Tuesday, August 9, 2011

Sifat Mahmudah dan Sifat Mazmumah.. (*_*)

"Baik, masing-masing sudah bersedia dengan pen dan kertas?" Tanya seorang penceramah dalam salah satu program yang kami ikuti.


"Em..! " kami mengangguk..


" Baik, sekarang saya nak kam semua listkan sebanyak mungkin sifat-sifat Mazmumah yang kamu tahu dalam masa 1 minit.."


Aku cepat-cepat menuliskan sifat-sifat mazmumah yang terlintas difikiranku. Banyak, hampir 10 yang dapat aku listkan..


( Hubb addunya, Hubb al-mal, pemarah, tamak, kedekut, 'ujub, sombong, tak ingat mati, pentingkan diri....)


"Dah?? " tanya penceramah.


"Sudah..." Kami menyahut serentak, sambil menanti arahan seterusnya.


" Baik, sekarang listkan sebanyak mungkin sifat-sifat Mahmudah dalam masa 1 minit .." beliau mengeluarkan arahan.


Dengan kemas aku genggam pen dan menulis secepat mungkin.. Aku cuba mengintai-ngintai jawapan rakanku, manalah tahu mereka dapat listkan lebih banyak daripada aku. Aku tak mahu kalah, aku nak tulis sebanyak mungkin.. Aku masih ingat lagi dulu aku pernah belajar 10 "sifat-sifat Mahmudah" dam 10 "sifat-sifat mazmumah" sewaktu darjah 6 di Sekolah Agama.


( Sabar, Redha, Tawakkal, Qanaah, Ikhlas, Peramah, Rajin, syukur...dll)


"dah cukup seminit, semua letakkan pen dan berhenti menulis" penceramah itu mengeluarkan arahan lagak seorang pengawas di dewan peperiksaan. Mungkin dia dah terbiasa dulu-dulu bertugas sebagai pengawas peperiksaan di sekolah kot? Tapi tak pe lah, tak ada kaitan dengan aku kenapa aku nak fikir lebih-lebih? memberatkan kepala aku jek nanti.


" Kamu.. Berapa yang dapat kamu listkan?.." Setiap orang diajukan soalan itu.


" 6 sifat mazmumah, 5 sifat mahmudah..." jawab abdullahakhi.


" 5 sifat Mazmumah, 7 sifat mahmudah.." Jawab muadz.



.......


sehinggalah tiba giliranku.. Dengan segera aku menjawab.


" 9 sifat Mazmumah, 8 Sifat Mahmudah.." Alhamdulillah, syukur.. banyak jugak yang dapat aku listkan rupanya.


"Kamu tahu apa motif saya suruh kamu senaraikan sifat-sifat mahmudah dan sifat-sifat mazmumah dalam tempoh masa yang singkat?" Tanya penceramah berkenaan.


Dan seperti biasa, lumrah berceramah di tanahair kita nih, apabila penceramah mengajukan soalan, mereka sendirilah yang perlu menjawabnya nanti.


" Sifat-sifat Mazmumah yang kamu listkan tu, kalau kamu renung dan muhasabah elok-elok.. Itu adalah sifat Mazmumah yang prominent ada pada diri kamu, Yang kamu tak nak ianya ada pada diri kamu, sebab tu bila saya suruh kamu listkan dalam banyak-banyak sifat-sifat mazmumah, yang itu yang kamu dapat fikirkan dalam tempoh masa yang singkat ni..


kemudian, sifat-sifat Mahmudah yang kamu listkan tu semua adalah sifat-sifat Mahmudah yang kamu selalu berharap ianya akan ada pada diri kamu..." Penerangan yang ringkas cukup untuk membuatku terpukul.



"Astaghfirullah.."Aku perbanyakkan istighfar.. aku tenung dalam-dalam kertas yang aku conteng sebentar tadi. Aku genggam kemas pen ditanganku. Banyak sungguh sifat-sifat mazmumah yang masih menyubur dalam diri. Sifat-sifat Mazmumah yang diibaratkan seperti virus-virus yang akan menyerang sel-sel yang sihat, lantas menjadikan amalan sel-sel itu cacat. Tidak diterima Allah.


Sifat mazmumah dan mahmudah adalah berlawanan, kalau banyak sifat mazmumah maka sedikitlah sifat mahmudah yang dapat subur.. kadang-kadang bila terlalu banyak sifat mazmumah sehinggakan sifat mahmudah langsung tak dapat ruang untuk hidup dan menyubur di dalam diri. Mereka berkadar songsang antara satu sama lain.


