberitahukan bahawa fakta-fakta al-Qur’an itu mendahului zaman. Adapun ia diturunkan lebih 1400 tahun yang lampau, namun masih banyak persoalan yang tidak mampu dirungkai oleh manusia melainkan mengikutinya dengan iman. Salah satunya kerana segala fakta-faktanya tidak pernah walau sekalipun dibuktikan salah oleh seorang manusia jua. Malah kurun demi kurun hanya menampakkan betapa agung-nya ia. Suatu yang tidak pernah difikirkan tiba-tiba muncul di kurun yang berikutnya, manakala al-Qur’an telah awal-awal menyatakannya dari zaman sebelumnya, dangkalnya tidak kurang juga telah ramai yang kecundang lantaran kerana tidak mengimaninya. Apa gunanya untuk lagi meletakkkan rasa kasihan dan takziah kepada yang kecundang, kerana bukan tidak ia diperingatkan? Kepada Allah jualah mereka dikembalikan...

Maka, marilah kita sentiasa memanjatkan doa, supaya diletakkan di atas jalan-Nya yang benar seperti jalannya golongan salafus soleh pendahulu kita yang dijanjikan syurga kekal abadi.

"Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau; kerana sesungguhnya Engkau-lah Maha Pemberi (kurnia)." (Ali Imran 3: 8)

Janganlah kita alpa lantas membiarkan diri kita dihanyutkan nafsu dan akal fikiran sendiri yang disangkanya maha cerdik. Padahal, hakikatnya kita sendiri harus tahu Dia itulah yang Maha bijaksana, yang mengatur Segala Urusan kita. Yang mana telah dipertunjukkan bermacam tanda dan “sign” dari segenap ufuk timur dan barat, malahan pada tubuh diri kita sendiri.

“Aku wasiatkan kepada kalian agar selalu mendengar dan taat meskipun yang memimpin kalian adalah seorang budak hitam (Habsyi). Kerana sesungguhnya, siapa yang masih hidup (sepeninggalanku) nescaya akan melihat perselisihan yang banyak. Oleh kerana itu, hendaklah kalian berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah Khulafa’ur Rasyidin yang mendapat petunju. Gigitlah sunnah itu dengan gigi geraham. Jauhilah oleh kalian terhadap perkara yang baru, kerana setiap perkara yang diada-adakan (dalam agama) itu adalah sesat.” (Pesanan Rasulullah s.a.w., dari ‘Irbadh bin Sariyah; direkodkan dalam Sahih Sunan Abu Daud, no. 3851)

Jangan lah kita jadi seumpama kisah si majnun (si gila) yang mengaku mencintai laila, dan laila juga mencintainya, namun hakikatnya, Laila sedikit pun tidak pernah mengenali majnun.

Wallahu a’lam...

"Nikah DULU ker,BERCINTA dulu..."





Assalamuailaikum w.b.t.....terpanggil lak blog sayauntuk berkongsi lagi ilmu....
Dalam sebahagian kes, apabila anak menyatakan kepada ibu bapanya yang dia mahu menikah, dengan selamba ibu bapanya menjawab kepadanya,

“Alaa... kenapa tergesa-gesa nak kahwin cepat-cepat sangat ni..., korang berkenal-kenal la dulu. Nanti bila rasa dah betul-betul serasi, barulah kahwin...”

Aku terfikir, bila agaknya masa yang dah betul-betul serasi tu agaknya? Bila dah terlajak dengan pelbagai jenis maksiat ke?

Sebahagian keadaan pula, apabila diajukan pertanyaan tentang nikah, maka dia segan-segan pula.

“Aku tengok engkau ni bukan main rapat lagi dengan awek tu, tiap-tiap hari saling sms, saling call. Hari minggu pulak mesti gi kuar dating naik kereta sama-sama. Bila bercadang nak nikahnya?”

“Alaa, aku segan lagi nak gi jumpa parent dia, duit pun takde cukup mana lagi nak kahwin. Rileks la, tengok dua atau tiga tahun lagi macam mana.”

Emm... apa lagi yang nak di-tengoknya tu??? Pegi call perempuan, berdua-duaan dengan perempuan tak tahu malu pula. Tapi, bila disarankan untuk buat benda baik, entah kenapa boleh malu-malu pulak. Buat maksiat tak tahu malu.

Nak nikah, sibuk kata takde duit. Tapi, tiap-tiap hari duk bergayut kat dalam telefon. Tiap-tiap minggu pergi kuar dating dan tengok wayang banyak pula duitnya. Bukan ke baik kalau nikah je dulu. Sekurang-kurangnya, kalau gi berhubung macam mana pun, nak dating ke apa ke, nak bermanja-manja ke, insyaAllah dapat pahala dan jauh dari maksiat.

Ibu bapa yang ada anak-anak muda zaman sekarang ni, sewajarnya memikirkan langkah yang bijak. Pandai-pandailah meninjau-ninjau perilaku anak-anak kita tu. Kalau dah nampak lain macam je tu. Usul-usulkanlah supaya menikah dengan cara baik. Pastikan pilihan anak-anak kita tu betul. Laksanakanlah perbincangan di antara kedua-belah pihak, supaya kita tahu dengan siapa anak kita mahu dinikahkan.

Pejabat agama pulak, untuk kes orang nak kahwin ni, jangan lah disusah-susahkan. Banyak sangat prosedur dan tatacara nya. Makin pening dibuatnya orang yang memang dah mabuk tu nanti jadinya...

"ReMaJa SeKaRaNG....."






Assalamuailaikum....disini saya ingin berkongsi dengan para pembaca.....sekadr renungan bersama...
Dunia kampus memang tidak pernah kering dengan suasana riuh rendahnya para pelajar. Ia adalah alam dunia remaja yang begitu mengasyikkan dalam melayari sebuah perjalanan menuju kedewasaan. Rata-ratanya meredah sebuah perjalanan menuju martabat dan makam kematangan. Kematangan dalam fizikal, berfikir, membuat keputusan dan membina sebuah jati diri seorang insan.

Dalam kehangatan keriuhan suasana tersebut, isu yang paling mendapat perhatian saban waktu adalah isu berpacaran atau berpasang-pasang-nya remaja lelaki dengan perempuan. Masing-masing sudah mula mengerti alam hati dan jiwa. Menerobos alam percintaan dan suka kepada jantina berbeza. Mula berimaginasi melayari naluri sayang di antara satu sama lain di antara insan dua jantina berbeza. Memiliki keinginan untuk bermanja, dimanja, dan memanjakan seseorang pasangan pilihan. Ingin bersama saban waktu dan ketika di setiap tempat. Mahu sentiasa makan bersama, belajar bersama, berjalan bersama, sehingga membuahkan perasaan tidur juga mahu bersama.

Itulah hakikatnya yang rata-ratanya dialami oleh warga remaja dalam menjalani kehidupan sebagai pelajar kampus di usia remaja. Di saat jutaan sel dan hormon dewasa di dalam badan mula aktif. Perasaan ingin berpasangan yang semakin membuak-buak. Kehangatan perasaan jiwa yang bukan semakin suam, tetapi terus membara dan membakar hati.

Ya... perasaan tersebut memang sukar untuk surut dan reda. Hati-hati mereka akan terus dibanjiri dengan seribu kekacauan dan gelojak jiwa ingin bercinta, menyintai dan dicintai. Kehangatan suasana pergaulan masa kini memang suatu faktor yang menjadikan semua itu sukar untuk dikawal. Menjadikan mereka mudah terperangkap dan hanyut.

Betapa dunia kita terdedah dengan pelbagai jenis media massa, media cetak, mahu pun dunia global yang hanya dengan pergerakan jari mampu meneroka seluruh pergolakan dunia. Saban hari pelbagai isu disebarkan yang benar-benar mengganggu ruang hati yang mengajak kepada perasaan yang pelbagai, termasuklah membangkitkan perasaan cinta dan ingin berpasangan. Ditambah lagi dengan realitinya dunia yang sememangnya begitu. Menjadikan hati-hati naluri manusia bergelar remaja begitu mudah dirangsang.

