Wednesday, June 17, 2009






Waktu aku baca teka teki nih.. terbahak-bahak aku ketawa.. kelakor giler.. hahahahahaha.!!!!
aku dapat teka teki ni dari inbox aku, member forward..
TEKA-TEKI YANG PERLU DIBERI PENAMPAR !!!...
>
> 1) Lubang ape yang rasanye hangat,nikmat dan nyaman?
> Answer: LUBANGun pagi2, tarik selimut pas tu tido balik.
>
> 2) Minyak ape yang disukai oleh lelaki?
> Answer: MINYAKsikan pertandingan bolasepak Liga-M
>
> 3) Kuih ape yang bungkusnya di dalam, isinya di luar?
> Answer: Kuih salah bikin.
>
> 4) Binatang ape yang power dlm bab berKarate?
> Answer: Kuda belang.cube kira brape black belt dia ade.
>
> 5) Siape yang menemukan dompet kulit?
> Answer: Yang menemukan dompet kulit tersebut tolong pulangkan
> kepada saye.
>


> 7) Pintu ape yang walaupun dengan 10 org pun tak leh nak tolak?
> Answer: Pintu yang ade tulis 'TARIK'
>
> 8 ) Saya ade 3 kepala,4 tangan dan 5 kaki...siapakah saya?
> Answer: Pembohong...
>
> 9) Apa dia 'Jauh di mata, dekat di hati'?
> Answer: Usus
>
> 10) Binatang ape yang seluruh anggota tubuhnya kat kepala?
> Answer: Kutu rambut
>
> 11) Nenek sape jalannya meloncat-loncat?
> Answer: Neneknye si katak
>
> 12) Kenape lelaki jarang kene penyakit anjing gila?
> Answer: Sbb lelaki ni kan 'buaya'
>
> 13) Ape beza sekretari baik ngan sekretari kurang baik?
> Answer: - Sekretari baik..................'Selamat pagi tuan'
> - Sekretari kurang baik...........'Dah pagi ni tuan'
>
> 14) Ape persamaan Michael Jordan ngan Michael Jackson?
> Answer: Dua-dua tak kenal korang...hehe
>
> 15) Tukang ape yang kalau dipanggil, die menjenguk ke atas?
> Answer: Tukang gali kubur
>
> 16) Nak mencari sikit punye susah, bile dah dapat buang, ape bendanya?
> Answer: Tahi hidung
>
> 17) Ape persamaan kain jemuran ngan telefon?
> Answer: Dua-dua kalau dah 'kringgg' bole diangkat...
>
> 18) Knape pokok kelapa kat depan rumah harus ditebang?
> Answer: Mestilah kene tebang, sape nak cabut pokok kelapa ...gile
> ape...
>
> 19) Gajah terbang dengan ape?
> Answer: Dengan susah payah......

"senyum Senyum.."


Dalam Banyak2 air,air apa yg paling berani?
Ha.Ha.Ape bende tu?! Kalau nak tahu, jawapan yg sebenarnye ialah air
terjun..sebab dia berani terjun!!!! Ha!!! Ha!!! Ha!!!!!

Banyak- banyak binatang...binatang apa keluar haid...
jwpn: kura-kura..ala tu pun tak tahu...keluar HEAD....tak paham jugak.ala kepala le..

Dlm bnyk2 binatang..... bntg ape yg bertelur dan beranak.....kira 2 alam la
niiii..... ha jwp2.... ...siput babilaaaaa.....ye la siput bertelur...babi beranak....

Kalau anda ni semuanya pandaiiii cuba teka, banyak-banyak sungai, sungai apa yang paling berat?
Jawapannya ialah Sungai Besi...Ha...ha...ha...

Kereta dengan motor, mana lebih tua?
jawapannya adalah motor,sebab motor pakai tongkat...

Dlm banyak- banyak pokok,pokok apa yg baik hati?
jwpn dia pokok pisang sebab dia keluarkan jantung dia.

Ni dia satu lagi teka teki dari aku..huruf jawi apa yang ada angin...
huruf TA dan YA laa... kan jadi TAYAR tu

kasut apa yang paling keras?
Kasut batu..salah maa.. kasut BATA laaaa...muhahaha..lawak ka?

Sebuah bas telah berhenti secara mendadak kerana hampir terlanggar
seekor katak.apakah yang akan turun dahulu selepas pemandu itu behenti?
jawapannya ialah meter bas tulah

Antara huruf A hingga Z,banyak-banyak huruf tu..mane huruf yang boleh kahwin ...ahhh sape dapat jawab????
jawapannya ialah...huruf i ngan u lerrr..hehehehehe.nih antara
pasangan bercinta lerrr ..hehehehe

Kalau korang pandai math, 5 orang cina tolak 3 orang india , jadi apa?
orang india tu jatuh lah.... keh keh keh!!!

