Wednesday, September 30, 2009
Monday, September 28, 2009
Wednesday, September 16, 2009
Tuesday, September 15, 2009
Macam-Macam
video nie aku amik semalam,semasa aku dan kakak gue pergi mencari kueh raya di sekitar Jln TAR...saksikanla..hhehehehehehe
Kad Rayer...
Budok BoToK-badjr™
Saturday, September 12, 2009
Dapat Duit RAYA...
haluuuu.....tadi sorang EO kanan unit aku yang telah pun bersara wajib pada 28-08-09 datang menjenguk anak buah nya di JPA.kehadiran nya dengan wajah yang ceria dan berseri2 membuat kan semua pegawai di unit kami tertanya2...rupa2nya dia datang mengambil cek ganjaran dan cek pencen di unit kewangan pencen...sebelum balik sempat la dia bagi duit raya pada sume staff di bahagian aku...ini la sampulnya,dan dalam nya ada RM???...terima kasih Hajah Puan Asiah..dan Selamat Menyambut Hari Raya,Maaf Zahir Dan Batin....
Friday, September 11, 2009
WALLPAPER KORPORAT
holla....baru baru ini di bahagian aku di JPA,telah mengadakan hari kualiti dan hari 5s antara unit di bahagian aku...jadi,aku telah dilantik oleh boss aku untuk mereka satu wall paper bagi nampak seragam la pada semua pc di bahagian aku....aku tanpa berlengah lagi pergi la berjumpa ngan kawan aku,untuk mintak pertolongan nya,memandang kan di bahagian aku tiada peralatan yang secukupnya..jadi inilah hasilnya,dan wallpaper ini telah diiktirafkan sebagai wallpaper korporat di bahagian aku....dan semalam dato` pengarah di bahagian aku telah pun memberi satu sijil penghargaan kepada ku,sebagai penghargaan...huhuhuhu...inilah antara hasil2 yang rekaan designer...
LumRaH ManuSia
Kenapa ada jenis manusia yang suka menyakiti hati orang lain......
Kenapa kena canang kt orang kisah lama yg dh berkubur....
Ya Allah ampunkanlah manusia yg sebegini.....
---->post ini telah menarik perhatian aku..mgkn aku tau pada siapa dituju,mungkin tidak..ape ape pun,kepada penulis belog itu(dirahsiakan website dia),aku mengerti,walaupun aku xmakan cili...hahahaha..."celamat hari raya"..
selamat hari raya
halluuuuuu...ari ni da 21 hari da kita semua berpuada,lagi 9 hari kita nak sambut hari kemenangan umat islam..jadi di kesempatan ini,saya,mohd badrul hisham,pemilik belog ini,dengan randah diri menyusun sepuluh jari memohon maaf kepada semua pembaca belog saya,andai ada tersalah post ker,terasa ke dgn kata2...ampun kan ambo dari hujung rambut,hingga hujung kaki...semoga anda semua gembira di hari lebaran ini....
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI..
-badjr™-
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI..
-badjr™-
Thursday, September 10, 2009
This Is My PP 'jobot"
JAWATAN KOSONG
Rujukan : PTPTN/KP/01/14 Jld 8 (6)
Tarikh : 01 September 2009
Semua Ketua Setiausaha Kementerian
Semua Ketua Jabatan Persekutuan
Y. Bhg. Tan Sri / Datuk / Tuan / Puan,
IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN-JAWATAN BERTARAF TETAP/ KONTRAK
DI PERBADANAN TABUNG PENDIDIKAN TINGGI NASIONAL (PTPTN)
Saya dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), sebuah organisasi yang bertanggungjawab memberi pinjaman kepada pelajar Institusi Pendidikan Tinggi yang layak dan menerima deposit di bawah Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN), mempelawa calon-calon WARGANEGARA MALAYSIA yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan dan berumur kurang daripada 45 tahun pada 31 Disember 2008 untuk mengisi kekosongan jawatan-jawatan bertaraf tetap/kontrak seperti berikut :
BIL JAWATAN & GELARAN GRED STATUS
JAWATAN JADUAL GAJI
1. Pegawai Tadbir N41 Tetap /
Kontrak P1T1 RM 1690.28 - P1T27 RM 4640.28
P2T1 RM 1784.90 - P2T27 RM 4918.55
P3T1 RM 1883.70 - P3T27 RM 5220.62
2. Akauntan W41 Tetap /
