Thursday, June 12, 2014

MiVeC

MIVEC

Apa itu MIVEC? MIVEC adalah Mitsubishi Innovative Valve timing Electronic Control system. Sistem ini serupa dengan saingan terdekat atau musuh ketatnya VTEC. Sistem jenis ini mempunyai sistem cam profil yang cukup unik. Sistem ini akan menyebabkan enjin bergerak seperti enjin biasa jika rpm dibawah 5500 tapi kuasa sebenarnya akan muncul apabila kita menekan pedal minyak sehingga meter rpm melebihi 5500 dan waktu itulah kita akan kedengaran bunyi kuat yang dikeluarkan oleh enjin dan kuasa sebenarnya akan muncul.

Enjin ini atau sistem ini mula diadaptasikan pada tahun 1992. Kod untuk enjin ini yang mempunyai sistem MIVEC ini adalah 4G92 yang mempunyai 1597 cc, 175hp, 16 valve. Sistem seperti ini juga digunakan untuk enjin V6 yang mempunyai kod enjin 6A12 dimana enjin ini boleh menghasilkan 200 kuasa kuda.memang laju tu.

Tapi hari ini kita hanya bicara mengenai kod enjin 4G92 kerana enjin ini lah yang paling popular di Jepun mahupun di Malaysia.

MIVEC CA4/CB4

Popular di Malaysia khasnya di kalangan pengguna Proton Wira, Satria dan Putra kerana kedudukan enjin yang sama. Enjin ini juga popular kerana pengguna kenderaan seperti yang saya ckpkan tadi terlalu ramai di jalanraya dan bagi mereka yang inginkan kepantasan, kelajuan kuasa kuda.(1.6cc je) maka MIVEC lah jawapan kepada soalan tadi.

Enjin CA4/CB4

Di Malaysia harga untuk sesebuah enjin MIVEC hampir mencecah RM 5000 ke 7000.

Selalunya enjin yang berharga RM 7000.00 ini selalunya enjin MIVEC Rs atau CB4. Enjin RS ini atau CB4 yang menyebabkan ianya mahal kerana enjin ini dilengkapi gearbox LSD. Dari sudut enjin pula model RS ini dilengkapi dengan spring valve titanium dan duration cam ia agak tinggi dari model CA4. Namun dari sudut kekuatan enjin (horsepower) tetap sama. Tapi bagi mereka yang meminati perlumbaan drag atau trek, mempunyai gearbox LSD merupakan satu kelebihan kerana jika kita mempunyai gearbox seperti ini kerana keupayaannya untuk melonjak keluar ketika lampu hijau menyala lagi berkesan dari gearbox yang tidak mempunyai gearbox LSD kerana, LSD akan mengelakkan tayar slip atau berpusing secara berlebihan di atas jalan.Boleh terus jalan la jawabnya!!!!!!!!!!!!!!!

Enjin ini juga mempunyai saingan terdekatnya. Saingan itu tidak lain tidak bukan B16A DOHC VTEC. Walaupun dari sudut kuasa kuda enjin yang lebih tinggi dari B16A, cc yang lebih tinggi dari B16A, namun enjin ini tetap gagal untuk menyaingi kekuatan dan kepantasan dari B16A. Jika anda tidak percaya sila ke youtube dan taip 1993 Mirage Review dan lihatlah bagaimana model jenis ini telah ditinggal jauh oleh enjin B16A ini.

Punca kenapa enjin ini kurang daripada B16A adalah kerana MIVEC CA4/CB4 lemah dari sudut gear ratio.

Buat peminat enjin MIVEC jenis ini sila lihat perbandingan gear ratio dibawah ini.

MIVEC 4G92 CB4A :

1 - 3.083 
2 - 1.947 
3 - 1.285 
4 - 0.939 
5 - 0.756
R - 3.083
F - 4.592 

B16A

1 - 3.230 
2 - 2.105 
3 - 1.458 
4 - 1.107 
5 - 0.848
R - 3.000
F - 4.400 

Jika dilihat pada sudut final drive memang MIVEC mempunyai final drive yang tinggi sedikit daripada B16A ini namun jika dilihat ratio dari gear 1 hingga 3 ternyata B16A mempunyai ratio yang lebih mantap dan menarik daripada MIVEC 4G92. Sistem gear yang rapat atau close ratio yang dihasilkan oleh Honda ketika itu memang menakjubkan. Hanya sekadar kotak gear tersebut, Honda mampu meninggalkan enjin MIVEC CB4A itu dengan begitu jauh. Honda dikatakan memang hebat.!

Dari sudut keringanan sesuatu komponen enjin, MIVEC model CA4A/CB4A atau kita sebutkan sebagai MIVEC Gen1, ternyata lebih berat berbanding B16A VTEC. Sebagai contoh gearbox. MIVEC Gen1 mempunyai 3 batang shaft (penyambung gigi -gigi gear) manakala B16A hanya mempunyai 2 batang shaft. Dari sudut ini jelas kelihatan MIVEC Gen1 sudah ketinggalan dari sudut berat sesuatu kompanen jika hendak dibandingkan dengan B16A.

Mungkin ada tak percaya tapi sila kehttp://www.youtube.com/ dan sila taip 1993 Mirage Review dan saksikannya....

CK4A/CJ4A

Selang beberapa tahun kemudian, Mitsubishi melancarkan model baru untuk Mirage Cyborg ZR. Model ini dikeluarkan pada tahun 1996. Masih menggunakan nadi yang sama iaitu 4G92 MIVEC. Cuma kali ini enjin telah diubahsuai kedudukannya.

Model Ck4A/CJ4A 

Anda boleh lihat perbezaan dari sudut kedudukan enjin baru ini. Kedudukan timing belt yang telah pun berubah, extractor yang mempunyai flow yang lebih cantik dan mantap.

