Wednesday, July 15, 2009

Benarkah Lagu Negaraku Dari Terang Bulan?

Benarkah lagu Negaraku berasal daripada lagu Terang Bulan (ejaan lama: Terang Boelan)? Atau, Terang Bulan yang ditiru dari Negaraku? Nak tau? Jom kita ikuti dulu sejarah asal-usul lagu kebesaran negara kita yang tercinta ini.

Negaraku telah dimainkan buat pertama kalinya selepas PM kita yang pertama, Tunku Abdul Rahman mengisytiharkan kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Sebaik saja laungan "Merdeka", drum-roll dan lagu Negaraku dimainkan sambil bendera Persekutuan dinaikkan. Tonton klip video di sebelah. Alhamdullillah, dah pun 50 tahun negara kita Merdeka.

Siapakah pencipta lagu Negaraku ? Sebenarnya, lagu Negaraku bukan dicipta pada tahun 1957. Lagu ini mempunyai susur galur asal usulnya yang panjang dan menarik. Tidak seperti lagu kebangsaan negara2 lain.

Negaraku berasal dari lagu rasmi Negeri Perak. Cuba korang dengar lagu "Allah Lanjutkan Usia Sultan" (lagu rasmi Negeri Perak) di sebelah ini. Mungkin korang tertanya2, mengapa pulak lagu Negaraku ini diambil daripada lagu negeri Perak.


Pada tahun 1957, sebelum negara kita merdeka, negara belum mempunyai lagu kebangsaan. Namun setiap negeri di Malaya ketika itu mempunyai lagu kebesarannya tersendiri. Tunku Abdul Rahman telah mengambil keputusan untuk mengangkat lagu kebesaran salah sebuah negeri untuk dijadikan lagu kebangsaan. Setelah semua lagu negeri diperdengarkan, Tunku telah memilih melodi lagu kebangsaan negeri Perak.

Aku masih ingat lagi masa sekolah dulu kat Perak. Lepas saja lagu Negaraku , kitorg menyanyikan lagu Negeri Perak. Aku pelik kenapa lagu ni melodinya sama dengan lagu Negaraku . Skang, baru aku tau sebabnya.

Bagaimanakah pula sejarah lagu kebangsaan Perak ini? Begini citernya... Raja Abdullah (Sultan Perak) telah dibuang negeri ke Seychelles pada 30 Mac 1877. Pada masa tu, melodi lagu di atas sangat popular di Seychelles. Tajuk lagu itu ialah La Rosalie dan dicipta oleh ahli Muzik bangsa Perancis bernama Pierre Jean de Beranger. Rujuk wikipedia di sini.

Ketika Raja Chulan melawat Raja Abdullah di sana, dia juga telah mendengar lagu La Rosalie dan tertarik dengan melodinya. Ketika balik ke Perak, dia telah mengesyorkan kepada Sultan Idris (sultan Perak ketika itu) agar melodi tersebut dijadikan sebagai lagu kebangsaan Perak. Pada tahun 1888, lagu ini secara rasmi menjadi lagu kebangsaan negeri Perak dengan tajuk "Allah Lanjutkan Usia Sultan".

Sejarah lagu Negeri Perak ini juga boleh didapati di laman web National Anthems of The World Organisation (NAW) di sini dan sini. Tidak terdapat pun catatan bahawa lagu di atas diterbitkan daripada lagu Terang Bulan. Cuba baca keratan di bawah ini yang diambil daripada wikipedia. Untuk maklumat lanjut, rujuk sini.

Negaraku" (English: "My Country") is the national anthem of Malaysia. "Negaraku" was selected as a national anthem at the time of the Federation of Malaya's independence from Britain in 1957. The tune was originally used as the state anthem of Perak. The tune was also used for a popular song of that time, Terang Bulan, which was later borrowed by the song Mamula Moon, sang by Felix Mendelssohn and his Hawaiian Serenaders.

Selain itu, akhbar The New Straits Times juga ada menerbitkan Rencana bertajuk "Negaraku: Anthem not based on Indonesia Song" pada 16 Oktober 2007. Klik sini untuk berita lanjut atau klik pada gambar di sebelah.

Dari situ, terbukti bahawa, lagu Negaraku dan lagu Perak bukan diterbitkan daripada lagu Terang Bulan. Tapi sebaliknya. Terang Bulan yang meniru melodi lagu negeri Perak ini. Bukti ini juga boleh didapati di laman web National Anthems Info di sini.

Melodi lagu Negaraku juga turut digunakan dalam lagu Mamula Moon yang dicipta pada tahun 1940an.

Begitulah hebatnya melodi lagu Negaraku kita ini. Apa tidaknya, di Indonesia mereka menyanyikan lagu rakyat Terang Bulan dengan irama lagu kebangsaan kita! Lihat klip video di sebelah. Lagu ini mempunyai melodi yang sama dengan Negaraku dinyanyikan oleh Anneke Grönloh, seorang penyanyi Indonesia berketurunan Belanda.

Bayangkan irama lagu kebangsaan kita berkumandang di negara jiran. Aku yakin setiap rakyat Indonesia tahu akan irama lagu kebangsaan kita. Bangga lah kita dengan lagu kebangsaan kita. Negaraku ...

p/s - Aku tak pernah dengar pun irama lagu kebangsaan Indonesia. Bagaimana lagu nya?

2 comments:

Unknown said...

sebagai anak jati negeri Perak Darul Ridzuan, aku amat berbangga.....cuma sekarang jer yang tunggang langgang sikit....huhuhuhu

.:itsme.bard:. said...

tapi dengar cerita indon mengatakan yang lagu NEGARAKU ini ialah lagu dorang...betul ker?