Kontrak P1T1 RM 1702.81 - P1T27 RM 4688.95
P2T1 RM 1798.82 - P2T27 RM 4968.61
P3T1 RM 1899.01 - P3T27 RM 5255.39
3. Penolong Pegawai Tadbir N27 Tetap /
Kontrak P1T1 RM 1204.55 - P1T26 RM 3027.10
P2T1 RM 1274.13 - P2T26 RM 3213.25
P3T1 RM 1346.73 - P3T26 RM 3405.26
4. Pembantu Tadbir
(Kesetiausahaan) N17 Tetap /
Kontrak P1T1 RM 820.38 - P1T24 RM 2151.35
P2T1 RM 871.81 - P2T24 RM 2272.50
P3T1 RM 924.75 - P3T24 RM 2397.95
5. Pembantu Tadbir
(Perkeranian/ Operasi) N17 Tetap /
Kontrak P1T1 RM 820.38 - P1T24 RM 2151.35
P2T1 RM 871.81 - P2T24 RM 2272.50
P3T1 RM 924.75 - P3T24 RM 2397.95
6. Pegawai Khidmat Pelanggan N17 Tetap /
Kontrak P1T1 RM 820.38 - P1T24 RM 2151.35
P2T1 RM 871.81 - P2T24 RM 2272.50
P3T1 RM 924.75 - P3T24 RM 2397.95
BIL JAWATAN & GELARAN GRED STATUS
JAWATAN JADUAL GAJI
7. Pembantu Akauntan W17 Tetap /
Kontrak P1T1 RM 821.89 - P1T24 RM 2152.86
P2T1 RM 873.32 - P2T24 RM 2274.01
P3T1 RM 926.26 - P3T24 RM 2399.46
8. Pemandu Kenderaan Bermotor R3 Tetap /
Kontrak P1T1 RM 701.42 - P1T17 RM 1354.86
P2T1 RM 743.89 - P2T17 RM 1423.41
P3T1 RM 787.99 - P3T17 RM 1493.59
1. JAWATAN : PEGAWAI TADBIR
GRED : N41
TARAF JAWATAN : TETAP / KONTRAK
KUMPULAN PERKHIDMATAN : PENGURUSAN DAN PROFESIONAL
KLASIFIKASI PERKHIDMATAN : PENTADBIRAN DAN SOKONGAN
JADUAL GAJI : P1T1 RM 1690.28 - P1T27 RM 4640.28
P2T1 RM 1784.90 - P2T27 RM 4918.55
P3T1 RM 1883.70 - P3T27 RM 5220.62
SYARAT LANTIKAN:
Calon bagi lantikan hendaklah memilik kelayakan seperti berikut :-
(a) Warganegara Malaysia;
(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) (i) Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; ATAU
(ii) Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N41: P1T3); ATAU
(iii) Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N41: P1T4); DAN
(iv) Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(d) Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Tadbir dan Pembantu Tadbir (Kesetiausahaan) Gred N32 adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Pegawai Tadbir Gred N41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan :-
(i) mempunyai kelayakan di perenggan 1(c) di atas; atau
(ii) lulus Peperiksaan Khas; dan
(iii) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.
2. JAWATAN : AKAUNTAN
GRED : W41
KLASIFIKASI : PERKHIDMATAN KEWANGAN
KUMPULANPERKHIDMATAN : PENGURUSAN DAN PROFESIONAL
TARAF JAWATAN : TETAP/ KONTRAK
JADUAL GAJI MATRIKS : P1T1 RM 1702.81 - P1T27 RM 4688.95
P2T1 RM 1798.82 - P2T27 RM 4968.61
P3T1 RM 1899.01 - P3T27 RM 5255.39
SYARAT LANTIKAN:
Calon bagi lantikan hendaklah memilik kelayakan seperti berikut :-
(a) Warganegara Malaysia;
(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) (i) Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred W41: P1T8); ATAU
(ii) Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred W41: P1T8); ATAU
(iii) Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan serta menjadi Ahli Penuh Badan- badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred W41: P1T9); ATAU
(iv) Ahli Penuh Institut Akauntan Malaysia
(Gaji permulaan ialah pada Gred W41: P1T10); DAN
(v) Lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
3. JAWATAN : PENOLONG PEGAWAI TADBIR
GRED : N27
KLASIFIKASI : PERKHIDMATAN PENTADBIRAN DAN SOKONGAN
KUMPULANPERKHIDMATAN : SOKONGAN
TARAF JAWATAN : TETAP/ KONTRAK
JADUAL GAJI MATRIKS : P1T1 RM 1204.55 - P1T26 RM 3027.10
P2T1 RM 1274.13 - P2T26 RM 3213.25
P3T1 RM 1346.73 - P3T26 RM 3405.26
SYARAT LANTIKAN
Calon bagi lantikan hendaklah memilik kelayakan seperti berikut :-
(a) Warganegara Malaysia;
(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) (i) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; ATAU
