Wednesday, August 12, 2009

kisah Seutas Tali

Kisah Seutas tali Kalau anda sanggup jawab, anda jawablah.... kalau tak ... pandai-pandailah

cerita dibawah hanya sebagai renungan .....

Ingatan:Kisah Seutas tali.( Kisah benar sebenar-benarnya)

Di bandar Madinah tinggal seorang hartawan yang kaya raya hartanya ada di seantero dunia( masyaallah ini worang vanyak khayalah), kehidupan se-hariannya dipenuhi dengan mengabadikan diri kepada Allah SWT bersede-kah adalah amalan tetap beliau,dengan harta kekayaan yg melimpah ruah dia tetap dengan kehidupan yang sederhana,setiap kali datangnya musim haji dialah orang yg paling banyak mengeluarkan sedekah.Beliau terkenal dgn baikanya dan disukai oleh semua penduduk disana.Hartawan tersebut mempunyai 5 orang anak yang kesemuanya sudah berkeluarga dan sibuk dengan urusan masing-masing, Yang merisaukan si hartawan ini ialah ba-gaimana nanti kalau dia sudah meninggal dunia, bagaimana nanti anaknya akan menguruskan harta nya yg banyak itu kerana anak2 beliau lebih cinta-kan dunia. Bagaimana nanti kalau hartanya tidak digunakan ke jalan yg benar.

Siang malam ia bermunajat kepada Allah meminta PETUNJUK DAN...apa yg harus dilakukan. Pada suatu subuh yang dingin, beliau telah mengumpul-kan semua anak2nya untuk memberitahu wasiatnya.”Wahai anak2ku, tujuan abuya mngumpulkan enta semua ini adalah untuk memberi tahu wasiat kepada kamu semua sekiranya, abuya sudah tiada lagi didunia ini” apalagi berpandangan lah mereka kerana terbayangkan harta yang banyak, dan tak sabar lagi menunggu wasiat dari abuyanya.... ..!

Begitulah kelakuan anak2nya.... ...yg membuatkan sihartawan itu sedih........

Tetapi dengan satu syarat.....sekirany a ia mangkat nanti, ia mahu salah se-orang dari anaknya menemankannya selama tiga hari semasa ia telah di- kebumikan didalam kubur dan siapa yang sanggup dialah yg akan me-warisi hartanya, dan ia juga yg layak utk membahagikan harta tersebut

kepada adik-beradik yg lain....sekiranya tiada yg sanggup hartanya akan

diwakafkan kepada orang miskin.

Terkejut katak lah anak2nya. Lalu mereka meminta untuk berbincang adik-beradik, abang yg sulung mengesyorkan agar diupah orang kampong yg miskin hidupnya untuk menemankan abuyanya semasa didlm kubur, sebab abuyanya, takan tahu siapa yg menemankan nya nanti kerana sudah mang-kat dan selepas itu kita berikannya upah yang banyak dan menjadi kaya raya. Kesemuanya bersetuju dgn cadangan tersebut, dan segera memberi-tahu yang mereka bersetuju dgn syarat tersebut,Abuya sungguh bangga dgn anaknya yg sulong kerna pada anggapannya anaknya itu akan mene-mankannya nanti.....”Syukur”… katanya dlm hati..

Keesokan hari nya maka kesemua anaknya pergilah keseluruh pelusok kg untuk mencari sesiapa yg sanggup menemankan abuyanya...tetapi malang tiada siapa yg sanggup untuk tidur didlm kubor selama 3 hari dgn mayat,ini kerja gilo kata orang kg..setelah penat mencari' si sulong sudah hampir putus asa dan berehat di padang rumput yg dipenuhi kambing biri-biri dan ternampak seorang lelaki yg gagah dgn segulung tali di lengannya. “Mung-kin ini si pengembala kambing, baik aku cuba offer dgn dia”...fikirnya,

Dia pun menemui si pengembala kambing tersebut, bertanya akan kehidu-pannya, Lalu sipengembala memberitahu keadaannya yg miskin kehidu-pannya kais pagi makan pagi kadang2 ia tak makan sampai 3 hari, kesiaan kata sisulong kepada nya. Lalu sisulong berkata “Mahukah kau menjadi kaya.. wahai si pengembala kambing?” “Mestilah mahu” Jawabnya,,Dan menceritakan tujuanya dan dgn syarat ...Si pengembala kambing ter-sebut bersetuju... . .kerana dgn 3 malam sahaja dia akan menjadi seorang saudagar kayyaaa! “Yahoooo 'Ana khayalah”!..Teriak si pengembala tu. “Ini kerja senang”… katanya “Kalau satu bulan pun ana boleh”... kata si penegembala kambing.