Selagi mana sifat Mazmumah ada dalam diri, sifat Mahmudah takkan dapat masuk. al-Haq dan al-bathil takkan boleh duk sekali. Selagimana ada sifat Riya' macammana Ikhlas nak masuk? Selagimana ada sifat kedekut macammana sifat Pemurah boleh dipraktikkan?


Virus-virus Mazmumah ini perlu dikiks dengan antivirus. Bukan dengan menggunakan antivirus-antivirus biasa, tetapi antivirus yang perlu kita install dalam diri kita adalah "antivirus at-taqwa". Dengan taqwa barulah diri kita terselamat dari virus-virus degil ni. Mari sama-sama kita menginstall antivirus ini dalam diri kita, tidak mahal tapi perlu pada mujahadah yang tinggi.


Astaghfirullah, jauhnya aku untuk bergelar hamba yang Soleh, jauhnya aku untuk layak bergelar pejuang agamaMu ya Allah.


Ya Allah, izinkanlah aku menjadi pejuang dan penolong agamaMu, masukkanlah aku menjadi antara hamba-hambaMu yang soleh. Ameen....

SEBAB-SEBAB HATI TIDAK BAHAGIA IALAH KERANA ADANYA MAZMUMMAH DIDALAM HATI.



Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :

1. Pemarah Paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak terang. (sape nak dekat kalau asyik nak marah ajer.. bawak2lah senyum.. tentu org tak takut nak dekat punyer..)

2. Pendendam Tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung. (Ini kes dendam kesumat lahh nie..)

3. Hasad dengki Amalannya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan. (tak elok dengki mendengki nih..)

4. Bakhil Sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma) ** Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui makhluk.

5. Tamak Orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut… walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak…lagipun org tamak selalu rugi.. ** Ingat! Yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah&nbs p; rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

6. Tidak sabar Andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan.. cthnyer time keja banyak.. tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja..heh..heh..)

7. Ego Ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin. (yg nie no komen).. pasal semua org ader egonya sendiri.. cuma tinggi/rendah tahap keegoan tersebutâ

8. Riak Terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita ada

9. Cinta dunia Tidak dapat menderita, dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah ** Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati. Kesimpulan Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dllnya. tetapi ialah

MAZMUMMAH. ****Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA.**** Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya. So..sama-samalah kite sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain andai kita terleka dengan dunia buruklah padahnya

rintihan hati kecil ku...

Mungkin penulisan ku kali ni jauh berbeza dari sebelumnya. Yang pasti semuanya ringkas dan padat serta straight forward.

Untuk kesekian kalinya,baru aku ada kesempatan utk aku meluahkan rasa yg terpendam selama ini.

Rahsia suami isteri hanya suami isteri sahaja yang tahu. Ya, memang benar, akan tetapi mampukah hati ini utk menanggung segalanya? Aku akui,dan mengaku,aku pun pernah buat silap.. Tetapi salah kah diri ku,untuk berkongsi masalah atau perasaan ku bersama isteri tercinta? Akal dan fikiran tidak bersependapat membuatkan otak bercelaru dan mengabaikan kesihatan sendiri. Kemana harus diluahkan perasaan ini?Dipendam, diri sendiri yang binasa.. Segala kerja terabai, tidak mampu menumpukan perhatian, ditambah lagi bebanan kerja yang diberikan.. hanya tuhan yang tahu perasaan dan keadaan ketika itu.

Mungkin dgn cara nukilan ini dpt sedikit sebanyak mengurangkan seksa yang ditanggung.Ingin meluahkan pada sahabat,kenalan?Maaflah.. aku bukan jenis yang suka nak bercerita buruk atau aib kan org.. Benda baik aku kongsi,Tapi bila melibatkan maruah kamu suami isteri,baik pendam dan telan je.. membuka pekung didada? ya mungkin tapi salah kah ia jika hanya ingin memberi keinsafan dan pengajaran kepada yang berkenaan? ku tepuk dada dan ku tanya diriku. tidak salah. mungkin ada yg tidak bersependapat dgn jawapan ini, tetapi ini aku dan ini kehendak ku. pemikiran ini terhasil mungkin kerana dari perasaan yang dihimpit oleh masalah yg menimpa.