Ada 3 biji limau kendian di bahagi kepada 3 bahagian..lepas tu dibagi pulak pada 3 org..baper seorang dapat ?
...kes kes kes kes korang mesti lemah IQ kan ..
jawapannya sorang dapat sebiji limau ler..sbb sama gak ko potong atau
tak...hehehhe mesti dapat sorang sebiji

benda apa kalau naik tak turun dah?
jwpn dia umur la.ish...ish...

KENAPA TAYAR BELAKANG KENDERAAN SELALU BOTAK DAHULU DARIPADA TAYAR HADAPAN?
SEBABNYA IALAH DIA SELALU MEMIKIRKAN KENAPA DIA TIDAK DAPAT MEMECUT
TAYAR HADAPAN

cuba teka, mouse komputer , jantan ke betina?
jawapannye betina ler..pasal dia pakai pad.hehe

Ada sekor gajah dan sekor kancil,berjalan2 dalam hutan.Suatu ketika,mereka terjumpa sebuah titi. Semasa kancil menaiki titi tersebut, titi tersebut runtuh.Kancil telah patah kaki. Gajah pula patah apa.........?
Gajah patah apa rasanya ya???? Gajah PATAH BALIK kot!

Dalam banyak banyak lembu,lembu apa yang semua petani cari
lembu yang hilang lah . kalau tak hilang siapa lah ada masa nak kisah pasal lembu.

Hidupan apa didalam laut paling tua.
jawapannya udang sebab dia sudah bongkok dan berjanggut..ha--ha--ha--ha--

Cube teka ye benda apa apabila kita berdiri dia baring, bila kita baring dia berdiri.......?
jawapannye tapak kaki la......

Banyak2 ikan, ikan apa yang pemalu...
jawapan nyer :ikan sardin.sebab nyer dier duduk dlm tin..

ANDAIKATA ANDA TERJUMPA MAYAT MANUSIA DAN BANGKAI HAIWAN YANG MANA SATU ANDA PERLU TUTUP DAHULU?
JAWAB..JAWAB JGN TAK JAWAB..DUA-DUA..SALAHLA.. TAK TAHU..TENTULAH HIDUNG..

APAKAH BENDA YANG KITA POTONG IA TETAP AKAN PANJANG?
HA JAWAPANYA MESTILAH KACANG PANJANG KAN. TAKKANLAH DAH POTONG KITA KENA PANGGIL KACANG PENDEK TAK SESUAI TAU. hehe..

Tuesday, June 2, 2009

"chumeLL"


Bila lelaki benar-benar jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dengan
ikhlas,perubahan sikapnya amat mengejutkan. Hati lelaki yang dianggap
keras selama ini, tiba-tiba secara semulajadi menjadi selembut kapas
apabila sudah jatuh cinta dengan relanya. Bahkan lelaki yang mabuk
cinta sanggup berkorban dan buat apa sahaja untuk kekasihnya.Sekeras
manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya
dilukai. untuk melihat lelaki menangis amatlah payah.

Diantara tanda-tanda lelaki yang jatuh cinta dengan hebat ialah:

1. Dia bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kekasihnya dengan
rela bukan kerana terpaksa.

2. Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan berubah menjadi
orang yang kuat bercakap.

3. Dia banyak menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayangi
kekasihnya.

4. Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan
cemburunya yang meluap-luap.

5. Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.

6. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa
berasa curiga.

7. Dia tidak suka ada lelaki lain rapat dengan kekasihnya.

8. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak
menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.

9. Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian
kerana dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari orang lain.

10. Dia menjadi orang yang paling rajin dan sanggup membantu
kekasihnya melakukan apa saja.

11. Dia pandai merajuk hati kerana ingin dipujuk oleh kekasihnya.

12. Dia akan mengelabah apabila kekasihnya berjauhan daripadanya
terlalu lama.

13. Dia sentiasa memastikan keselamatan kekasihnya.

14. Dia mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.

15. Dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya kerana dia
merasa kasihnya lebih kuat daripada kekasihnya.

16. Dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan
penting dengannya.

17. Dia cuba meluangkan lebih banyak masa dengan kekasihnya
walaupun terpaksa menunggu kekasihnya dengan sabar.

18. Dia membanggakan kekasihnya di depan orang lain.

19. Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan
tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun dia sentiasa
mengharap kekasihnya kembali kepadanya.

20. Apabila timbul orang ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup
berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.

21. Dia menganggap kekasihnya sebagai orang yang paling
dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya
sendiri.

22. Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau
dia dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus
mencintai kekasihnya.

23. Bukan semua lelaki sanggup menitiskan airmata hanya untuk
seorang perempuan. HARGAILAH MEREKA