(ii) Diploma dalam bidang Pentadbiran Awam yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N27: P1T5); ATAU
(iii) Diploma dalam bidang Pengurusan Harta Benda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N27: P1T6); DAN
(iv) Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(d) Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Tadbir (P/O), Pembantu Tadbir (Kesetiausahaan), Pengurus Stesen, Pemeriksa Cap Jari dan Penyelia Jurupakaian adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Penolong Pegawai Tadbir Gred N27, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan :-
(i) mempunyai kelayakan di perenggan (i), (ii), (iii) di atas; atau
(ii) lulus Peperiksaan Khas; dan
(iii) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan
4. JAWATAN : PEMBANTU TADBIR (KESETIAUSAHAAN)
GRED : N17
KLASIFIKASI : PERKHIDMATAN PENTADBIRAN DAN SOKONGAN
KUMPULANPERKHIDMATAN : SOKONGAN
TARAF JAWATAN : TETAP/KONTRAK
JADUAL GAJI MATRIKS : P1T1 RM 820.38 - P1T24 RM 2151.35
P2T1 RM 871.81 - P2T24 RM 2272.50
P3T1 RM 924.75 - P3T24 RM 2397.95
SYARAT LANTIKAN
Calon bagi lantikan hendaklah memilik kelayakan seperti berikut :-
(a) Warganegara Malaysia;
(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) (i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan lulus ujian masuk mengambil trengkas dengan kederasan 60 p.s.m. daripada rencana dan menaip salinan trengkas itu sederas 20 p.s.m. dengan kesalahan tidak melebihi 4%.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N17: P1T2)
(Keutamaan diberi kepada calon yang berkebolehan mengendalikan komputer); ATAU
(ii) Diploma Kesetiausahaan daripada UiTM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N17: P1T9); DAN
(iii) kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
5. JAWATAN : PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/ OPERASI)
GRED : N17
KLASIFIKASI : PERKHIDMATAN PENTADBIRAN DAN SOKONGAN
KUMPULANPERKHIDMATAN : SOKONGAN
TARAF JAWATAN : TETAP/KONTRAK
JADUAL GAJI MATRIKS : P1T1 RM 820.38 - P1T24 RM 2151.35
P2T1 RM 871.81 - P2T24 RM 2272.50
P3T1 RM 924.75 - P3T24 RM 2397.95
SYARAT LANTIKAN
Calon bagi lantikan hendaklah memilik kelayakan seperti berikut :-
(a) Warganegara Malaysia;
(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) (i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
DAN
(ii) kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Keutamaan diberi kepada calon yang berkebolehan mengendalikan komputer dan/atau mengambil trengkas).
6. JAWATAN : PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN
GRED : N17
KLASIFIKASI : PERKHIDMATAN PENTADBIRAN DAN SOKONGAN
KUMPULANPERKHIDMATAN : SOKONGAN
TARAF JAWATAN : TETAP/ KONTRAK
JADUAL GAJI MATRIKS : P1T1 RM 820.38 - P1T24 RM 2151.35
P2T1 RM 871.81 - P2T24 RM 2272.50
P3T1 RM 924.75 - P3T24 RM 2397.95
SYARAT LANTIKAN
Calon bagi lantikan hendaklah memilik kelayakan seperti berikut :-
(a) Warganegara Malaysia;
(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) (i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
DAN
(ii) Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Keutamaan diberi kepada calon yang berkebolehan dalam Bahasa Inggeris dan mengendalikan komputer)
7. JAWATAN : PEMBANTU AKAUNTAN
GRED : W17
KLASIFIKASI : PERKHIDMATAN KEWANGAN
KUMPULANPERKHIDMATAN : SOKONGAN
TARAF JAWATAN : TETAP/ KONTRAK
JADUAL GAJI MATRIKS : P1T1 RM 820.38 - P1T24 RM 2151.35
P2T1 RM 871.81 - P2T24 RM 2272.50
P3T1 RM 924.75 - P3T24 RM 2397.95
SYARAT LANTIKAN
Calon bagi lantikan hendaklah memilik kelayakan seperti berikut :-
(a) Warganegara Malaysia;
(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) (i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta kepujian dalam subjek Matematik pada peringkat peperiksaan tersebut; atau
(ii) Sijil Pelajaran Malaysia serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Pertengahan (Simpan Kira-kira) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred W17: P1T2); atau
(iii) Sijil Pelajaran Malaysia serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Tertinggi Perakaunan) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred W17: P1T5); atau
(iv) sijil dalam bidang pengurusan perniagaan atau penyimpan kira-kira yang diiktiraf oleh kerajaan daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred W17: P1T9); dan
(d) kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
8. JAWATAN : PEMANDU KENDERAAN BERMOTOR
GRED : R3
KLASIFIKASI : PERKHIDMATAN MAHIR/SEPARUH MAHIR/TIDAK MAHIR
KUMPULANPERKHIDMATAN : SOKONGAN
TARAF JAWATAN : TETAP/ KONTRAK
JADUAL GAJI MATRIKS : P1T1 RM 701.42 - P1T17 RM 1354.86
P2T1 RM 743.89 - P2T17 RM 1423.41
P3T1 RM 787.99 - P3T17 RM 1493.59
SYARAT LANTIKAN
Calon bagi lantikan hendaklah memilik kelayakan seperti berikut :-
(a) Warganegara Malaysia;
(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) (i) Tamat Darjah 6 sekolah rendah bantuan penuh Kerajaan;
(ii) Memiliki lesen memandu Kelas D/E/E1/E2/F/G/H/I berkenaan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) [kecuali lesen memandu dalam tempoh percubaan (P)];
(iii) Berkebolehan memandu, mengendali dan menyenggara kenderaan bermotor berkenaan yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini.
Gaji permulaan ialah pada Gred R3:
●● Lesen D P1T3
●● Lesen E/E1/E2 P1T4
●● Lesen F/H P1T5
●● Lesen G/I P1T6
DAN
(iv) Berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan baik.
9. SYARAT-SYARAT UMUM
i. Calon memiliki kelayakan yang disyaratkan
ii. Warganegara Malaysia
iii. Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan.
10. IMBUHAN / ELAUN :
Selain daripada gaji bulanan, Imbuhan Tetap Khidmat Awam / Imbuhan Tetap Keraian dan Imbuhan Tetap Perumahan akan dibayar kepada calon yang layak.
Jenis Elaun / Gred Gred 41 Gred 27 Gred 17 Gred 3
Imbuhan Tetap Khidmat Awam RM300.00 RM160.00 RM115.00 RM95.00
Imbuhan Tetap Perumahan RM250.00 RM180.00 RM180.00 RM180.00
Bantuan Sara Hidup RM300.00 RM300.00 RM300.00 RM300.00
11. PENAKLUKAN DI BAWAH SYARAT-SYARAT SKIM PERKHIDMATAN
Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan bagi jawatan-jawatan di atas adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.
12. CARA MEMOHON
i. Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian (“ON-LINE”) di laman web PTPTN : www.ptptn.gov.my.
ii. Semua permohonan yang telah dibuat secara atas talian (“ON-LINE”) perlu mengemukakan sekeping gambar terbaru berukuran pasport, salinan Kad Pengenalan, salinan surat beranak, salinan sijil-sijil akademik (Sijil berhenti sekolah, sijil SRP / PMR / SPM, transkrip & salinan Ijazah / Diploma / Sijil, dll) serta lain-lain dokumen yang berkaitan. (Perlu disahkan oleh Pegawai Kerajaan dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional / Penghulu / Ketua Kampung / Pengerusi JKKK / Pengetua atau Guru Besar Sekolah / Pesuruhjaya Sumpah atau mereka yang diperakui pengesahan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam).
iii. Permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan Berkanun atau Kuasa-kuasa Tempatan hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan masing-masing dengan menyertakan salinan kelulusan KPSL/ enyataan Perkhidmatan yang terkini.
iv. Bagi calon lepasan Institusi Pengajian Swasta atau Luar Negara perlu menyertakan salinan pengiktirafan kelayakan ijazah / diploma yang boleh diperolehi dari Unit Pengiktirafan Kelayakan, Jabatan Perkhidmatan Awam.