Enjin ini mula mendapat perhatian buat peminat permotoran Malaysia khasnya buat pengguna kenderaan jenis Proton Waja, Gen-2, Pesona, Satria Neo, dan Saga-BLM. Namun enjin jenis ini masih tidak popular jika hendak dibandingkan dengan CA4a/CB4a kereta majoriti kereta - kereta yang saya sebutkan tadi masih baru dan tidak ramai yang berani mengambil risiko untuk menukar enjin asal kepada enjin Mivec atau enjin - enjin Mitsubishi yang lain. Takut waranty hilang!!!

Namun, tidak ramai yang tahu di Malaysia khasnya kehebatan prestasi enjin ini. Inilah satu - satunya enjin yang dapat memberi saingan paling hebat buat B16A pada tahun yang juga telah mengeluarkan model baru iaitu Honda Civic Ek4 yang masih menggunakan jentera B16A. Jika tidak percaya sila ke http://www.youtube.com/dan sila taip 1996 Mirage Review.

Jentera baru Mitsubishi ini benar - benar hampir memalukan B16A. vtec killer Walaupun tewas pada penghujungnya. Namun jika saudara - saudari lihat pada video tersebut ternyata B16A hanya mampu meninggalkan Mivec 4G92 sangat sedikit. Jika dahulu, B16A meninggalkan 4G92 Mivec dengan begitu jauh namun kali ini tidak lagi. Mitsubishi beralaih kearah kemajuan.

Jadi apa yang membezakan Mivec tahun 1993 dengan Mivec tahun 1996. Perbezaannya ialah pada gear ratio. Mari kita lihat perbezaannya 

Ck4A/CJ4A

1 - 3.071 

2 - 1.947 

3 - 1.379 

4 - 1.030 

5 - 0.820

R - 3.363

F - 4.625 

CA4A/CB4A

1 - 3.083 

2 - 1.947 

3 - 1.285 

4 - 0.939

5 - 0.756 

R - 3.083 

F - 4.592 

Kekuatan utama pada Mivec Ck4A/CJ4A ini berada pada gear 3 dan 4. Gear 3 pada model ini telah dipertingkatkan lagi kekuatannya dengan menambah gigi gear 3 itu daripada 1.285 kepada 1.379. Manakala final drive model CK4A/CJ4A telah dinaikkan dari 4.592 kepada 4.625. Dengan meningkatkan final drive dan gear 3 pada model ini ternyata berhasil apabila Mivec model ini nyaris - nyaris dapat memalukan B16A.

Dari sudut berat sesuatu komponen enjin, model ini telah membuat perubahan pada isi dalam gear box tersebut. Daripada mempunyai 3 shaft kepada 2 shaft sahaja. Ini telah menyerupai sistem gear Honda VTEC.

Saya ulangi sekali lagi, buat peminat MIVEC sila membuat perbandingannya sendiri dengan menaip 1993 Mirage Review dan 1996 Mirage Review di laman webhttp://www.youtube.com/

Mitsubishi juga tidak berdiam diri apabila melihat formula yang dihasilkan pada model tahun 1996 ini hampir berjaya menjadi Raja 1.6 dan sekali pada tahun 1999, mitsubishi telah mengeluarkan model yang sama dan enjin sama cuma diubahnya ratio pada gear 2, daripada 1.947 kepada 2.071. Hasilnya? 4G92 model Ck4A/CJ4A telah berjaya meninggalkan B16A. vtec killer did it.... Anda semua boleh mencarinya dengan membeli VCD atau DVD yang bertajuk Best Motoring (maaf saya lupa volume keberapa).

Kesimpulan

Model ini sebenarnya popular di Jepun. Banyak barang - barang prestasi atau performance telah dihasilkan (khasnya model Ck4A/CJ4A). Sememangnya MIVEC benar - benar memberi saingan sengit kepada VTEC jika sama - sama masih mengekalkan 1.6cc. Namun jika sudah melakukan modifikasi itu cerita lain. Jadi saya berharap, buat pemilik enjin MIVEC yang memandu kereta Proton Wira, Satria dan Putra saya harap anda semua boleh faham kenapa anda tertinggal jauh dengan B16A.

Buat pemilik kenderaan Proton Waja, Gen-2, Pesona, Satria Neo dan Saga - BLM. Anda harus berbangga, model inilah yang dapat memberi sainga hebat kepada B16A.

Sekian..... Maaf jika ada ayat atau salah, maklumlah info ni kongsi kongsi

Sunday, September 23, 2012

Jangan menilai sesuatu dgn mudah.

Kelantan hanya bernilai seringgit (RM1)?????

Hujung minggu lepas saya pulang ke kelantan, adik bradik dan kawan-kawan lantas memberitahu satu 'ideologi' baru, lihatlah pada belakang wang kertas seringgit, terdapat gambar wau bulan dan pantai yang melambangkan negeri kelantan. Sedangkan wau adalah salah satu warisan tradisi dan tarikan pelancong ke negara ini! Tapi sanggup di gambarkan hanya dengan wang kertas seringgit, murahnya nilai negeri Kelantan..

Dan ini jawapan saya..

Nilai wang memang di ambil kira, tetapi yang lebih utama adalah ke tangan mana nilai itu jatuh. Mungkin nilai seringgit tidak secantik RM10, RM50, mahupun RM100, tetapi nilai RM1 itu di sambut oleh pelbagai tangan, di tangan orang2 bawahan dari pembawa beca, Penjual sayur, penjual ikan dan ditangan pengemis sehinggalah yang bergelar datuk dan datin. Ketahuilah walaupun bernilai RM1, tetapi RM1 selalu singgah di rumah TUHAN dan ditangan anak2 yatim, tdk dipandang kerana sebuah nilai, tetapi adalah sebuah manfaat. ITULAH KELANTAN PADA MATA SAYA.

