Friday, December 19, 2008

Buka "cawangan "

Seorang suami sedang mencari-cari helah untuk membolehkan dia berkahwin lagi. Antara alasan yang diberikannya:


Suami : Lelaki kawin 3 baru lah sah

Isteri : Kenapa pula?

Suami : Cuba terjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris, "satu"is one, "dua"is two,"tiga"is three (isteri). Baru betul dan sah!.

Isteri : Tapi abang kena faham Bahasa Inggeris, terutama tentang "singular" dan "plural"

Suami : Berkenaan apa tu?

Isteri : Satu tu "Singular"; dua atau lebih "Plural"

Suami : Contohnya?

Isteri : One car sebagai singular, two cars sebagai plural. Apa bezanya?

Suami : Ohhh.. tambah huruf "s" untuk yang plural Isteri : Betul tu. Sama juga la untuk abang

Suami : Macam mana pula boleh sama?

Isteri : Satu isteri abang MAMPU , jika dua isteri dah jadi plural, maka abang MAMPUS , tambah "s" je, kan ? Lepas daripada tu, si-suami tidak pernah lagi berceritakan hasratnya untuk berkahwin lagi...


No comments: