Wednesday, August 26, 2009

Komik PM kibar Bendera

Komik satira politik, Gedung Kartun yang baru diterbitkan telah dirampas oleh KDN atas alasan diterbitkan tanpa permit.

Komik ini memuatkan sejumlah karikatur sindiran terhadap tokoh politik negara, khususnya Perdana Menteri dan isu yang berkaitan dengan beliau iaitu Altantuya dan Mongolia.

Ketua pengarangnya, Zunar mendakwa rampasan itu bermotif politik kerana pihaknya telah mendapat kelulusan secara lisan untuk menerbitkan Gedung Kartun. Namun, surat rasmi belum dikeluarkan.

Apa jua alasannya, rampasan ini mudah dibaca motifnya. KDN memberi kebenaran untuk menerbitkan komik humor, tetapi bukan humor yang menyindir Perdana Menteri. Sekiranya KDN tahu Gedung Kartun akan menyindir PM, sahih tidak akan diberikan kebenaran untuk menerbitkannya.

Dalam keadaan PM yang ditekan begitu hebat oleh pembangkang, penerbitan yang menyindir, mempersenda dan menjatuhkan imej beliau pasti tidak dibenarkan berada di pasaran.



Sesiapa juga yang ingin menerbitkan buku, majalah, komik mahupun akhbar mesti mengelak daripada menyentuh bulu roma pemimpin BN kerana bakal berhadapan dengan pegawai KDN.
Bagi aku,hmm rakyat tahu menilai....

*sumber dari satumalaysia.wordpress.com.

Thursday, August 20, 2009

Fadilat Solat Terawih

Selamat berpuasa bagi semua muslim.. tak kira yang bleh puasa, ataupun tidak.. selamat berpuasa gaks diucapkan.. bila dah ramadhan, amalan solat sunat terawih tidak asing lagi bagi umat islam. Namun aku terlepas solat terawih untuk terawih yang pertama.. isk.. rugi… :( .. takpe lah.. malam ni ada… :)

Aku minta maaf, sekiranya ada salah silap aku pada korang, yang aku tak perasan.. atau sengaja buat-buat tak perasan.. mana yang terkecil hati tu, aku minta maaf…… maafkan aku yer.. pliz.. pliz….

Sambil lepak-lepak buang masa kat sini, meh kita belek apa dia fadhilat terawih :

Malam 1 :
Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.

Malam 2 :
Diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman).

Malam 3 :
Berseru Malaikat di bawah ‘Arasy supaya kami meneruskan sembahyang terawih terus menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.

Malam 4 :
Memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

Malam 5 :
Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam, Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.

Malam 6 :
Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Ma’mur (70 ribu Malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang terawih poda malam ini.

Malam 7 :
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi ‘Alaihissalam nenentang musuh ketatnya Fir’aun dan Hamman.

Malam 8 :
Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim ‘Alaihissalam.

Malam 9 :
Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.

Malam 10 :
Allah Subhanahuwata’ala mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di akhirat.

Malam 11 :
Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baharu dilahirkan.

Malam 12 :
Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).

Malam 13 :
Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.

Malam 14 :
Datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang terawih, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.

Malam 15 :
Semua Malaikat yang menanggung ‘Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

Malam 16 :
Allah subhanahuwata’ala tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga.

Malam 17 :
Allah kurniakan orang yang berterawih pahalanya pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

Malam 18 :
Seru Malaikat “Hai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup atau mati) “

Malam 19 :
Allah Subhanahuwata’ala tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

Malam 20 :
Allah kurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.

Malam 21 :
Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada nur.

Malam 22 :
Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huru-hara di Padang Masyar).

Malam 23 :
Allah Subhanahuwataala binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga daripada nur.

Malam 24 :
Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang berterawih malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam sujud)

Malam 25 :
Allah Taala angkatkan daripada siksa kubur.

Malam 26 :
Allah kurniakan kepada orang berterawih pahala pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat.

Malam 27 :
Allah kurniakan orang berterawih pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Sirotolmustaqim seperti kilat menyambar.

Malam 28 :
Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 darjat di akhirat.

Malam 29 :
Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.

Malam 30 :
Allah Subhanahuwataala beri penghormatan kepada orang berterawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman:
“Hai hambaKu : makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan di dalam syurga, dan mandilah engkau dariapda air syurga yang bernama Salsabila, serta munumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang bernama ‘Al-Kauthar’.”

PINTU REZEKI

Salams, for sharing.....

Dato' Dr. Fazilah Kamsah pernah berkata....... .

" setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu ( tak kira
masih hidup @ telah tiada )".......... nescaya pintu rezekimu akan terbuka
buat kamu...

Berdasarkan Hadith Nabi :
"Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa
kepada kedua orang tua nya dalam sehari"

Huraian hadith:
- jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup
mahupun yang sudah tiada )
- Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus berdoa
kepada kedua ibu bapa (walaupun ada ibu bapa yang leka, doakan agar
mereka berubah)
- Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah
- Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2. ...tadah tangan dan
bayangkan wajah kedua orang tua k ita , termasuk guru2 k ita dan mereka
yang banyak menolong k ita (berdoa perlu benar2 bersungguh2)
- Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki
oleh Allah

Kesimpulannya:
- Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris..... . Cuma jangan lupa
doakan ibu bapa k ita setiap hari
- Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang k ita
dapat dari Allah (e.g. makan, kesihatan, kasih sayang, ilmu dsb nya....)
InsyaAllah
Berusaha dan bertawakal.. ...insyallah , - rezeki itu bukan kerana ada sijil SPM,
(kata Azmil Mustapha)... ..Mari kita cuba .Allahhuakhbar. ..

Insya Allah

Allahu Akbar !

Saya tidak pernah menyangka-nyangka bahwa dengan meneruskan kalimat ini . Ke
rakan Dan saudara sekalian, Allah memberikan saya rezeki yang tidak
disangka-sangka. ..Memang tidak sampai 12 jam setelah saya kirimkan pesan itu...
Tapi limpahan KurniaNya kepada saya sungguh diluar pemikiran saya...
Subhanallah! Alhamdulillah.

Kirim kalimat ini ke 12 orang yang kamu anggap baik di dalam hidupmu dan
Insya-Allah kehidupanmu akan bertambah baik Dan buktinya dalam 12 jam kamu harus
Percaya akan keajaiban bulan ini.

AL-QAYYUM, AL-MAJID, AL-WAJID, AL-WAHID, AL-AHAD, AL-SAMAD, AL-KADIR,
AL-MALIK , AL - RAHMAN , AL -RAHIM

ALLAH SWT TIDAK PERNAH TIDAK DAPAT MENYEMPURNAKAN PESANNYA, KALA KAMU
MENGHANTAR BERITA INI KEPADA 12 ORANG INSYAALLAH KAMU AKAN MENDAPATKAN
BERITA BAIK ESOK.

"God Must Have Spent A Little More Time On You"

Yeah....
Oh yes
Ohhh..yeah..
Can this be true?
Tell me, can this be real?
How can I put into words what I feel?
My life was complete
I thought I was whole
Why do I feel like I'm losing control?
I never thought that love could feel like this
and you've changed my world with just one kiss.
How can it be that right here with me
there's an angel?
It's a miracle...

Your love is like a river
Peaceful and deep
Your soul is like a secret
That I never could keep
When I look into your eyes
I know that it's true
God must have spent...
A little more time
On you...
(A little more time, yes he did baby)

mengenali lelaki melalui zodiak


Leo (24 Julai - 23 Ogos)
Orang nya: penyayang, warm hearted, tidak kedekut bila mahu berkongsi kesenangan dan kemewahan dengan org yg disayangi nya. Jejaka Leo ini juga seorg yg ambitious, self-centered tapi tak ego... (jejaka leo memang gitu).
Tips utk memikat: sebagai perempuan, harus lah menunjukkan kewanitaan yg selembut-lembut nya. Kena tahu bagaimana menilai dan menghargai setiap ciri dan kualiti ada pada jejaka leo.
WARNING

Virgo (24 Ogos - 23 September)
Orang nya: pemalu, tak pandai mengawal emosi, ceng'eng. Suka mencari perhatian dari perempuan.
Tips utk memikat: Lelaki Virgo suka yg pendiam, tak kecoh,sofisticated,simple, jgn banyak cakap..(cerewet pulak si virgo nie) So kenalah pandai menyerlahkan nilai2 kewanitaan, gaya yang manis, kelembutan dan tak lupa kesabaran..(virgo ceng'eng..kuat merajuk)
WARNING: Bilapergi dating, jgn pakai yg ter "over welming"..virgo ini gatal..(chicky duck) kalau dia over gatal, kasi jer flying kick sama dia.

Libra ( 24 Spetember - 23 Oktober)
Orang nya: cerewet, posessive, takes things lightly when comes to quarrel tapi jujur dlm segala hal
Tips utk memikat: Senang aje..Libra suka perempuan yg ceria, happy go lucky..SO be urself
WARNING: So bila nak date..makai lah make-up yg sederhana..tapi jgn lupa cover-up pimple jika ada..a big turn off for Libra pasal diorang ingat diorang nie semua hensem

Scorpio ( 24 Oktober - 23 November)
Orang nya: action serius, mudah cemburu, mood swing..
Tips utk memikat: Sentiasa menghargai nya..nak bergayutdi talifon berjam-jam pun takpe! janji dgn dia, kerana Scorpio ini macam Libra juga, posessive.
Tak suka berkongsi perempuan nya dgn org lain.
WARNING: Buat pilihan yg betol bila mahu memikat scorpio, kerana bila dah terjerat susah nak escape dari scorpio... (jgn kata guek tak kasi warning)

Sagitarius ( 23 November - 21 December)
Orang nya: Fu..yoh..siapa dpt memang untung... Sagitarius org nya happy aje..suka (bergembira tepok tangan sama2..la la la..) bawa partner jalan2..sort of adventurous
Tips utk memikat: Sentiasa ada kan plan bila nak keluar..tengok wayang ke? kanoeing ke? anything asal kan jgn membosan kan...
WARNING: Jgn "u plan..i plan lah"..'confirm tak ada plan'.

Capricon ( 22 December - 20 Januari)
Orang Nya: Egoistic, ada batu duduk di atas itu kepala, pendek kata Capricon seorg yg sukar nak meluah kan perasaannya. Jarang sekali anda akan mendengar dia melafazkan 'cinta' pada anda
Tips utk memikat: COOL aje sis..nak tekel mereka bukan mudah..jgn give in selalu..ajar sikit..mereka jual mahal..kita jual lagi mahal
WARNING: Macam layang2 putus tali..jual mahal..mahal jugak sis..jgn mahal sampai terputus tali..melepas lah kau nanti...

Aquarius ( 21 Januari - 19 Februari)
Orang Nya: Pijak semut tak mati..
Tips utk memikat: Kacang aje..sentiasa berpakaian cantik, glamer..comfirm dia sentiasa nak berkepit aje dgn u
WARNING: Lelaki Aquarius nie cepat bosan dgn org..so sbelum dia tinggal kan kita..kita blah dulu

Pisces (20 Februari - 20 Mac)
Orang Nya: Segak, bergaya, ngada-ngada, choosy..
Tips utk memikat: Kasi jer belacan...
WARNING: Diorang tak suka macam belacan!

Aries (21 Mac - 20 April)
Orang Nya: Anak mak! smart mamat. intelligent,
Tips utk memikat: Bagus utk minah2 tudung (NO OFFENCE) but its true..Jejaka Aries suka wanita yg sopan, tata-tertib..sebab nak bawa tunjuk mak so kena lah bawa balik yg bagus punya
WARNING: Jika anda betol anda rasa aries ini pilihan anda, pilih lah. Kalau tidak, jgn lah main-mainkan hatinya. Hati dah luka sukar nak dibaiki. Macam moto yang dah rosak, makan bulandi workshop baru baik.

Taurus (21 April - 21 Mei)
Orang nya: Mencabar. garang seperti singa, takut seperti tikus. Mereka tidak tetap dgn pendirian sendiri...
Tips utk memikat: Low profile sikit, mereka suka sesuatu yg mencabar, let him find out the real u..
WARNING: Kadang-kadang diorang suka buat kelakar seorang seorang... kesian takde orang lain layan...

Gemini (22 Mei - 21 Jun)
Orang nya: Gemok! egoistic, tak suka kalah. Kalau ada debate, jgn harap anda nak menang..dalam apa2 persoalan jua mereka ada aje alasan nya
Tipa utk memikat: Sabar aje lah..be patient. Sebagai perempuan, mengalah lah sikit..lambat laun hati nya akan lembut jugak..Lelaki Gemini nie suka pada perempuan yg lembut, hatinya akan lembut jua.
WARNING: Jgn bersikap terlalu kasar dgn nya..kalau dah tak tahan dgn mereka..blah aje jgn banyak cakap..mereka panas baran. Tak guna bertengkar anda tak akan menang punya pasal diorang nak menang jer.

Cancer ( 22 Jun - 23 Julai)
Orang nya: Segak,Step kaya, bermurah hati, suka menunjuk-nunjuk dengan kemewahan..tetapi mereka adalah sebalik nya..(berhati-hati ya)
Tips utk memikat: Jgn pulak anda pun nak step kaya... nanti habis duit dikebas.
WARNING: TOLONG Jgn terpedaya dgn kata manis nyer.. first first manis, kalau dah lama jadi masam.. kadang kadang jadi basi...