Jd janganlah kita pandang sebesar mana nilainya, tetapi lihatlah seberapa bermanfaat penghasilannya dipakai utk memuliakan TUHAN. Kerana kekayaan (besarnya nilai) bukanlah utk kesombongan!!

p/s : Pandanglah pada sudut posotif! Kita anak muda, fikiran perlu lebih kreatif dan terbuka.. Mungkin status ini remeh pada anda, tapi tidak kepada saya kerana pemikiran perlu di jernihkan dari unsur negetif, barulah melahirkan tindakan yang proaktif dan produktif

Monday, February 13, 2012

CIRI2 BAKAL SUAMI YG DITUNTUT ISLAM

-beriman & bertaqwa kepada Allah s.w.t
-bertanggungjawab terhadap semua benda
-memiliki akhlak-akhlak yang terpuji
-berilmu agama agar dapat membimbing bakal isteri dan anak-anak ke jalan yang benar
-tidak berpenyakit yang berat seperti gila, AIDS dan sebagainya
-rajin berusaha untuk kebaikan rumahtangga seperti mencari rezeki yang halal untuk kebahagiaan keluarga.

mungkin zaman skunk susah nk cri lelaki yg perfect cmni..tp seboleh2nye cri la lelaki yg ade ilmu agama dlm dirinya dan rasa tggungjawab sb kalau lelaki yg xde ilmu agama dlm dirinya..die xkn dpt mnjdi ketua keluarga yg baik..dan klu lelaki yg xbertggungjwb..keluarga die akan kucar kacir..

TaaT atau Nusyuzz

Sifat-sifat isteri solehah:

Pertama : Segera menyahut dan hadir apabila dipanggil oleh suami jika diajak untuk berhubungan.

Kerana sifat ini sangat ditekankan oleh Nabi s.a.w.

Nabi memerintahkan seorang isteri untuk segera memenuhi hasrat seorang suami dalam keadaan bagaimana pun. Bahkan baginda bersabda: “Jika seorang lelaki mengajak isterinya ke tempat tidur, lalu isteri itu menolak. Kemudian, suami itu bermalam dalam keadaan marah, maka isterinya itu dilaknat oleh para malaikat hingga waktu pagi.”

---------

Kedua : Tidak membantah perintah suami selagi tidak bertentangan dengan syariat. Allah berfirman :

فَالصَّالِحَاتُ قَانِتَاتٌ حَافِظَاتٌ لِلْغَيْبِ بِمَا حَفِظَ اللَّهُ

Maka wanita yang soleh, ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada, oleh kerana Allah telah memelihara (mereka). (An-Nisa' : 34)

Qotadah r.a berkata فَالصَّالِحَاتُ قَانِتَاتٌ "Iaitu wanita-wanita yang taat kepada Allah dan kepada suami-suami mereka" (Ad-Dur al-Mantsuur 4/386)

Terkadang pendapat suami bertentangan dengan pendapat isteri, kerana pendapat isteri lebih baik. Seorang isteri yang solehah hendaknya ia menyampaikan pendapatnya tersebut kepada suami akan tetapi ia harus ingat bahwasanya segala keputusan berada di tangan suami, apa pun keputusannya selama tidak bertentangan dengan syari'at.

---------

Ketiga : Selalu tidak bermasam muka terhadap suami.

Keempat : Sentiasa berusaha memilih perkataan yang terbaik tatkala berbicara dengan suami.

Sifat ini sangat diperlukan dalam keutuhan rumah tangga, betapa terkadang perkataan yang lemah lembut lebih berharga di sisi suami dari banyak pelayanan. Dan sebaliknya betapa sering satu perkataan kasar yang keluar dari mulut isteri membuat suami marah dan melupakan kebaikan-kebaikan isteri.

Yang jadi masalah terkadang seorang isteri tatkala berbicara dengan sahabat-sahabat wanitanya maka ia berusaha memilih kata-kata yang lembut, dan berusaha menjaga perasaan sahabat-sahabatnya tersebut namun tidak demikian jika dengan suaminya.

---------

Kelima : Tidak memerintahkan suami untuk mengerjakan pekerjaan-pekerjaan wanita, seperti memasak, mencuci, memandikan dan mencebok anak-anak.

Keenam : Keluar rumah hanya dengan izin suami.

Ketujuh : Berhias hanya untuk suami.

Tidak sebagaimana sebahagian wanita yang hanya berhias tatkala mahu keluar rumah sebagai hidangan santapan mata-mata nakal para lelaki.

---------

Kelapan : Tidak membenarkan orang yang tidak diizinkan suami masuk/bertamu ke dalam rumah.

Kesembilan : Menjaga waktu makan dan waktu istirehatnya kerana perut yang lapar akan membuatkan darah cepat naik. Tidur yang tidak cukup akan menimbulkan keletihan.

Kesepuluh : Menghormati mertua serta kerabat keluarga suami.

Terutama ibu mertua, yang suami sangat ditekankan oleh Allah untuk berbakti kepadanya. Seorang isteri yang baik harus mengalah kepada ibu mertuanya, dan berusaha mengambil hati ibu mertuanya. Bukan malah menjadikan ibu mertuanya sebagai musuh, meskipun ibu mertuanya sering melakukan kesalahan kepadanya atau menyakiti hatinya. Paling tidak ibu mertua adalah orang yang sudah berusia lanjut dan juga ia adalah ibu suaminya.

---------

Kesebelas : Berusaha menenangkan hati suami jika suami gelisah, malah bukan banyak menuntut kepada suami sehingga menambah beban suami

Kedua belas : Segera minta maaf jika melakukan kesalahan kepada suami, dan tidak menunda-nundanya.

Nabi s.a.w bersabda :

" أَلاَ أُخْبِرُكُمْ ....بِنِسَائِكُمْ مِنْ أَهْلِ الْجَنَّةِ؟ الْوَدُوْدُ الْوَلُوْدُ الْعَؤُوْدُ عَلَى زَوْجِهَا الَّتِي إِذَا غَضِبَ جَاءَتْ حَتَّى تَضَعَ يَدَهَا فِي يَدِ زَوْجِهَا، وَتَقُوْلُ : لاَ أَذُوْقُ غُمْضًا حَتَّى تَرْضَى"

"Mahukah aku kabarkan kepada kalian….tentang wanita-wanita kalian penduduk surga? Iaitu wanita yang penyayang (kepada suaminya), yang subur, yang selalu memberikan manfaat kepada suaminya, yang jika suaminya marah maka ia pun mendatangi suaminya lantas meletakkan tangannya di tangan suaminya seraya berkata, "Aku tidak boleh tenteram tidur hingga engkau redha kepadaku" (Dishahihkan oleh Al-Albani dalam As-Sahihah no 287)

Kerana sebahagian wanita memiliki sifat angkuh, bahkan malah sebaliknya menunggu suami yang minta maaf kepadanya.