v. Salinan dokumen yang berkaitan boleh dikemukakan di alamat PTPTN sebelum atau pada 30 September 2009 :
Ketua Eksekutif
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)
Bahagian Khidmat Pengurusan, Tingkat 11
Wisma Chase Perdana, Off Jalan Semantan
50490 Bukit Damansara
KUALA LUMPUR
13. PERMOHONAN YANG DITOLAK
Permohonan yang berikut akan ditolak :
i. Tidak memenuhi syarat yang ditetapkan;
ii. Tidak menyertakan gambar dan salinan sijil-sijil dan dokumen berkaitan serta salinan sijil-sijil dan dokumen yang berkaitan tidak disahkan oleh Pegawai Kerajaan dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional / Penghulu / Ketua Kampung / Pengerusi JKKK / Pengetua atau Guru Besar Sekolah / Pesuruhjaya Sumpah atau mereka yang diperakui pengesahan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam;
iii. Salinan sijil-sijil dan dokumen berkaitan tidak disahkan;
iv. Tidak menulis nombor kad pengenalan dan nombor telefon;
v. Tidak dikemukakan melalui Ketua Jabatan bagi mereka yang sedang berkhidmat;
vi. Tidak menandatangani borang permohonan dan
vii. Diterima lewat daripada tarikh tutup permohonan iaitu sebelum atau pada 30 September 2009.
14. CATATAN AM
i. Calon yang memenuhi syarat kelayakan sahaja akan dipertimbangkan dan hanya calon-calon yang layak selepas tapisan akan dipanggil untuk temuduga.
ii. Calon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 3 bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
iii. Segala perbelanjaan yang berhubung dengan permohonan dan temuduga adalah di atas tanggungjawab sendiri.
iv. Hanya calon yang berjaya di dalam urusan temuduga akan dimaklumkan.
Sekian, terima kasih.
“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ”
Saya yang menurut perintah,
(WAN MUSTAPHA BIN HJ YUSOFF )
Pengurus Kanan, Pengurusan
b.p Ketua Eksekutif
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional
Wednesday, September 9, 2009
Lebuhraya Damansara Puchong ditutup pagi ini
Lebuhraya Damansara Puchong kedua2 arah berhampiran susur keluar seri kembangan menyebabkan jalam sesak teruk di kedua2 arah lebuhraya tersebut. Punca kejadian lebuhraya damansara puchong (LDP) ini ditutup adalah kerana paip bawah tanah pecah dilebuhraya tersebut menyebabkan jalan di kedua-dua arah terpaksa ditutup kepada semua kenderaan kerana ianya tidak dapat dilalui memandangkan kemungkinan berlaku mendapan pada jalan, dan pihak polis telah membuat sekatan di kedua-dua arah jalan tersebut dan menyebabkan jalan jem 1km sebelum tol menghala ke putrajaya dan di sebelah putrajaya jalan ditutup sebelum susur masuk seri kembangan Lihat gambar-gambar dan video yang diambil pada pagi ini |
Tuesday, September 8, 2009
Sup Gear Box
Shift into gear with this soup
You’ve heard of sup kambing and sup ayam... but sup gearbox? Let`s me introduces us to a soup that’s ‘guaranteed’ to get you going. And going. And going.Yesterday,i and afew of my friend`s go to Warung Dusun Sup Gear Box,at bangi,for "berbuka puasa bersama kengkawan"...hehehe..
OF all the local soups available on the market, sup gearbox must be the one with the most unusual name. It’s really bone marrow soup. If you are familiar with sup tulang (bone soup) or sup ekor (oxtail soup), then this one is not much different.
But why the association with the car anatomy, you ask? It’s because the cow’s joint used as the main ingredient in the concoction resembles a car’s gearbox. And it’s big! It’s about the size of a small computer monitor. (Come to think of it, maybe it can also be called Sup Computer Monitor. But I digress.)
So sup gearbox is basically this huge chunk of bone in a richly flavoured soup, plus some garnishing.
And the whole thing can be enjoyed with either steamed rice or bread. Although this “delicacy” can be found almost everywhere in the country, an expert will tell you that making a good bowl of sup gearbox is not that easy.
“You will want to use the bone of a bull because bulls work harder and therefore have more muscles. Cows tend to have more fat,” says Sabri Salleh, who owns a restaurant in the city called Raja Sup (King of Soups) and was kind enough to let my friends and I sample the “exotic” concoction.
Additionally, he told us, a heifer (a young cow that has yet to have her first calf) is preferred. And cows from the KK (Kedah-Kelantan) variant are said to have “sweet” tasting meat, although they may have a bit of an odour.
Preparing the dish is a time-consuming affair. The bone needs to be cooked for about 12 hours in order to soften the leftover flesh found on it.
A big bowl of sup gearbox costs between RM15 and RM20 depending on the size of the bone. It is good for three to four persons. If you dine alone, you can have a smaller bowl which will set you back about RM5.
Another unusual thing is that sup gearbox is usually served with a knife and fork, ostensibly to make it easier to slice the leftover meat and fat. But often you will be forced to use your bare hands to tear the bone apart. Be prepared to get a little messy.
Most restaurants will normally also serve the soup with a straw. Yes, the common drinking straw. You use the straw to slurp the rich bone marrow together with a bit of soup. Yummy!
But because sup gearbox does not exactly qualify as healthy, after a meal some diners like to wash the whole thing down with air akar kayu (a tonic drink made from medicinal plants) which is believed to contain properties that offset the soup’s high cholesterol content.
Antara lauk yang diorder semasa berbuka semalam di Warung Dusun,Bangi.
Top five places to find sup gearbox:
Kuala Lumpur:
1. Raja Sup in Taman Tun Dr Ismail. Here, one can find every conceivable type of soup. Yet despite its fame, Raja Sup is a small outlet, occupying just half a shoplot tucked between Secret Recipe and a fancy looking restaurant at No.46, Jalan Datuk Sulaiman. The cook is from Kelantan.
Selangor:
2. Warung in Bandar Baru Bangi which has a kampung feel to it. From the PLUS highway, exit through the Kajang toll. Then at the traffic lights, go straight towards Bandar Baru Bangi. You will come to a long straight. Towards the end of that straight, you will see Shell and Mobil petrol stations on your right and the restaurant on your left (with many cars parked by the roadside).
Kota Baru:
3. This particular restaurant in Panji, some 3km from Kota Baru town, specialises in sup gearbox, daging bakar and kerabu. Many Government officers go there for lunch (the restaurant is closed at night).
Penang:
4. Sup Hamid. A well-patronised restaurant serving many kinds of soup dishes, located in front of Hotel Malaysia at the end of Penang Road. Sup gearbox is usually available at night.
Johor Baru:
5. There is this particular corner shop very well known among locals located at the Simpang Mariaman corner of Jalan Petri. It specialises in mee rebus gearbox.

Sunday, September 6, 2009
Thursday, September 3, 2009
Puasa² nie ngantuk lak...MOh la Relax jap...
Anda bukanlah manusia jika anda tak ketawa membaca lawak di bawah ini.
Uban
Pada suatu hari sedang emak Nurul Janah sedang memasak ,Nurul Janah ternampak ada uban di kepala emaknya lalu dia pun bertanya"emak kenapa rambut emak bewarna putih?"tanya Nurul Janah
Dengan rasa malas ibunya pun menjawab "Setiap kali anak emak membuat emak menangis , sehelai rambut emak akan bertukar menjadi putih"jawab emaknya
Kemudian Nurul Janah pun berfikir sejenak dan bertanya lagi "Habis kenapa rambut nenek semuanya bewarna putih? emak selalu membuat nenek menangis kah?"
Cermin Mata
dalam perjalanan ke daerah tutong , hisham dan isterinya, salma singgah di restoran Aneka Citarasa.selepas menyambung perjalanan baru salma sedar, dia tertinggal cermin mata di meja restoran.
"Bang... cermin mata saya tertinggal atas meja tempat kita makan tadi", beritahu Salma.
"Isssyyy awak ni, benda macam tu pun tak boleh ingat.mana ada tempat nak patah balik kat highway ni" kata Hisham.
" Ala , mahal tau cermin mata satu tu", kata Salma.
"Yalah, yalah, kita pusing balik lah ni", balas Hisham
Setiba kembali di perkarangan restoran Aneka Citarasa ,Salma segera membuka pintu kereta .
"Mah, jangan lupa ambilkan abang punya cermin mata sekali ya", Jerit hisham
Tidak akan di hukum
Murid : Cikgu, apakah orang boleh dihukum untuk sesuatu yang belum
dibuatnya ?
Guru : Oh, semestinya tidak. Orang hanya boleh dihukum untuk perbuatan
yang telah dilakukannya.
Murid: Syukurlah, Cikgu. Saya belum membuat latihan yang diberi oleh cikgu semalam.
I'm sorry
Seorang gadis yang Bahasa Ingerisnya kacau-bilau. .. suatu hari terlanggar seorang pelancong US ketika berjalan² di The mall.
Gadis : " I'm sorry "
Pelancong : " I'm sorry, too "
Si gadis kelihatan bingung kerana tidak faham apa yang diperkatakan oleh pelancong itu.. dia meneka2 dan terus menjawab..