Dipendekkan cerita, selepas sepurnama berlalu maka mangkatlah abuya-nya... . Maka bersedih bercampur gembiralah semua anaknya.Dan segeralah siabang sulong mencari sipengembala kambing tersebut agar meneman-kan arwah abuyanya seperti mana yg tlh dipersetujui, utk tinggal didlm

kubor selama 3 hari 3 malam.Maka dgn segulung tali yg sentiasa berada

ditangannya walau ia dengan bangganya masuklah kedalam kubor dan tidur bersebelahan mayat abuya, cuma dipisahkn dgn papan penutup liang lahat.

Setelah Arwah abuya selamat dikebumikan dan ditalkin, maka tinggallah Sipengembala kambing bersama tali dan jenazah Abuya, Di dalam kubur yang gelap gulita itu membuatkan sipengembala kambing menjadi cemas dan bau yg amat wangi membuatkan ia berfikir siapakah orang yg mening-gal ini,ini mesti orang yg beriman,,,,sedang asyik berfikir.... terdengar suara garau memberi salam, Maka terperanjatlah si pengembala tersebut, dalam fikirannya mungkin salam tersebut ditujukan pada jenazah disebelah-nya Jadi ia mendiamkan diri sahaja.....namun tiada jawapan, Sekali lagi salam diberikan dgn suara yg bertambah garau, bertambah kecut perutlah kawan tu...tetap ia mendiamkan diri.....masih tiada jawapan, si pengembala terse-but terfikir mungkin salam itu ditujukan kepadanya.. Terdengar salam yg ketiga dgn suara yg amat menakutkan, Dengan terketar2 ia menjawab salam tersebut.... .....”Waalaikumssssss alam…. Siapa kamu?”

“Wahai orang yg membawa tali,mengapa kau ada disini?” ,Lalu ia mence-ritakan perkara yg sebenarnya.. .......kemudian suara itu bertanya lagi,”Apa yg kau bawa itu, “ Tali 'jawabnya'…”Apa guna tali itu?” ,suara itu berta-nya lagi......”Untuk memudahkan aku menjaga kambingku dan kerja yg bakal kulakukan”, Suara itu bertanya lagi...”Dari mana engkau dapat tali ini?”......”Bagaimana cara kau mendapatkan tali ini.......dari sumber mana kau beli tali ini ?”........suara itu terus bertanya mengenai tali tersebut... Sehinggalah sampai hari yg ketiga, Anak si arwah tadi pun menggali se-mula kubor tersebut dan mengeluarkan si pengembala tadi, dengan muka yg pucat lesi macam cicak tertelan ular. Dia menggigil ketakutan, mem-buatkan anak abuya menjadi bungung.

Maka bertanyalah ia kepada gembala tersebut mengenai ganjaran yg ia mahu, “ Mintalah sebanyak mana pun, kami akan berikan padamu wahai pengembala!“....katanya, Lalu pengembala kambing tersebut memberitahu bahawa “Aku tidak mahu satu sen pun harta dari kamu wahai orang muda?”.... “Mengapa?” tanya si sulong, Lalu dia menceritakannya apa yg berlaku semasa didalam kubor selama 3 hari itu....”Sedangkan tali yg aku bawak ini pun, sampai 3 hari masih belum habis ditanya.....inikan pula harta yg banyak! .Nasib baiklah kau dah keluarkan aku kalau tidak, tak taulah apa nak jadi, macam mana aku nak jawab!”… “Berapa lama pulak aku nak jawap dgn harta yg begitu banyak....jadi kau simpanlah harta kau tu baik2, kau gunakan dgn sebaiknya!” Maka si pengembala terus beredar dari situ dgn seribu keinsafannnnnnnn.

Cuba kau orang fikir kalau2 ada harta syarikat korang dah rembat ?

Sendiri mau ingat berapa lama nak jawab ooooooooooooo ?!!!!!!!!!!! !!!!!!

__,_._,___

Tuesday, August 11, 2009

.: DaViD CpE:.



buduhsss...ahahahaha

ubaT H1N1

Salam..... sy baru balik dari thailand. sy ke pulau temelang dan ban tun. apa yang sy nak kongsi ialah cara mereka mengubati penyakit selsema babi.
bahan2nya adalah


1. air kelapa
2. kurma
3. mangkuk

cara2nya

1. masukkan kurma ke dalam mangkuk
2. tuang air kelapa
3. biar sejam dua
4. minum air kelapa bersama makan kurma


tq

Bersediakah wanita hadapi suami curang?

Pakar psikologi perkahwinan berpendapat isteri perlu buat kajian jika pasangan cari teman baru

Segala-galanya sudah diberikan. Kasih sayang, makan minum terjaga, perhatian dan tanggungjawab sebagai isteri tidak pernah diabaikan. Pucuk pangkal, suamilah segala-galanya. Demam dan letih ditolak ketepi semata-mata ingin memberi sepenuh kasih sayang buat suami tercinta.
Namun, apa yang dibalasnya pada anda? Dia mempunyai wanita simpanan! Adakah anda bersedia menerima perkhabaran kecurangan suami anda?

Tentu pelbagai taksiran menerjah di kotak fikiran. Ya, mungkin kebanyakan wanita yang mengalami permasalahan sebegitu akan berasa diri teraniaya diperlakukan sedemikian rupa.

Kecurangan suami sentiasa berlegar malah mengisi setiap minit kecurangan suami bermain di benak fikiran. Pengorbanan yang dilakukan selama ini dirasakan hanyalah sia-sia.

Dalam kejadian 19 Februari lalu umpamanya, seorang suri rumah yang dikatakan hilang pertimbangan selepas mengesyaki suaminya bermain kayu tiga bertindak di luar batasan apabila membunuh dua anak lelakinya di Taman Indah, Batu Maung, Georgetown.

Wanita itu juga dipercayai menjerut mati anaknya dikenali sebagai Muhammad Alif Hakimi, enam tahun, dan Muhammad Alif Hazemi, 17 bulan, dengan wayar seterika.

Kesnya masih dalam perbicaraan pihak berkuasa.

Dalam satu kejadian berasingan minggu lalu, gara-gara cemburukan suami yang didakwa mempunyai hubungan sulit dengan seorang wanita lain, Woon Suik Ling, 25, mengambil tindakan nekad terjun dari tingkat lapan kondominium di Jinjang, Selangor.

Malah, dua hari sebelum mengambil tindakan nekad itu, mangsa dipercayai cuba membunuh diri dengan mengelar tangan dan memakan pil. Namun, tindakannya itu berjaya dihalang keluarganya.

Kejadian sebegini menunjukkan betapa sikap curang itu membawa padah dan boleh mengundang bahaya.

Perunding Klinikal Psikologi Perkahwinan dan Terapi Seksologi Keluarga, Datuk Dr Mat Saat Baki, berkata kecurangan mempunyai definisi yang cukup besar khususnya dalam hubungan suami isteri.

“Banyak faktor yang tidak diketahui mengapa lelaki curang. Kita mesti mengkaji mengapa suami bertindak sedemikian (curang). Malah, mungkin juga bagi lelaki dia tidak melihat perbuatannya itu sebagai suatu kecurangan sedangkan wanita pula sangat menitikberatkan soal kepercayaan.

“Tetapi, dalam hal ini jika hubungan itu berkaitan dengan ikatan perhubungan yang tidak sah, hukumnya tetap zina,” katanya.

Mungkin lelaki bernama suami mempunyai alasan tersendiri kerana menduakan wanita. Faktor keseronokan dan sifat tidak cukup hanya satu membuatkan sesetengah lelaki mula memasang wanita simpanan.

Faktor sentiasa tidak berpuas hati membuatkan sesetengah lelaki bertindak mudah dengan mencari teman wanita. Malah, ada antara mereka tidak langsung memikirkan risiko perbuatan curang itu semata-mata atas tiket keseronokan.

Apatah lagi bila mengenangkan isteri di rumah sudah tidak secantik dan sewangi dulu. Siapakah yang harus dipersalahkan?

Realitinya, sememangnya ramai wanita yang sudah mendirikan rumah tangga tertinggal suatu amalan yang mereka sentiasa pentingkan ketika masih bergelar anak dara.

Lebih-lebih lagi bila sudah bergelar ibu dengan beberapa orang cahaya mata, mulalah mengabaikan tabiat berdandan hingga lupa akan penjagaan kecantikan.

Paras rupa mulai kusam, kulit kering dan potongan badan tidak mengancam seperti zaman anak dara. Nampak seakan enteng, tetapi itu semua begitu penting di mata suami.

Dr Mat Saat berkata, perubahan itu sedikit sebanyak membuatkan suami memberi alasan untuk ‘makan luar’ oleh kerana isteri mulai mengabaikan penjagaan diri.

“Berdasarkan kajian yang dibuat mendapati ada 88 faktor kecurangan dalam perhubungan. Kita juga perlu tahu sebab apa kecurangan itu berlaku,” katanya.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan suami berlaku curang mungkin sebagai alasan untuk berpisah dengan pasangannya atau sekadar inginkan keseronokan.