---------

Ketiga belas : Mencium tangan suami tatkala suami hendak bekerja atau pulang dari pekerjaan.

Keempat belas : Mahu diajak oleh suami untuk solat malam, bahkan bila perlu mengajak suami untuk solat malam.

Rasulullah s.a.w bersabda:

رَحِمَ اللهُ رَجُلاً قَامَ مِنَ الّليْلِ فَصَلَّى وَأَيْقَظَ امْرَأَتَهُ فَصَلَّتْ, فَإِنْ أَبَتْ نَضَحَ فِي وَجْهِهَا الْمَاءَ. وَ رَحِمَ اللهُ امْرَأَةً قَامَتْ مِنَ الّليْلِ فَصَلَّتْ وَأَيْقَظَتْ زَوْجَهَا فَصَلَّى, فَإِنْ أَبَى نَضَحَت فِي وَجْهِهِ الْمَاءَ

“Semoga Allah merahmati seorang lelaki (suami) yang bangun di waktu malam lalu mengerjakan solat dan ia membangunkan isterinya hingga isterinya pun solat. Bila isterinya enggan, ia percikkan air ke wajahnya. Dan semoga Allah merahmati seorang wanita (isteri) yang bangun di waktu malam lalu mengerjakan solat dan ia membangunkan suaminya hingga suaminya pun solat. Bila suaminya enggan, ia percikkan air ke wajahnya.” (H.R. Abu Daud no 1308)

Nabi s.a.w juga bersabda:

إِذَا أَيْقَظَ الرَّجُلُ أَهْلَهُ مِنَ اللّيْلِ فَصَلَّيَا أَوْ صَلَّى رَكْعَتَيْنِ جَمِيْعًا، كُتِبَا في الذَّاكِرِيْنَ وَالذَّاكِرَاتِ

“Apabila seorang lelaki (suami) membangunkan isterinya di waktu malam hingga keduanya mengerjakan solat atau solat dua rakaat semuanya, maka keduanya dicatat termasuk golongan laki-laki dan perempuan yang berzikir.” (H.R. Abu Daud no 1309)

Dalam riwayat yang dikeluarkan An-Nasa`i disebutkan dengan lafadz:

إِذَا اسْتَيْقَظَ الرَّجُلُ مِنَ اللّيْلِ وَأَيْقَظَ امْرَأَتَهُ فَصَلَّيَا رَكْعَتَيْنِ, كُتِبَا مِنَ الذَّاكِرِيْنَ اللهَ كَثِيْرًا وَالذَّاكِرَاتِ

“Apabila seorang lelaki (suami) bangun di waktu malam dan ia membangunkan isterinya lalu keduanya mengerjakan solat dua rakaat, maka keduanya dicatat termasuk golongan laki-laki dan perempuan yang banyak mengingat/berdzikir kepada Allah.”

---------

Kelima belas : Tidak menyebarkan rahsia keluarga terlebih lagi rahasia ranjang. Bahkan berusaha menutup aib-aib suami, serta memuji suami agar menambahkan rasa sayang dan cintanya.

Keenam belas : Tidak membentak atau mengeraskan suara di hadapan suami.

Ketujuh belas : Berusaha untuk bersifat qana'ah (menerima apa yang ada dan redha) sehingga tidak banyak menuntut harta kepada suami.

Kelapan belas : Tidak menunjukkan kesedihan tatkala suami sedang bergembira, dan sebaliknya tidak bergembira tatkala suami sedang bersedih, akan tetapi berusaha pandai mengikut suasana hatinya.

Kesembilan belas : Berusaha untuk memperhatikan kesukaan suami dan jangan sampai suami melihat sesuatu yang buruk dari dirinya atau mencium sesuatu yang tidak enak dari tubuhnya.

Kedua puluh : Berusaha mengatur wang suami dengan sebaik-baiknya dan tidak boros, sehingga tidak membeli barang-barang yang tidak diperlukan.

Kedua puluh satu : Tidak menceritakan kecantikan dan sifat-sifat wanita yang lain kepada suaminya yang mengakibatkan suaminya boleh mengkhayalkan wanita tersebut, bahkan membanding-bandingkannya dengan wanita lain tersebut.

Kedua puluh dua : Berusaha menasihati suami dengan baik tatkala suami terjerumus dalam kemaksiatan, bukan malah ikut-ikutan suami bermaksiat kepada Allah, terutama di masa sekarang ini yang terlalu banyak kegemerlapan dunia yang melanggar syari'at Allah.

Kedua puluh tiga : Menjaga pandangannya sehingga berusaha tidak melihat kecuali ketampanan suaminya, sehingga jadilah suaminya yang paling tampan di hatinya dan kecintaannya tertumpu pada suaminya.

Tidak sebagaimana sebahagian wanita yang suka membanding-bandingkan suaminya dengan para lelaki lain.

---------

Kedua puluh empat : Lebih suka menetap di rumah, dan tidak suka sering keluar rumah.

Kedua puluh lima : Jika suami melakukan kesalahan maka tidak melupakan kebaikan-kebaikan suami selama ini. Bahkan sekali-kali tidak mengeluarkan perkataan yang mengisyaratkan akan hal ini. Kerana sebab terbesar yang menyebabkan para wanita dipanggang di api neraka adalah tatkala suami berbuat kesalahan mereka melupakan dan mengingkari kebaikan-kebaikan suami mereka

Rahsia Surah Al-Kautsar




Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.

Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-
1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya’allah hilang dahaga.
3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.

Friday, February 3, 2012

surat kepada rosmah mansur

Assalamualaikum Datin Seri.

Saya Muhammad Muizzudin bin Zaini
Julai 2011 lalu, genaplah usia saya 19 tahun.

Saya perkenalkan diri, sebagai remaja yang ingin tahu. Apa jua medium yang termampu saya pergunakan, saya usahakan sebaiknya agar saya dapat mengikuti perkembangan semasa, khususnya berkenaan negara Malaysia yang tercinta ini.

Iya, Datin Seri. Umur saya, sangat muda. Kedudukan saya, jauh benarlah kiranya dibandingkan dengan Datin Seri. Namun, saya yakin dan percaya, andai umurlah yang menjadi penentu kelayakan seseorang untuk bersuara, tidaklah layak sama sekali untuk suami Datin Seri memegang amanah pentadbiran negara sekarang, kerana di luar sana terdapat ramai yang lebih tua usianya!

Tegas saya, saya adalah remaja yang memerhati. Saya tidak mahu, sekadar menjadi manusia yang kerjanya memuaskan tembolok sendiri. Tidak juga hanya terpaku di bilik darjah, ‘menelan’ buku teks sekolah. Saya percaya, erti hidup pada memberi!

Datin Seri Rosmah Mansor yang saya hormati,
Saya pohon jutaan kemaafan, andai surat kecil ini menyinggung Datin Seri. Saya tidak berniat untuk menyakiti hati Datin Seri, jauh sekali memburuk-burukkan. Surat kecil ini, hanyalah usaha kerdil saya, menyampaikan isi hati. Ia hanyalah suara hati dan pandangan seorang anak muda.
KASIH SAYANG KEPADA RAKYAT

Datin Seri,
Pernah suatu pagi, saya dibawa ibu untuk menziarahi jenazah anak tunggal seorang jiran kami. Kanak-kanak kecil itu, baru berusia 6 tahun. Khairani namanya. Runtun rasa di hati, sebaik melihat keadaan rumah tempat tinggalnya kanak-kanak itu bersama ibunya. Saya cuba membayangkan, bagaimanalah andainya hujan lebat menimpa bumbung rumah itu. Atapnya berlubang-lubang, hinggakan saya fikir memadai dengan cahaya matahari yang ‘mencuri’ masuk melaluinya untuk menyinari ruang dalam rumah daif itu. Saya terpaksa melangkah berhati-hati, kerana lantainya berkeriut dan goyah sekali.

Hadir insaf dan syukur di dalam hati saya, bahawa betapa saya memiliki hidup yang jauh lebih baik dan selesa berbanding ramai lagi rakyat kebanyakan.

Di sekolah, saya punyai rakan-rakan yang sulit sekali melangsaikan yuran bulanan asrama. Bukan culas, bukan malas, tetapi kesempitan hidup menyukarkan mereka. Adik-beradik ramai yang masih bersekolah, ditambah taraf hidup dan kos keperluan yang kian meningkat dari sehari ke sehari, semuanya membebankan!

Datin Seri,
Sungguh saya tidak mampu mengelakkan rasa kecewa, apabila mengetahui yang Datin Seri bermalam di sebuah hotel di Dubai dengan kos melebihi RM100, 000 semalaman. Sehingga ke hari ini, saya masih teringatkan rumah daif adik Khairani, juga nasib ramai lagi yang saya temui sepanjang umur ini. Saya tahu, betapa besarnya urusan Datin Seri, juga kedudukan Datin Seri. Mungkin memang Datin Seri berhak, tetapi, apakah Datin Seri langsung tidak teringatkan kami, rakyat yang kesusahan? Apakah Datin Seri langsung tidak terfikirkan nasib ratusan, ribuan lagi rakyat yang tidak bernasib baik?

Apakah tiada langsung rasa bersalah di hati Datin Seri? Rasa bersalah kerana tinggal hanya untuk semalaman tetapi dengan kos yang boleh menyamai lebih kurang pendapatan selama 66 bulan bagi 40 peratus rakyat Malaysia! 40 peratus inilah rakyat yang pendapatan bulanan bagi setiap keluarga adalah lebih rendah daripada RM1500 sebulan. Bahkan setiap 3 daripada 4 keluarga ini, adalah sebangsa dengan Datin Seri, bangsa MELAYU!

Atau apakah Datin Seri tidur dengan lena malam itu?

Hingga hari ini, sudah bertahun saya tidak ke restoran Pizza Hut, McDonald dan seumpamanya. Kerana cukup dengan hanya melihat dari jauh, hadir rasa pilu mengenangkan saudara-saudara seagama, anak-anak muda seusia saya atau kanak-kanak, wanita dan orang tua yang dibunuh kejam di Palestin oleh rejim zalim Israel hasil sumbangan restoran-restoran ini.

Ia dipanggil, kasih sayang Datin Seri. Maafkan saya, tetapi saya terpaksa bertanya, apakah tiada langsung walau secebis pun rasa kasihan kepada rakyat Malaysia yang hidup serba kesusahan? Rakyat yang terpaksa melupakan impian dan keinginan kerana kesempitan hidup, namun terpaksa pula menanggung kos penginapan Datin Seri dan rombongan di luar negara untuk hanya semalaman!? Bayangkan pula kos penerbangan untuk keseluruhan rombongan selain daripada penginapan!

Peningkatan kos sara hidup waktu ini, sangatlah membebankan. Suami Datin Seri berterusan meminta seluruh rakyat berjimat, sedangkan isterinya? Hasil tindakan kerajaan pimpinan suami Datin Seri, mengurangkan subsidi untuk rakyat terbanyak sedangkan untuk para taukeh-taukeh besar dikekalkan, juga ‘penyelarasan-penyelarasan’ harga, teramatlah menyulitkan kami semua.

