Thursday, September 10, 2009

JAWATAN KOSONG



Rujukan : PTPTN/KP/01/14 Jld 8 (6)

Tarikh : 01 September 2009


Semua Ketua Setiausaha Kementerian

Semua Ketua Jabatan Persekutuan


Y. Bhg. Tan Sri / Datuk / Tuan / Puan,

IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN-JAWATAN BERTARAF TETAP/ KONTRAK
DI PERBADANAN TABUNG PENDIDIKAN TINGGI NASIONAL (PTPTN)

Saya dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), sebuah organisasi yang bertanggungjawab memberi pinjaman kepada pelajar Institusi Pendidikan Tinggi yang layak dan menerima deposit di bawah Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN), mempelawa calon-calon WARGANEGARA MALAYSIA yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan dan berumur kurang daripada 45 tahun pada 31 Disember 2008 untuk mengisi kekosongan jawatan-jawatan bertaraf tetap/kontrak seperti berikut :

BIL JAWATAN & GELARAN GRED STATUS
JAWATAN JADUAL GAJI

1. Pegawai Tadbir N41 Tetap /
Kontrak P1T1 RM 1690.28 - P1T27 RM 4640.28
P2T1 RM 1784.90 - P2T27 RM 4918.55
P3T1 RM 1883.70 - P3T27 RM 5220.62

2. Akauntan W41 Tetap /
Kontrak P1T1 RM 1702.81 - P1T27 RM 4688.95
P2T1 RM 1798.82 - P2T27 RM 4968.61
P3T1 RM 1899.01 - P3T27 RM 5255.39

3. Penolong Pegawai Tadbir N27 Tetap /
Kontrak P1T1 RM 1204.55 - P1T26 RM 3027.10
P2T1 RM 1274.13 - P2T26 RM 3213.25
P3T1 RM 1346.73 - P3T26 RM 3405.26

4. Pembantu Tadbir
(Kesetiausahaan) N17 Tetap /
Kontrak P1T1 RM 820.38 - P1T24 RM 2151.35
P2T1 RM 871.81 - P2T24 RM 2272.50
P3T1 RM 924.75 - P3T24 RM 2397.95

5. Pembantu Tadbir
(Perkeranian/ Operasi) N17 Tetap /
Kontrak P1T1 RM 820.38 - P1T24 RM 2151.35
P2T1 RM 871.81 - P2T24 RM 2272.50
P3T1 RM 924.75 - P3T24 RM 2397.95

6. Pegawai Khidmat Pelanggan N17 Tetap /
Kontrak P1T1 RM 820.38 - P1T24 RM 2151.35
P2T1 RM 871.81 - P2T24 RM 2272.50
P3T1 RM 924.75 - P3T24 RM 2397.95

BIL JAWATAN & GELARAN GRED STATUS
JAWATAN JADUAL GAJI

7. Pembantu Akauntan W17 Tetap /
Kontrak P1T1 RM 821.89 - P1T24 RM 2152.86
P2T1 RM 873.32 - P2T24 RM 2274.01
P3T1 RM 926.26 - P3T24 RM 2399.46

8. Pemandu Kenderaan Bermotor R3 Tetap /
Kontrak P1T1 RM 701.42 - P1T17 RM 1354.86
P2T1 RM 743.89 - P2T17 RM 1423.41
P3T1 RM 787.99 - P3T17 RM 1493.59


1. JAWATAN : PEGAWAI TADBIR
GRED : N41
TARAF JAWATAN : TETAP / KONTRAK
KUMPULAN PERKHIDMATAN : PENGURUSAN DAN PROFESIONAL
KLASIFIKASI PERKHIDMATAN : PENTADBIRAN DAN SOKONGAN
JADUAL GAJI : P1T1 RM 1690.28 - P1T27 RM 4640.28
P2T1 RM 1784.90 - P2T27 RM 4918.55
P3T1 RM 1883.70 - P3T27 RM 5220.62
SYARAT LANTIKAN:

Calon bagi lantikan hendaklah memilik kelayakan seperti berikut :-

(a) Warganegara Malaysia;