Maka, ianya suatu yang bukan lagi menghairankan manusia biasa seperti kita. Di mana setiap kita dianugerahi dengan sifat kasih sayang dan perasaan cinta. Perasaan ingin memiliki dan dimiliki. Terlalu banyak rangsangan dan faktor yang mengarahkan (meng-aktifkan) apa yang terpendam tersebut bertindak lebih awal. Seluruh pancaindera berfungsi sepenuhnya dengan menyerap kepelbagaian input tersebut. Maka, lubuk naluri dalaman kita dirangsang sama ada dengan dipaksa berfungsi awal atau pun terlaksana sendiri tanpa kawalan yang mengakibatkan jiwa-jiwa dalaman kita meletup-letup dan membuak-buak.

Asal mula memasang niat untuk membina keluarga. Ingin bersama di masa hadapan dalam sebuah perkahwinan yang indah. Namun, lantaran mahu mengenali hati budi terlebih dahulu, akhirnya jatuh ke lubuk maksiat tanpa disedari. Niat menyelami hati budi, akhirnya terlajak sehingga mengenali hati “body” masing-masing. Habis tubuh dari hujung kaki dan rambut diredah serta dirasa.

Begitulah betapa syaitan menipu manusia dengan senjata perasaan dan naluri cinta yang terkandung di dalam diri-diri manusia itu sendiri. Begitu ramainya remaja kampus kita yang hancur “body”-nya lantaran sebuah cinta. Hancur hatinya akibat mengikuti rasa. Masa hadapannya menjadi samar dan gelita. Perasaan menjadi hambar dan luluh akibat dari sebuah hubungan cinta nafsu semata.

Di dalam menghadapi sebuah suasana ini, penyelesaiannya tidak lain. Iaitu adalah dengan Islam itu sendiri. Dengan sebuah agama yang cukup-cukup sempurna dan tidak terkalahkan. Sebuah solusi yang begitu agung dan mulia. Sebuah agama yang agung, sudah pasti memiliki sebuah pilihan jalan yang cukup-cukup agung dan ulung.

Islam memberi pilihan dengan sebuah ikatan bernama “Pernikahan”.

Namun sayangnya... betapa ramainya para remaja masa kini yang memandang kalimah pernikahan sebagai sebuah perkara yang negatif. Pelbagai alasan yang diberi. Di antaranya:

1 – Belum sampai masanya. Kerana masih terlalu muda.

2 – Belum sampai waktunya, kerana masih di alam pengajian dan mahu menamatkan pelajaran sehingga meraih segulung ijazah terlebih dahulu.

3 – Belum ada duit untuk membina sebuah rumahtangga.

4 – Keluarga masing-masing tidak memberi laluan.

Inilah bentuk-bentuk alasan yang cukup sering kita perolehi dari mulut-mulut mereka. Betapa negatifnya mereka terhadap sebuah alternatif yang cukup-cukup baik lagi sempurna yang telah disediakan oleh agama Islam.

Lalu, mereka memandang positif pula begitu banyak perlakuan maksiat lainnya. Mereka memandang positif sebuah kebersamaan terhadap pasangan masing-masing di segenap waktu dan tempat tanpa sebarang ikatan yang diiktiraf.

Di dalam alasan “belum sampai masanya” tersebut jugalah mereka mengambil masa yang ada bagi melayari sebuah ikatan terlarang. Menghalalkan berpegangan tangan, menghalalkan bersenda-gurau, menghalalkan bermanja suara, menghalalkan duduk berduaan bertentangan mata. Fatwa mana yang mereka gunakan? Yang pasti bukan fatwa agama, melainkan fatwa jiwa yang dirujuk dari orang ketiga bernama Syaitan.