Sungguh Datin Seri, kami sangat terbeban meskipun harga petrol dinaikkan walau beberapa sen. Ia akan mempengaruhi seluruh kehidupan kami. Harga makanan, pakaian, kos pengangkutan dan semuanya akan semakin menyulitkan kami. Saban hari, saya melihat ibu mengeluh kerana gajinya sukar sekali untuk disimpan, ia sekadar mencukupi untuk setiap bulan.

Kami rakyat tidak meminta Datin Seri turut menaiki kereta biasa atau tinggal di rumah biasa seperti kami. Hanya yang kami rakyat pinta, supaya Datin Seri dan suami menyelami hakikat kesukaran yang terpaksa kami tempuhi.

Malangnya, tindakan Datin Seri berbelanja mewah begini adalah sama sekali tidak menggambarkan Datin Seri dan suami bersama-sama kami. Sungguh, ini amat mengecewakan saya. Sukar sekali untuk saya mewajarkannya. Maafkan saya Datin Seri, sungguh ia tidak dapat saya terima.

Datin Seri yang saya hormati,
Tiadalah yang lebih mengecewakan dan membangkitkan kemarahan, melainkan ketika melihat Datin Seri dan suami di Festival Fesyen Islam Monaco. Bagaimana tidak, pakaian yang diperagakan langsung tidak menggambarkan Islam! Langsung tidak menutup aurat, menampakkan bahagian-bahagian yang sepatutnya sulit dan yang paling dahsyatnya, nama RasuluLlah SAW yang mulia tertera pada pakaian yang tidak menutup aurat!

Apakah Datin Seri tidak menyedari, bagaimana kemarahan yang telah Datin Seri cetuskan? Nama RasuluLlah SAW yang mulia dihina sebegitu rupa! Namanya cukup mulia, hinggakan apabila disebut namanya, dikira manusia yang paling kikir sekiranya tidak dipanjangkan nama itu dengan selawat ke atasnya. Tiba-tiba, nama itu dihina sebegitu rupa! Bahkan, Datin Seri yang menghadapi teguran, kritikan, kecaman dan tunjuk rasa langsung tidak memohon maaf. Langsung tidak!

Sedangkan para Ulama’ masih berbahas, bagaimana cara paling baik untuk mengagungkan Manusia Mulia ini, tiba-tiba Datin Seri kelihatan meredhai perbuatan yang jelas MENGHINA Baginda Nabi SAW!

Sebenarnya, Datin Seri sudah dari awal menunjukkan kecekalan Datin Seri melanggar syariat Allah. Datin Seri tidak menutup aurat, bersentuhan, berlaga pipi dan berpelukan dengan lelaki bukan mahram yang disepakati sekalian Ulama’ sebagai perbuatan yang HARAM!

Menyentuh anjing atau khinzir, hukumnya juga Haram. Namun, hilang kotornya dengan perbuatan menyamak. Malangnya, tiada apa yang mampu ‘membersihkan’ haram dan kotornya nya menyentuh lelaki ajnabi kecuali
API NERAKA!

Lalu, dengan semua perlakuan Datin Seri, apakah mungkin Datin Seri fikir kami rakyat akan menerima dakwaan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bahawa kerajaan pimpinannya berusaha keras berjuang demi Islam dan bangsa. Sedangkan isterinya sendiri, tidak memelihara Akhlak dan Syariat Islam, juga adab-adab kesantunan Melayu malahan!

RAKYAT MENGIKUTI PEMIMPIN MEREKA
Kata ahli hikmah, “Agama manusia itu, di atas Pemimpin mereka”. Tinggi sahsiahnya, baik akhlaknya, ikhlas hatinya, patuh dan taat kepada Allah, maka begitulah jua rakyatnya. Rakyat akan terpengaruh dengan ketua mereka.
Malaysia hari ini, dalam keadaan yang benar-benar dahsyat bagi saya. Setiap masa perlu di dalam keadaan berjaga-jaga, kerana penjenayah menunggu kita alpa. Gerun saya melihatkan kanak-kanak yang bermain sendirian di halaman rumah, bimbang kalau-kalau ada manusia busuk hati yang berniat jahat kerana jenayah hari ini langsung tidak mengenal beza usia!

Budaya Hedonisme melampau. Nafsu ‘disembah’ sebagai Tuhan. Remaja Melayu Muslim tidak segan silu memakai pakaian yang jauh menyimpang daripada Islam dan adab Melayu. Tidak kekok mengogok arak di pesta-pesta jamuan nafsu. Saban hari ada sahaja kes bunuh bayi lewat pergaulan tanpa batas! Hari ini, remaja mati dengan sia-sia. Samada mati dalam ketagihan najis dadah, atau kemalangan dalam perlumbaan haram!


Bahkan seribu satu lagi, penyakit-penyakit sosial yang sedang membarah, membusuk di dalam negara tercinta!
Bukanlah saya menuding jari kepada Datin Seri dan suami, saya akui malahan, bahawa Datin Seri kelihatan cuba berusaha sedikit sebanyak bagi menangani masalah-masalah ini. Namun, hakikatnya, keadaan rakyat sesuai dengan keadaan pemimpinnya!

Manusia yang jelas disabitkan kesalahan rasuah, diangkat menjadi pemimpin! Manakala pemimpin lain yang mengkritik tindakan ini, di arah supaya tutup mulut dan diambil tindakan! Apa sudah jadi pada negara!? Sedangkan Nabi SAW bersabda, “Apabila amanah diberikan kepada BUKAN ahlinya, maka tunggulah KEHANCURAN!”

Pemimpin negara tidak memelihara adab pergaulan Islam, tidak memelihara batas aurat, berbelanja boros tanpa timbang rasa kepada rakyat, justeru, bagaimana mungkin kita mengharapkan yang baik-baik daripada rakyat?

Saya gerun melihat perkembangan ini, Datin Seri. Hari ini, kita mengeluh kerana ramainya anak-anak luar nikah yang didaftarkan. Bayangkanlah, apa yang mungkin kita keluhkan 5 atau 10 tahun akan datang!

Antara sifat agama kita, INQILABIYYAH Datin Seri. Ertinya, adil dan zalim mustahil begerak seiring. Kebenaran dan kebatilan sama sekali tidak akan bercampur. Syariat Islam dan yang bercanggah dengannya, pasti tidak akan ditemui titik temu antara keduanya. Justeru, Datin Seri berusahalah sehebat manapun untuk memperbaiki masalah sosial, gejala buang bayi dan sebagainya, selagi suami dan kerajaan Datin Seri terus mengesampingkan hukum Allah, dasar Allah, syariat Allah, maka Datin Seri tidak akan BERJAYA! Berani saya kata!

Bagaimana tidak? Datin Seri berusaha mengelakkan masalah bunuh bayi yang kita semua maklum ia bermula daripada pergaulan bebas, sedangkan hub hiburan malam, lesen judi dan konsert-konsert mega sebenarnya adalah penyumbang besar kepada masalah ini! Kerajaan pimpinan suami Datin Seri, umpama membina dan meruntuhkannya semula. Bina dan runtuh, kemudian bina dan runtuhkan lagi. Itulah kitarannya.

KUASADatin Seri ke luar negara untuk bertemu pemimpin negara luar, pernah juga Datin Seri menyambut kehadiran Perdana Menteri luar negara ke Malaysia, dana RM111 juta untuk PERMATA, pertemuan First Lady dan liputan-liputan meluas setiap aktiviti Datin Seri di media dalam dan luar negara, itu bagi saya menunjukkan yang Datin Seri seolah-olah punya kuasa di dalam pentadbiran negara.

Justeru, sebagai anak muda yang penuh persoalan di minda, saya bertanya dengan baik, bagaimana ini semua berlaku? Sedangkan, kami rakyat tidak pernah melantik Datin Seri sebagai pemimpin negara. Suami Datin Seri yang memimpin kerajaan yang telah dipilih rakyat melalui proses Pilihan Raya! Atau apakah dengan hanya menjadi isteri kepadanya, menjadikan Datin Seri turut berkuasa?

Datin Seri pasti tahu, berkenaan kebangkitan rakyat yang menyemarak di Timur Tengah. Kerajaan yang tidak bertimbang rasa diterjah dan dihalau rakyat! Antara isunya ialah bagaimana berkuasa dan kaya rayanya isteri kepada pemimpin-pemimpin yang telah tumbang itu.

Saya cintakan negara saya. Tidak sanggup saya melihat negara porak peranda, namun, kiranya Datin Seri berterusan mengikut jejak langkah isteri-isteri pemimpin yang tumbang itu, maka mungkin Datin Seri dan suami boleh menerima nasib yang sama. Kami rakyat semakin tidak tertanggung lagi dengan tekanan-tekanan kewangan dan keperluan hidup sekarang!

Datin Seri,
Surat ini bukanlah ancaman, bukan juga ugutan. Ia sekadar luahan rasa, nasihat dan pandangan yang cuba seorang anak muda sampaikan. Ingin benar saya ingatkan, kedudukan yang Datin Seri nikmati hari ini, adalah kerana rakyat memilih suami Datin Seri. Kuasa di tangan kami, untuk menentukan jatuh dan bangunnya Datin Seri dan suami. Dan sebenarnya, kami rakyat hanyalah ‘jalan’ bagi Allah untuk mengatur ketentuan ini, Allah jualah yang meletakkan kekuasaan kepada sesiapa yang dikehendakinya.


Justeru, berbaiklah dengan kami. Patuhilah suruhan Allah. Kami tidak pinta lebih, sekadar bertimbang-rasa untuk kami.

Datin Seri yang dihormati,
Surat ini mungkin sampai ke tangan Datin Seri. Mungkin sampai sendiri, atau terhenti di tangan pembantu-pembantu Datin Seri atau tidak mampu hampir sama sekali. Kiranya ia selamat sampai ke tangan Datin Seri, saya pohon maaf, kalaulah surat kecil saya ini mengguris rasa Datin Seri. Maafkan saya, kalau ia kerana kesilapan-kesilapan bahasa dan cara penulisan. Namun, andainya Datin Seri terasa hati kerana menerima teguran, tidak akan saya pohon maaf untuk itu! Teguran ini adalah benar, justeru tiada apa yang perlu saya risaukan dengan kebenaran. Ia pasti menang dan tertegak!

(edisi Weblog M@RHAEN)
Inilah PENCAK kami! PENCAK ANAK MUDA!
maaf untuk penggunaan "aku" untuk yang lebih tua dari saya(^__^)

sharing is caring

Monday, January 9, 2012

Sorok Bau Budu

Utusan Malaysia Online - Mahkamah

Utusan Malaysia Online - Mahkamah

tv oh tv.. LED

TELEVISYEN diod pemancar cahaya (LED) tetapi bukan LED yang sebenarnya.

Walaupun sukar mempercayainya tetapi hakikatnya semua televisyen LED yang berada di pasaran tempatan pada masa ini bukan televisyen LED dalam erti kata yang sebenar.

Menurut Pengurus Kanan Kejuruteraan dan Servis, Toshiba Sales & Services Sdn. Bhd., Liew Ah Yoong, semua produk itu merupakan televisyen paparan cecair kristal (LCD) yang menggunakan cahaya belakang LED.

Namun, katanya, semua syarikat pengeluar memasarkannya sebagai televisyen LED mungkin kerana strategi pemasaran.

''Sehingga hari ini, hanya Sony mengeluarkan televisyen LED sebenar atau diod pemancar cahaya organik (OLED), itu pun hanya satu dua model dan mungkin hanya ada di Jepun.

''Saya sendiri tidak tahu bagaimana rupa televisyen LED kerana tidak pernah melihatnya,'' katanya pada prosiding Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) di Ipoh, Perak, baru-baru ini.

Ah Yoong hadir sebagai saksi kepada syarikat Kim Seen Electronic Trading bagi memberitahu situasi sebenar terhadap tuntutan yang dikemukakan oleh Liew Moi Fah, 55.