facebook.. juga satu cara utk ku menghilangkan (walaupun tidak hilang sepenuhnya) masalah yang dihadapi.. sentiasa update status, post gambar, check in kemana diri pergi. ada yang meluat? sebelum menjwab soalan itu, mengapa tidak tanya, ok kah ia? ada masalah kah? mungkin dgn pertanyaan2 seperti ini akan menenggelamkan perasaan meluat itu. setiap tingkahlaku ada penyebabnya dan itu lah antara sebab agar ku dpt meringankan bebanan yang ku tanggung.

hidup bersuami isteri memang mencabar. bagi ku ada 2 perkara penting dlm kehidupan bersuami isteri iaitu JUJUR dan PERCAYA. Aku akui,aku tidaklah lengkap dan sempurna dengan salah satu darinya..

Hati ku umpama terhempap ke batu. sakit hanya Tuhan yang tahu. Kuburkan lah keegoan mu. terangkan semuanya, itu yang ingin ku dengar, bukannya penafian.Berubahlah,tinggal kan lah yang buruk,yang baik dan mulia dikekal kan.. Jgn lah lagi melibatkan kisah hidup lalu kedalam rumah tangga kita... Aku pun xtau,sampai bila kah harus ku mainkan watak aku... rasanya,tiada guna aku berlakon,sedangkan pasangan kita terang²an menunjukkan keburukan dan kelemahan diri kita... berdoa lah,agar kelembutan diperolehi,jauhkan lah sifat² mazmumah...
Tanamkan lah sifat² mahmudah....

nukilan penulis
-bardjr-

Monday, August 8, 2011

Doa ringkas selepas solat



Maksudnya:

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Segala puji bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam. Selawat dan sejahtera semoga dilimpahkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad yang semulia-mulia pesuruh-Nya, serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya.

Ya Allah, wahai Tuhan kami, hidupkan kami dengan iman, matikan kami dalam iman, serta masukkan kami ke dalam syurga bersama-sama iman.

Ya Allah, ya Tuhan kami, ampunilah segala dosa kesalahan kami dan dosa-dosa kesalahan kedua ibu bapa kami, serta kesihanilah kedua ibu bapa kami sebagaimana mereka berdua mengasihani kami semasa masih kecil.

Ya Allah, akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah kiranya Engkau akhirkan umur kami dengan kesudahan yang tidak baik.

Ya Allah, ya Tuhan kami, janganlah kiranya Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk. Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia.

Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia ini dan juga di akhirat, dan peliharalah kami daripada azab neraka.

Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas seluruh keluarga dan sahabat-sahabat baginda. Dan segala puji itu tertentu bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.

Kisah Lelaki dan Seorang tukang Gunting

"Jumaat lepas, sebuah masjid di Shah Alam menyentuh soal pentingnya aqidah di dalam khutbah Jumaatnya. Khatib ada membawakan sebuah cerita yang menarik dan saya rasa ingin mengongsikan kisah tersebut di blog ini. Berikut adalah kisah tersebut dengan sedikit ubahsuai versi saya:
Pada suatu petang, seorang lelaki datang ke kedai gunting rambut untuk memendekkan rambutnya yang agak panjang dan tidak terurus. Seperti biasa, si penggunting rambut menyambut pelanggannya dengan mesra dan mempersilakannya duduk.
Sedang si penggunting rambut melakukan kerjanya, mulutnya tidak berhenti bercerita. Macam-macam dibualkan menyentuh isu semasa dan kehidupan harian. Tiba-tiba si penggunting rambut itu bertanya suatu soalan yang agak berat.
“Tuhan ni wujud ke?” tanya si penggunting rambut.
Lelaki tersebut terkejut dengan soalan tersebut. Belum pun sempat nak menjawab, si penggunting rambut menyambung percakapannya.
“Kalau Tuhan wujud kenapa dunia ni huru-hara, manusia saling berperang dan benci sesama manusia? Tuan tengoklah berita, di sana berperang di sini berperang. Asyik bergaduh sahaja di mana-mana…” adu si penggunting rambut.
“Lihat di negara kita, sana sini buang bayi. Kes bunuh pun selalu keluar di akhbar. Masalah sosial lagi. Rasuah lagi. Teruklah!” sambungnya lagi menyatakan kekesalan.
“Tuhan tu ada.” Jawab si lelaki itu singkat. Risau melihat semangat si penggunting rambut itu dengan gunting tajam di tangannya.
“Kalau betul Tuhan ada, kenapa DIA tak selesaikan semua masalah tu? Dan buat semuanya jadi aman sahaja? Kan senang!” ujar si penggunting rambut yang umurnya 40-an itu.
Selepas beberapa minit berlalu, sesi guntingan rambut pun selesai. Selesai membayar, si lelaki mengajak si tukang gunting melihat ke luar tingkap.
“Encik lihat tak lelaki-lelaki remaja di sana? Dan pakcik tua di seberang jalan tu yang sedang duduk tu?” tanya lelaki itu.
“Ya, saya nampak. Kenapa?” si penggunting rambut bertanya kembali.
“Lelaki remaja tu rambutnya panjang, nampak tak senonoh kan? Dan pakcik tua tu pula misainya tak terurus nampaknya. Setuju tak?” Lelaki itu meminta pandangan.
“Ya, betul. Saya setuju.” si penggunting rambut mengiyakan sambil mengangguk.
“Mereka jadi macam tu sebab tukang gunting rambut tiada kah?” tiba-tiba lelaki itu mengajukan soalan ‘istimewa’ kepada si penggunting rambut.
“Eh, tak. Bukan sebab tu. Ni saya ada ni.” Si penggunting rambut menafikan.
“Habis tu kenapa lelaki-lelaki remaja itu berambut panjang dan pakcik tua itu tidak tersusun misainya?” lelaki tersebut bertanya kembali.
“Tu sebab mereka tak datang jumpa saya. Kalau mereka datang jumpa saya tentu saya akan potong rambut remaja lelaki tu bagi elok. Dan pakcik tua tu pula saya akan trim misainya bagi kemas.” jawab si penggunting rambut.
“Ya, itulah jawapan kepada persoalan encik semasa encik memotong rambut saya tadi. Tuhan itu ada. Tidaklah bermakna berlakunya peperangan, pertelingkahan, jenayah, gejala sosial, rasuah di kalangan manusia itu adalah kerana Tuhan tidak ada. Masalah ini semua timbul kerana mereka semua tidak mahu ‘berjumpa’ dengan Tuhan.” kata lelaki itu.
Si penggunting rambut mendengar dengan teliti sambil mengerutkan dahinya. Berfikir agaknya.
“Mereka yang abaikan suruhan dan perintah Tuhan. Tuhan malah telah memberikan pedoman melalui RasulNYA dan juga melalui kitabNYA iaitu al-Quran. Malangnya, manusia memilih cara mereka sendiri. Mereka menjauhkan diri dari ALLAH. Jika manusia mendekatkan diri dengan ALLAH, tentulah keadaan manusia lebih baik dan sejahtera. Lebih kurang macam sayalah sekarang ni. Lebih handsome dari lelaki-lelaki remaja dan pakcik tua tu sebab saya jumpa encik untuk dirapikan rambut saya, hehe…”
“Betul jugak. Kenapa Tuan tak jelaskan pada saya semasa potong rambut tadi” Si penggunting rambut mengangguk setuju sambil bertanya.
“Oh bukan apa. Saya risau dengan gunting di tangan encik tu. Dibuatnya encik marah nanti, tak pasal-pasal saya kena nanti…hehe. Tapi, alhamdulillah encik tak marah, malah dapat menerima penjelasan saya” Jelas lelaki tersebut sambil ketawa kecil. Si penggunting rambut itu turut tertawa juga.
Antara pengajaran penting:
* Tuhan itu ada. DIA, yakni ALLAH adalah Tuhan Maha Esa. DIA lah tempat semua memohon pertolongan dan bergantung harap. ALLAH tidak beranak dan tidak diperanakkan. Dan DIA tidak sama dengan mana-mana satu pun.
* Patuhlah kepada perintah ALLAH dan jauhilah larangan ALLAH. Kerana padanya terdapat kesejahteraan dan kebaikan yang menyeluruh. “Aslim, taslam”. Ambillah ISLAM secara keseluruhannya, nescaya semua manusia dan makhluq yang menghuni bersama manusia akan selamat.
Peringatan:
* Ini hanyalah perumpamaan untuk dibuka fikiran sahaja. Kisah sebegini baik untuk disampaikan untuk mengajak manusia berfikir dan merenung. Namun, perumpamaan ini tidaklah tepat dengan ALLAH. Kerana ALLAH itu adalah Tuhan yang tiada suatu pun yang sama denganNYA.
Semoga ada manfaat padanya, insyaALLAH.
WAllahu Ta`ala A`lam.