Begitulah remaja-remaja kita hanyut dengan fatwa jiwa masing-masing. Meninggalkan yang halal dengan mengambil yang haram. Memandang yang positif sebagai negatif dan memandang yang negatif menjadi positif.

Akibat sebuah alasan “belum sampai waktunya” itu jugalah, kebanyakan remaja-remaja kita terobek kesuciannya sebelum sampai waktunya. Melahirkan anak sebelum waktunya. Menamatkan pengajian dari kampus sebelum waktunya. Menamatkan zaman daranya sebelum waktunya. Menikmati tubuh jantina berbeza sebelum waktunya. Menikmati naluri seks juga sebelum waktunya. Akibatnya? Anda sendiri jawab...

Sedangkan Allah Subhanahu wa Ta’ala telah menyediakan jalan yang begitu suci dan murni buat orang-orang yang beriman supaya mereka aman di dalam perjalanan kehidupan mereka. Tenang bersama sebuah kehalalan. Memberi jaminan kepada mereka yang menghargai sebuah pemberian. Pemberian Allah yang tiada tolok bandingnya. Iaitu sebuah syari’at yang bernama pernikahan.

Setiap insan yang matang sudah pasti mampu melakukannya. Janganlah beralasan dengan alasan bodoh lagi. Mahu mengumpul wang untuk tujuan karut marut sebuah hantaran perkahwinan. Mahu mengumpulkan perbelanjaan bagi tujuan bertukar (berbalas) dulang yang khurafat. Mahu meraih pekerjaan terlebih dahulu bagi membolehkan menyediakan cincin pertunangan dan pernikahan ribuan ringgit yang sebenarnya bertasyabbuh (menyerupai) dengan kaum kristian. Tidak lain, semua itu adalah karut-marut dalam sebuah pernikahan yang telah sedia suci. Selamilah perkahwinan yang dianjurkan oleh agama. Bagaimana Nabi kita memberi petunjuk. Lihatlah bagaimana para Sabahat-sahabat nabi melayari pernikahan mereka dengan cahaya agama. Sesungguhnya Islam sentiasa menyediakan ruang yang cukup-cukup mudah lagi positif.

Hanya mereka yang befikiran negatif, maka akhirnya kehidupan mereka turut menjadi negatif.

Maka, halalkanlah perhubungan anda bersama gadis mahu pun jejaka pilihan anda dengan ikatan yang halal. Jika takut mengatur rumahtangga di masa awal. Jalanilah dunia remaja anda dengan sentiasa bersama, berpasangan, belajar bersama, makan bersama, saling bertukar pandangan bersama, manja bersama di bawah ikatan pernikahan yang sah. Iaitu dengan tidak terburu-buru untuk menikmati seks di peringkat awal. Kawal perhubungan di dalam pernikahan anda dengn bijaksana. Percayalah bahawa ikatan pernikahan adalah jalan yang terbaik bagi mengelakkan perkara-perkara yang negatif. Ia adalah sebuah alternatif yang sangat positif anugerah dari Tuhan yang maha Mencipta dan maha Mengatur.

Jika anda telah memiliki minda yang positif, maka insyaAllah... anda layak menikmati hubungan di antara dua jantina dengan hasil yang juga cukup-cukup positif. Percayalah bahawa nikmat dan rezeki Allah sangat-sangat mencukupi untuk para hamba-hamba-Nya yang benar-benar beriman. Janganlah bersangka dengan sangkaan yang negatif kepada Allah dengan bertujuan mengambil yang haram dan meninggalkan yang halal.

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman (maksudnya):

“Dan kahwinkanlah orang-orang yang sendirian di antara kamu, dan orang-orang yang layak (berkahwin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurnia-Nya. Dan Allah Maha luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui.” (Surah an-Nuur, 24: 32)

Imam Ibnu Katsir rahimahullah memetik perkataan Ali bin Abi Tholib radhiyallahu ‘anhu ke dalam tafsirnya terhadap ayat ini bahawa:

“Allah memberi galakkan kepada manusia untuk bernikah. Allah memerintahkan nikah kepada orang-orang yang berstatus merdeka mahu pun hamba sahaya. Allah berjanji kepada mereka akan memberikan kecukupan atau kemampuan untuk menikah.” (Rujuk Tafsir Ibnu Katsir)

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda (maksudnya):

“Wahai pemuda, sesiapa di antara kamu yang telah mampu mmengeluarkan belanja pernikahan, maka hendaklah dia menikah, kerana menikah itu akan menjaga pandangan dan memelihara kemaluan...” (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Percayalah bahawa rata-rata remaja zaman ini secara umumnya mereka semua mampu mengeluarkan perbelanjaan tersebut jika ia dilaksnakan menurut cara yang syar’i dengan meninggalkan pelbagai karut-marut pernikahan yang diwarisi dari adat jahiliyyah. Masakan tidak mampu jika rata-rata mereka sudah mampu mengeluarkan belanja telefon bimbit ratusan ringgit setiap bulan bagi berhubungan dengan pasangan masing-masing. Mengeluarkan ratusan ringgit untuk sebuah perjalanan makan angin bersama. Mengeluarkan perbelanjaan setiap hari untuk makan bersama dan sebagainya. Fikir-fikirkanlah... Bahawa perbelanjaan pernikahan adalah lebih rendah dari semua itu. Malahan, mereka turut dibiayai pelbagai wang biasasiswa dan seumpamanya. Malah, tidak kurang ramai di antara mereka yang telah memiliki perniagaan sendiri. Salurkanlah duit ke jalan yang betul dan bukan dibelanjakan untuk tujuan yang haram. Hiduplah dengan jalan yang diberkati dan penuh pahala saban waktu.

Daripada Ibnu Mas’oud radhiyallahu ‘anhu, beliau berkata:

“Carilah kecukupan rezeki dengan bernikah, kerana Allah berfirman, “Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurnia-Nya.” (Rujuk Tafsir Ibnu Katsir dan ath-Thabari)

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda (maksudnya):

“Ada tiga golongan yang Allah berjanji akan menolong mereka,

1 – Orang yang bernikah dengan tujuan menjaga kesucian dirinya,

2 - Hamba sahaya yang ingin memerdekakan dirinya,

3 – Orang yang berperang di jalan Allah.” (Hadis Riwayat at-Tirmidzi. Lihat Shahihul Jami’, no. 3050)

Malahan, Imam Ibnu Katsir juga turut menjelaskan bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam pernah menikahkan seorang lelaki yang tidak memiliki apa-apa melainkan kain yang dipakainya. Sehinggakan dia tidak mampu walaupun membeli cincin dari besi. Walau pun demikian, beliau Shallallahu ‘alaihi wa Sallam menikahkannya dengan seorang wanita dan menjadikan mas kahwinnya berupa al-Qur’an kepada isterinya, kerana hanya itu yang dia miliki. Kita semua sedia maklum bahawa kasih sayang Allah dan kebaikan-Nya adalah memberi mereka berdua kurniaan rezeki yang dapat mencukupkan hidup mereka. (Rujuk Tafsir Ibnu Katsir)

Sebagai menutup tulisan ini, pastikanlah pasangan anda adalah seorang individu yang bertanggungjawab dan bersedia meraih kematangan dengan cara yang diiktiraf. Iaitu bertanggungjawab terhadap diri anda dan agama dengan mengambil setiap jalan penyelesaian dengan agama. Yang lebih penting, sentiasa berusaha dan bersedia memperbaiki diri dan kelemahan masing-masing.

Jauhuilah individu yang membelakangkan agama untuk menjadi pasangan anda. Fahamilah bahawa pasangan yang mangajak untuk bersama-sama dalam pelbagai perkara tanpa mendahulukan ikatan pernikahan, bahawa dia sebenarnya adalah individu yang tidak bertangunggjawab. Yang mungkin hanya akan merosakkan anda di masa hadapan.

Wallahu a’lam...