Moi Fah menuntut supaya syarikat itu mengembalikan semula wangnya sebanyak RM5,350 kerana didakwa menjual televisyen LCD kepadanya, sedangkan dia mahu membeli televisyen LED.

Menurut Moi Fah, dia membeli televisyen tersebut pada Januari lalu dan mendapati ia bukan televisyen LED sebulan kemudiannya.

''Semasa berkumpul beramai-ramai sempena sambutan Tahun Baru Cina pada Februari lalu, anak saudara saya memberitahu bahawa televisyen itu bukan televisyen LED tetapi LCD 'kahwin' LED. Kes seperti ini banyak berlaku di Singapura.

''Saya juga dapati pada kad jaminan televisyen tersebut tertera LCD dan pemeriksaan pada laman web Toshiba tidak menjumpai sebarang produk televisyen LED,'' katanya.

Setelah mendengar penjelasan tersebut, Presiden TTPM, Maznah Haron memerintahkan supaya Kim Seen Electronic Trading yang diwakili oleh Tang Boh Leng mengambil semula televisyen itu dan mengembalikan RM4,235.42 kepada pihak yang menuntut.

Dalam hal ini, katanya, kerajaan perlu melakukan sesuatu bagi memastikan pengguna tidak dikelirukan antara televisyen LED dan televisyen LCD yang menggunakan cahaya belakang LED.

Tuesday, December 27, 2011

TERIMA KASIH ALLAH

Assalamualaikum

“aku dan dia dah putus…”

“kenapa?”
“aku dah x sayangkan dia. pelik bukan.tiba-tiba saja perasaan tu hilang”

“kau pasti dengan keputusan kau.kau x kesiankan dia? dia sayang kau…”

“kesian la jugak. tapi bila aku fikir balik. lagi kesian kalau aku teruskan. aku dah x mampu…”

“buatlah apa yang kau rasa terbaik….”

selepas setahun.

“aku geram. dia tipu aku. lepas setahun baru aku tahu…”

“kenapa? apa yang dah jadi…?”

“dia ada ramai perempuan belakang aku. dia tipu aku.aku rasa pedih. terlalu pedih…”
“kenapa kau pedih. kan perasaan kau dekat dia dah lama hilang”

“entah. mungkin rasa dikhianati. x dihargai.mungkin kalau aku sayang dia. sekarang aku dah longlai. separuh mati aku terluka. rabak. koyak. patah….”

“lupakanlah. jangan bebani hati fikiran diri kau dengan benda dah lepas ni…tidurlah dah lewat…”

“aku tak boleh stop. mata aku x boleh nak lelap .kecewa aku menggunung. otak aku overtime….”

.
beberapa bulan kemudian

“Aku selalu tertanya-tanya kenapa perasaan aku pada dia boleh hilang. Sekelip mata.”

“kau ada jawapan?”

…senyum “ada…mudah.”

“apa dia?”

“bila aku pandang semua benda yang jadi tu ada hikmah.aku mula refleksi balik segala apa yang aku dah buat.apa yang jadi dalam hidup aku.dan aku dapat jawapan.kau nak tahu?”

“kongsi lah…”

“Allah sayang aku. Dia taknak aku setia pada orang yang x hargai aku. Dia benarkan aku tahu kebenaran setelah setahun.mungkin masa tu baru kekuatan aku cukup untuk menampung kekecewaan aku.dan aku fikir-fikir balik, Allah beri yang terbaik untuk aku.sedangkan banyak benda yang aku lalai.hubungan aku dengan Allah aku terabai.”

“maksud kau?”

“aku banyak berfikir.refleksi balik segalanya.cari jawpan pada soalan-soalan aku.aku kadang-kadang lalai dalam mengingati Allah.leka dengan cinta lelaki.aku dah bazirkan masa,duit untuk cinta lelaki.aku dah sedar aku sepatutnya fokus cinta kepada Pencipta.nak tahu sesuatu?”

“teruskan aku dengar…”

“aku pernah tanya kenapa aku jumpa lelaki yang salah.sekarang aku rasa aku tahu kenapa.aku belum cukup baik.dan aku kena betulkan diri aku untuk dapat yang terbaik. Rasa cinta itu memang anugerah daripada Allah.tapi kita manusia ni lebih menghargai rasa cinta itu daripada Si Pemberi.

Kakak sepupu aku pernah cakap bila kita couple susah nak kawal bukan…rindulah sayanglah then gaduh sampai emo seminggu.lepas itu mula nak pegang-pegang tangan, bergambar rapat-rapat…sebab tu,lebih baik mencegah daripada mengubati bukan…”

“so sekarang?”

“aku tengah berjuang.menjadi lebih baik.doakan.selangkah.dua langkah…aku sedang berlari.mendekati Pencipta…”

“lelaki?cinta?”

“hanya yang Halal.janji Allah itu pasti.”

“kau yakin sekarang?rasa lebih baik?”

“alhamdulillah.semua jawapan-jawapan yang aku cari membawa aku pada Allah.aku nampak cahaya melambai-lambai dari jauh.cahaya itu yang buat aku bangun.dan ketenangan itu milik aku.sungguh,hikmah itu kalau dicari gali manisnya tiada berpenghujung.aku khilaf.sebab aku tahu Allah sentiasa ada, cuma manusia yang mencipta jarak.

Itu kata-kata yang aku rasa sesuai dengan situasi aku.mungkin dulu aku nak dekat dengan Dia bila nak sesuatu atau sedih kecewa saja.tapi sekarang aku dah sedar,faham tanggungjawab aku.Allah buktikan lagi sayang Dia pada aku dengan adanya perasaan ini.syukur :)

p/s : Semoga bermanfaat :)
MANUSIA : BODOH: tak belajar dari pengalaman sendiri dan tak belajar dari pengalaman orang lain PANDAI: belajar dari pengalaman sendiri tapi tak belajar dari pengalaman orang lain BIJAK: belajar dari pengalaman sendiri dan pengalaman orang lain….