Gadis : " I'm sorry. three "
Pelancong : " What are you sorry for? "
Gadis : " I'm sorry, five "
Kejadian Seram di Wad ICU
Salah sebuah katil di dalam bilik ICU sebuah hospital ternama kerap mengalami kejadian pelik.. Setiap pesakit yang ditempatkan disitu pasti akan meninggal pada satiap hari Jumaat pagi tanpa mengira umur, jantina atau tahap kesihatan mereka... Perkara ini sangat membingungkan para doktor... Lalu para doktor memutuskan untuk memantau katil tersebut...
Apabila tiba hari Jumaat yang berikutnya.. . beberapa doktor bersiap sedia untuk mengenal pasti penyebab kepada kematian di katil tersebut. Seorang pesakit lelaki sedang tidur di katil misteri.
Masa berputar... pukul 08:00am.. 08:30am sehingga jam 9..00 am... tiba-tiba. ... Pintu bilik ICU itu terbuka.... Kemudian masuklah Makcik Bedah.... Seorang pekerja sambilan sebagai pencuci yang hanya bertugas setiap hari jumaat.. Masuk... mendekati katil keramat tersebut... dan terus mencabut soket elektrik untuk alat bantuan pernafasan pesakit tersebut dan menggantikannya dengan 'plug vacum cleaner'nya. ..
Nenek Ani
Nenek Ani dirawat di rumah sakit. Menurut doktornya, asmanya sudah semakin teruk hingga perlu dipasangkan salur oksigen. Sudah beberapa hari dia tidak bercakap dan seperti orang koma. Dikira sudah menjelang ajal, anaknya memangilkan seorang Mudhin (tukang do'a) agar di doakan. Sedang asyik Pak Mudhin berdoa, tiba-tiba muka nenek Ani bertukar warna biru seolah-olah tidak boleh bernafas. Tangannya menggigil. Dengan menggunakan bahasa isyarat nenek Ani minta diambilkan kertas dan alat tulis. Sisa-sisa tenaga yang ada digunakan oleh nenek Ani untuk menulis sesuatu dan memberi kertas tersebut kepada Pak Mudhin.
Sambil terus berdoa Pak Mudhin langsung menyimpan kertas tersebut tanpa membacanya kerana fikirannya dia tidak sanggup membaca surat wasiat tersebut didepan Ani. Tak lama kemudian nenek Ani meninggal dunia. Pada hari ketujuh meninggalnya nenek Ani, Pak Mudhin diundang untuk datang kerumah Ani..
Selesai memimpin do'a, Pak Mudhin berbicara, "Saudara-saudara sekalian, ini ada surat wasiat dari almarhum nenek Ani yang belum sempat saya sampaikan, yang saya pasti nasehat untuk anak cucunya semua. Mari kita sama-sama membaca suratnya".
Pak Mudhin membaca surat tersebut, yang ternyata berbunyi :
"Mudhin jangan berdiri di situ...! Jangan pijak saluran oksigen aku..!"
Kambing Hitam & Kambing Putih
Seorang gembala sedang menggembalakan biri-birinya yang berbulu hitam dan berbulu putih. Dia kemudian didatangi seorang pemuda lalu bertanya:
Pemuda : "Baguskah ternakan biri-biri engkau. Boleh tak
saya tanya beberapa soalan?"
Gembala : "Oh, boleh saja"
Pemuda : "Berapa jauh biri-biri ni berjalan setiap hari?"
Gembala : "Yang mana, yang putih atau yang hitam?"
Pemuda : "Yang putih"
Gembala :"Ah, yang putih berjalan lebih kurang enam kilometer setiap hari"
Pemuda : "Dan yang hitam?"
Gembala : "Yang hitam pun sama."
Pemuda : "Dan berapa banyak rumput mereka makan setiap hari?"
Gembala : "Yang mana, yang putih atau yang hitam?"
Pemuda : "Yang putih."
Gembala : "Ah, yang putih makan lebih kurang empat kilo rumput setiap hari."
Pemuda : "Dan yang hitam?"
Gembala : "Yang hitam pun sama."
Pemuda : "Dan berapa banyak bulu yang mereka hasilkan setiap tahun?"
Gembala : "Yang mana, yang putih atau yang hitam?"
Pemuda : "Yang putih."
Gembala : "Aaa...menurut perkiraan saya, yang putih menghasilkan sekitar enam kilo bulu setiap tahun kalau mereka dicukur."
Pemuda : "Dan yang hitam?"
Gembala : "Yang hitam pun sama."