Katanya, jika hubungan kekeluargaan ingin diselamatkan, biasanya pasangan suami isteri akan diberikan kaunseling untuk memulihkan semula hubungan, seterusnya mencari penyelesaian terbaik untuk menyelamatkan ikatan perkahwinan.

“Namun, kita juga perlu mengambil kira sebab apa tindakan suami untuk berlaku curang. Adakah dia ingin kembali semula kepada isteri atau ingin bercerai untuk bersama dengan pasangan barunya. Begitu juga dengan isteri, adakah dia bersedia untuk menerima kembali, seterusnya memaafkan perbuatan suami,” katanya.

Ditanya panduan mengekalkan hubungan suami isteri, Dr Mat Saat berkata, banyak cara untuk pasangan suami isteri beroleh kebahagiaan selain saling mempercayai.

Katanya, penting sekali untuk mereka mengukuhkan ikatan kasih sayang sambil saling mengambil berat perihal pasangan masing-masing bagi memastikan kerukunan rumah tangga.


Lima Faktor Perubahan Suami

1 – Menjadi panas baran

- Jika sebelum ini, suami sentiasa berkata dengan lemah lembut tetapi secara tiba-tiba mulai bengis dan sering marah-marah. Malah, isteri dimarahi dengan menjadikan alasan sikap isteri membebel memeningkannya padahal sebelum ini suami tidak bersikap demikian.

2 – Tiba-tiba menjadi sibuk

- Perubahan ketara suami yang sentiasa bertugas di luar dengan pelbagai alasan. Malah, dalam keadaan tertentu, suami hanya menyatakan dia sibuk menggunakan khidmat pesanan ringkas (SMS) tanpa mahu bertemu dengan anda.

3 – Sering berahsia

- Segalanya tidak mahu dikongsi bersama. Baik hal di pejabat dan kisah peribadi. Tambah mencurigakan, suami sering ‘lari’ sebaik menerima khidmat pesanan ringkas (SMS). Bila telefon berbunyi pula, suami menjawab di tempat jauh dan berbisik-bisik. Siapa yang menelefon, teman lelaki kata suami! Boleh percaya ke?

4 – Semakin bergaya

- Penampilan suami yang dulunya biasa-biasa bertukar dengan drastik. Rambut baru, pakaian baru dan siap dengan minyak wangi mengalahkan zaman bujang. Penting bagi isteri menyelidiki suami mereka yang bersikap sedemikian!

5 – Menjadi bertambah penyayang

- Memang pelik. Jika sebelum ini hendak mendapat peluk manja bukan main payah tetapi sikap suami agak keterlaluan berbanding kebiasaan. Malah, dia juga sering memeranjatkan anda dengan pelbagai hadiah untuk mengaburi mata anda. Berhati-hati…




Monday, August 10, 2009

.:Kisah Malam PertamA:.

Ada sepasang pengantin baru berada di kamar pengantin, di malam pertama. Pada tengah malam pertama itu, tiba-tiba isterinya mengerang, “Adui.. Sakitnya bang… ! Macam mana ni bang..?” Suaminya lantas menenangkan isterinya, “Jangan nangis Sayang.. Nanti emak ayah dengar.. Mereka mungkin belum tidur lagi tu..” Kebetulan bilik mertua hanya bersebelahan kamar tidur pengantin. Isterinya teresak esak mengerang “… Sakitnya Bang”

Tapi kerana tidak dapat menahan sakit, isterinya tambah kuat mengerang. Mahu tidak mahu, si suami pun berkata, kali ini kuat sedikit suaranya: “Sabar Sayang! Tahan saja.. Esok baru cabut.”

Sejak dari tadi si mertua lelaki masih belum tidur. Dia memang terdengar anak perempuannya mengerang, tadi dia tidak peduli, biasalah malam pengantin, fikirnya. Tapi kali ini dia sudah hilang sabar. Dia bangun, pergi ke bilik sebelah lantas menendang pintu kamar pengantin.

Dengan rasa geram bapa mertua berteriak: “Ni apa kena ni? Tak faham ke? Anak aku boleh mati kalau besok baru kau nak cabut! CABUT SEKARANG JUGA!” …





Terkejut besarlah kedua pengantin tu. Sambil tersipu-sipu pengantin perempuan pun berkata kepada ayahnya: “Abah, takkan sakit gigi pun boleh mati.. Lagipun manalah ada Klinik Gigi yang buka 24 jam?”