(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

(c) (i) Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; ATAU

(ii) Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred N41: P1T3); ATAU

(iii) Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred N41: P1T4); DAN

(iv) Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

(d) Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Tadbir dan Pembantu Tadbir (Kesetiausahaan) Gred N32 adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Pegawai Tadbir Gred N41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan :-
(i) mempunyai kelayakan di perenggan 1(c) di atas; atau
(ii) lulus Peperiksaan Khas; dan
(iii) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.
2. JAWATAN : AKAUNTAN
GRED : W41
KLASIFIKASI : PERKHIDMATAN KEWANGAN
KUMPULANPERKHIDMATAN : PENGURUSAN DAN PROFESIONAL
TARAF JAWATAN : TETAP/ KONTRAK
JADUAL GAJI MATRIKS : P1T1 RM 1702.81 - P1T27 RM 4688.95
P2T1 RM 1798.82 - P2T27 RM 4968.61
P3T1 RM 1899.01 - P3T27 RM 5255.39
SYARAT LANTIKAN:

Calon bagi lantikan hendaklah memilik kelayakan seperti berikut :-

(a) Warganegara Malaysia;

(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

(c) (i) Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred W41: P1T8); ATAU

(ii) Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan.

(Gaji permulaan ialah pada Gred W41: P1T8); ATAU

(iii) Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan serta menjadi Ahli Penuh Badan- badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan.

(Gaji permulaan ialah pada Gred W41: P1T9); ATAU

(iv) Ahli Penuh Institut Akauntan Malaysia

(Gaji permulaan ialah pada Gred W41: P1T10); DAN

(v) Lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


3. JAWATAN : PENOLONG PEGAWAI TADBIR
GRED : N27
KLASIFIKASI : PERKHIDMATAN PENTADBIRAN DAN SOKONGAN
KUMPULANPERKHIDMATAN : SOKONGAN
TARAF JAWATAN : TETAP/ KONTRAK
JADUAL GAJI MATRIKS : P1T1 RM 1204.55 - P1T26 RM 3027.10
P2T1 RM 1274.13 - P2T26 RM 3213.25
P3T1 RM 1346.73 - P3T26 RM 3405.26
SYARAT LANTIKAN

Calon bagi lantikan hendaklah memilik kelayakan seperti berikut :-

(a) Warganegara Malaysia;
(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

(c) (i) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; ATAU

(ii) Diploma dalam bidang Pentadbiran Awam yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred N27: P1T5); ATAU

(iii) Diploma dalam bidang Pengurusan Harta Benda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred N27: P1T6); DAN

(iv) Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

(d) Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Tadbir (P/O), Pembantu Tadbir (Kesetiausahaan), Pengurus Stesen, Pemeriksa Cap Jari dan Penyelia Jurupakaian adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Penolong Pegawai Tadbir Gred N27, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan :-
(i) mempunyai kelayakan di perenggan (i), (ii), (iii) di atas; atau
(ii) lulus Peperiksaan Khas; dan
(iii) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan


4. JAWATAN : PEMBANTU TADBIR (KESETIAUSAHAAN)
GRED : N17
KLASIFIKASI : PERKHIDMATAN PENTADBIRAN DAN SOKONGAN
KUMPULANPERKHIDMATAN : SOKONGAN
TARAF JAWATAN : TETAP/KONTRAK
JADUAL GAJI MATRIKS : P1T1 RM 820.38 - P1T24 RM 2151.35
P2T1 RM 871.81 - P2T24 RM 2272.50
P3T1 RM 924.75 - P3T24 RM 2397.95
SYARAT LANTIKAN

Calon bagi lantikan hendaklah memilik kelayakan seperti berikut :-

(a) Warganegara Malaysia;

(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

(c) (i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan lulus ujian masuk mengambil trengkas dengan kederasan 60 p.s.m. daripada rencana dan menaip salinan trengkas itu sederas 20 p.s.m. dengan kesalahan tidak melebihi 4%.

(Gaji permulaan ialah pada Gred N17: P1T2)

(Keutamaan diberi kepada calon yang berkebolehan mengendalikan komputer); ATAU
(ii) Diploma Kesetiausahaan daripada UiTM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

(Gaji permulaan ialah pada Gred N17: P1T9); DAN

(iii) kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


5. JAWATAN : PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/ OPERASI)
GRED : N17
KLASIFIKASI : PERKHIDMATAN PENTADBIRAN DAN SOKONGAN
KUMPULANPERKHIDMATAN : SOKONGAN
TARAF JAWATAN : TETAP/KONTRAK
JADUAL GAJI MATRIKS : P1T1 RM 820.38 - P1T24 RM 2151.35
P2T1 RM 871.81 - P2T24 RM 2272.50
P3T1 RM 924.75 - P3T24 RM 2397.95
SYARAT LANTIKAN

Calon bagi lantikan hendaklah memilik kelayakan seperti berikut :-

(a) Warganegara Malaysia;

(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

(c) (i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;

DAN

(ii) kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

(Keutamaan diberi kepada calon yang berkebolehan mengendalikan komputer dan/atau mengambil trengkas).


6. JAWATAN : PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN
GRED : N17
KLASIFIKASI : PERKHIDMATAN PENTADBIRAN DAN SOKONGAN
KUMPULANPERKHIDMATAN : SOKONGAN
TARAF JAWATAN : TETAP/ KONTRAK
JADUAL GAJI MATRIKS : P1T1 RM 820.38 - P1T24 RM 2151.35
P2T1 RM 871.81 - P2T24 RM 2272.50
P3T1 RM 924.75 - P3T24 RM 2397.95
SYARAT LANTIKAN

Calon bagi lantikan hendaklah memilik kelayakan seperti berikut :-

(a) Warganegara Malaysia;

(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

(c) (i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;

DAN

(ii) Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

(Keutamaan diberi kepada calon yang berkebolehan dalam Bahasa Inggeris dan mengendalikan komputer)


7. JAWATAN : PEMBANTU AKAUNTAN
GRED : W17
KLASIFIKASI : PERKHIDMATAN KEWANGAN
KUMPULANPERKHIDMATAN : SOKONGAN
TARAF JAWATAN : TETAP/ KONTRAK
JADUAL GAJI MATRIKS : P1T1 RM 820.38 - P1T24 RM 2151.35
P2T1 RM 871.81 - P2T24 RM 2272.50
P3T1 RM 924.75 - P3T24 RM 2397.95
SYARAT LANTIKAN

Calon bagi lantikan hendaklah memilik kelayakan seperti berikut :-

(a) Warganegara Malaysia;

(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

(c) (i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta kepujian dalam subjek Matematik pada peringkat peperiksaan tersebut; atau

(ii) Sijil Pelajaran Malaysia serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Pertengahan (Simpan Kira-kira) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

(Gaji permulaan ialah pada Gred W17: P1T2); atau

(iii) Sijil Pelajaran Malaysia serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Tertinggi Perakaunan) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

(Gaji permulaan ialah pada Gred W17: P1T5); atau

(iv) sijil dalam bidang pengurusan perniagaan atau penyimpan kira-kira yang diiktiraf oleh kerajaan daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

(Gaji permulaan ialah pada Gred W17: P1T9); dan

(d) kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.





8. JAWATAN : PEMANDU KENDERAAN BERMOTOR
GRED : R3
KLASIFIKASI : PERKHIDMATAN MAHIR/SEPARUH MAHIR/TIDAK MAHIR
KUMPULANPERKHIDMATAN : SOKONGAN
TARAF JAWATAN : TETAP/ KONTRAK
JADUAL GAJI MATRIKS : P1T1 RM 701.42 - P1T17 RM 1354.86
P2T1 RM 743.89 - P2T17 RM 1423.41
P3T1 RM 787.99 - P3T17 RM 1493.59
SYARAT LANTIKAN

Calon bagi lantikan hendaklah memilik kelayakan seperti berikut :-

(a) Warganegara Malaysia;

(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

(c) (i) Tamat Darjah 6 sekolah rendah bantuan penuh Kerajaan;

(ii) Memiliki lesen memandu Kelas D/E/E1/E2/F/G/H/I berkenaan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) [kecuali lesen memandu dalam tempoh percubaan (P)];

(iii) Berkebolehan memandu, mengendali dan menyenggara kenderaan bermotor berkenaan yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini.

Gaji permulaan ialah pada Gred R3:
●● Lesen D P1T3
●● Lesen E/E1/E2 P1T4
●● Lesen F/H P1T5
●● Lesen G/I P1T6

DAN

(iv) Berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan baik.