Pemuda : (Dengan perasaan geram ) "Kenapa engkau membezakan biri-biri engkau yang putih dengan yang hitam setiap kali nak jawab soalan saya, padahal jawapan semuanya sama saja"
Gembala :"Mestilah saya beza-bezakan sebab biri-biri yang putih itu adalah milik saya."
Pemuda : "Ooo, begitu, fahamlah saya,kalau yang hitam tu pulak siapa punya?"
Gembala : "Yang hitam pun sama, saya punya juga"
Pemuda : (benggang, geleng kepala dan berlalu)
Suami Terbaik
Sekumpulan lelaki berada di bilik persalinan di salah sebuah kelab eklusif lagi mewah di pusat bandar, setelah keluar dari gym. Tiba-tiba kedengaran deringan Handphone di penjuru bilik tersebut. Seorang lelaki menjawap panggilan itu dan terjadilah perbualan seperti berikut . . "
"Hello?"
"Abang, nie sayang nie,"
"Emmm... "
"Abang masih ada di kelab lagi ke?"
"Iya."
"Sayang sekarang nie berada di shopping complex dua block dari kelab abang tu. Sayang ada nampak kain sutera terbaru.. Cantik bang, Boleh ke sayang beli?"
"Berapa harganya?"
"Cuma $1500.00 aje"
"O.K. Belilah kalau memang awak dah suka sangat"
"Ahhh thanks bang dan tadi sebelum datang sini sayang ada singgah di Cycle & Carriage dan tengok Mercedes model terbaru 2003 . Sayang suka kat satu model tu. Dan sayang dah bincang dengan jurujualnya dan dia setuju nak bagi good price . . lagipun elok juga kita tukarkan dengan BMW yang kita beli tahun lepas tu "
"Berapa harga yang dia bagi?"
"Cuma $280,000 ..."
"O.K tapi pastikan harga tu dah on the road."
"Great! Before we hang up, ada satu perkara lagi..."
"Apa?"
"Abang jangan terkejut pulak, sayang dah semak akaun bank abang dan.... pagi tadi sayang singgah dipejabat ejen hartanah dan sayang dapat tau rumah yang kita tengok tahun lepas tu... sekarang nie untuk dijual. Abang ingat tak? Rumah yang ada swimming pool bentuk love tu, ada taman orkid kat belakang, berhadapan dengan pantai tu. . cantik kan bang. . "
" Berapa harga yang mereka minta?"
" Cuma $740,000... O.K kan bang, dan sayang tengok dalam akaun kita
boleh cover harga tu. . ."
"Eloklah kalau macam tu, confirm cepat sebelum orang lain beli, tapi cuba dapatkan harga $700,000. OK?"
"OK, abang sayang, terima kasih bang, kita jumpa malam nanti ye!! I Love You !!!"
"Bye... I Love you too..."
Lelaki itu berhenti bercakap, menutup flap handphone . . .sambil mengangkat tangan yang memegang handphone tu dan bertanya pada yang ada dalam bilik tersebut :
"ADA SESIAPA TAHU KE HANDPHONE NIE SIAPA PUNYA? "
Dengan Penuh Senyuman
Seorang pemimpin sebuah persatuan sedang memberi ucapan dihadapan sekumpulan ahlinya berkenaan kewajiban membayar yuran persatuan dengan rela hati...
"Adalah menjadi suatu penghormatan bagi kita jika dapat membayar yuran persatuan dengan penuh senyuman" kata pemimpin.
Tiba-tiba dari barisan belakang terdengar suara menjerit kegembiraan. .
"Oh.. Syukur pada Tuhan.. mulanya saya sangka yang yuran mesti dibayar dengan wang..."

Wednesday, September 2, 2009
SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-52
Assalamualaikum w.b.t,dan salam satu malaysia kepada seluruh warga malaysia...semoga kita berada dalam keadaan aman dan sentosa selama nya.....Tanggal 31 ogos 2009,genap la 52 tahun negara kita merdeka,dan lari dari penjajahan inggeris dan sekutunya...Pada tarikh keramat ini,Perdana Menteri Malaysia yang pertama telah pun mendapat kemerdekaan bagi tanah melayu...Semua diantara kita tahu pasal sejarah kemerdekaan negara kita yang tercinta...dan dikesempatan ini,saya ingin mengucapakan selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke 52...tanam la sikap sayang kan negara,semangat patriotik,bagi menghargai pengorbanan orang2 dulu kala berjuang demi menuntut kemerdekaan...sama2 la kita pertahankan kemerdekaan negara kita...PEACE!!!!!!
Subscribe to:
Posts (Atom)