9. SYARAT-SYARAT UMUM

i. Calon memiliki kelayakan yang disyaratkan
ii. Warganegara Malaysia
iii. Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan.












10. IMBUHAN / ELAUN :

Selain daripada gaji bulanan, Imbuhan Tetap Khidmat Awam / Imbuhan Tetap Keraian dan Imbuhan Tetap Perumahan akan dibayar kepada calon yang layak.

Jenis Elaun / Gred Gred 41 Gred 27 Gred 17 Gred 3
Imbuhan Tetap Khidmat Awam RM300.00 RM160.00 RM115.00 RM95.00
Imbuhan Tetap Perumahan RM250.00 RM180.00 RM180.00 RM180.00
Bantuan Sara Hidup RM300.00 RM300.00 RM300.00 RM300.00


11. PENAKLUKAN DI BAWAH SYARAT-SYARAT SKIM PERKHIDMATAN

Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan bagi jawatan-jawatan di atas adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.


12. CARA MEMOHON

i. Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian (“ON-LINE”) di laman web PTPTN : www.ptptn.gov.my.

ii. Semua permohonan yang telah dibuat secara atas talian (“ON-LINE”) perlu mengemukakan sekeping gambar terbaru berukuran pasport, salinan Kad Pengenalan, salinan surat beranak, salinan sijil-sijil akademik (Sijil berhenti sekolah, sijil SRP / PMR / SPM, transkrip & salinan Ijazah / Diploma / Sijil, dll) serta lain-lain dokumen yang berkaitan. (Perlu disahkan oleh Pegawai Kerajaan dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional / Penghulu / Ketua Kampung / Pengerusi JKKK / Pengetua atau Guru Besar Sekolah / Pesuruhjaya Sumpah atau mereka yang diperakui pengesahan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam).

iii. Permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan Berkanun atau Kuasa-kuasa Tempatan hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan masing-masing dengan menyertakan salinan kelulusan KPSL/ enyataan Perkhidmatan yang terkini.

iv. Bagi calon lepasan Institusi Pengajian Swasta atau Luar Negara perlu menyertakan salinan pengiktirafan kelayakan ijazah / diploma yang boleh diperolehi dari Unit Pengiktirafan Kelayakan, Jabatan Perkhidmatan Awam.

v. Salinan dokumen yang berkaitan boleh dikemukakan di alamat PTPTN sebelum atau pada 30 September 2009 :

Ketua Eksekutif
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)
Bahagian Khidmat Pengurusan, Tingkat 11
Wisma Chase Perdana, Off Jalan Semantan
50490 Bukit Damansara
KUALA LUMPUR

13. PERMOHONAN YANG DITOLAK

Permohonan yang berikut akan ditolak :

i. Tidak memenuhi syarat yang ditetapkan;

ii. Tidak menyertakan gambar dan salinan sijil-sijil dan dokumen berkaitan serta salinan sijil-sijil dan dokumen yang berkaitan tidak disahkan oleh Pegawai Kerajaan dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional / Penghulu / Ketua Kampung / Pengerusi JKKK / Pengetua atau Guru Besar Sekolah / Pesuruhjaya Sumpah atau mereka yang diperakui pengesahan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam;

iii. Salinan sijil-sijil dan dokumen berkaitan tidak disahkan;

iv. Tidak menulis nombor kad pengenalan dan nombor telefon;

v. Tidak dikemukakan melalui Ketua Jabatan bagi mereka yang sedang berkhidmat;

vi. Tidak menandatangani borang permohonan dan

vii. Diterima lewat daripada tarikh tutup permohonan iaitu sebelum atau pada 30 September 2009.


14. CATATAN AM

i. Calon yang memenuhi syarat kelayakan sahaja akan dipertimbangkan dan hanya calon-calon yang layak selepas tapisan akan dipanggil untuk temuduga.

ii. Calon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 3 bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

iii. Segala perbelanjaan yang berhubung dengan permohonan dan temuduga adalah di atas tanggungjawab sendiri.

iv. Hanya calon yang berjaya di dalam urusan temuduga akan dimaklumkan.


Sekian, terima kasih.

“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ”

Saya yang menurut perintah,



(WAN MUSTAPHA BIN HJ YUSOFF )
Pengurus Kanan, Pengurusan
b.p Ketua Eksekutif
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional

No comments: