Tuesday, February 17, 2009

Aboutreika: Atlet Kebanggaan Umat !!



Mohamed Aboutreika adalah nama yang tidak asing di dunia Arab, terutama dikalangan peminat bolasepak Arab. Beliau mungkin tidak terkenal dikalangan rakyat awam Malaysia yang lebih cenderung mengikuti perkembangan bolasepak Eropah. Tapi pada mata sebenar, beliau merupakan seorang tokoh ahli sukan yang harus dibanggakan dan dihayati kisahnya.


Aboutreika merupakan seorang pemain bolasepak kebangsaan Mesir. Melalui sepakan beliau, sudah dua kali Allah mengurniakan kemenangan kepada pasukan Mesir dalam Kejohanan piala negara-negara Africa (African Cup of Nations, ACN). Bahkan pada awal 2008 beliau telah diundi melalui International Federation of Football History & Statistics (IFFHS) sebagai pemain bola sepak paling popular di dunia.

Pada Januari 2008 lalu
, sewaktu ACN di Ghana, dalam satu perlawanan kumpulan Mesir menentang Sudan, beliau telah menimbulkan kekecohan dalam dunia bolasepak dan Confederation of African Football (CAF) dengan satu adegan kontroversi, tapi sangat bermakna pada umat Islam.

Beliau yang menyarung jersey nombor 22 menjaringkan gol pertamanya dalam ACN lalu menyingkap jerseynya yang mendedahkan t-shirt yang dipakai di dalam dengan tulisan " Sympathize With Gaza ". Tindakan ini diambil dalam usaha membangkitkan kesedaran masyarakat terhadap Gaza yang ketika itu baru sahaja ditutup sempadannya dari semua arah dan disekat semua bekalan kemanusiaan oleh penjajah zionist Israel . Bahkan, penduduk Gaza dengan desperate terpaksa memecahkan benteng Rafah untuk tembus ke Mesir untuk mendapatkan bekalan.

Peristiwa di Stadium Ohene D
jan, Accra , Ghana itu mengundang perhatian dunia. Pengadil menghukum Aboutreika dengan kad kuning. CAF memberi amaran kepadanya. Dunia bercampur-campur perasaan mengenainya. Reaksi dunia yang sebahagian besarnya mengecam tindakan Aboutreika ini cukup bertentangan. Sedangkan pada World Cup 2006 yang lalu, seorang pemain Ghana secara terbuka mengibarkan bendera Israel selepas menjaringkan gol, namun tidak dikenakan sebarang tindakan. Dia hanya perlu meminta maaf kerana mengusik isu sensitif kepada bangsa Arab. Aboutreika pula menerima pelbagai tohmahan dan amaran kerana dikatakan membawa mesej berunsur politik. Namun, Aboutreika terpaksa menjelaskan mesejnya lebih berupa humanitarian. Walaubagaimanapun, umat Islam tetap menjulangnya tinggi kerana berani menyuarakan perasaan umum umat Islam, berani menanggung risiko untuk saudara-saudarinya di Gaza , berani berseorangan menegakkan kebenaran.

Di Gaza, satu pertandingan bolasepak yang dianjurkan tela
h diberi nama Piala Aboutreika bagi menghargai tokoh tersebut yang peka dan memperjuangkan isu mereka (rakyat Gaza ) dan sanggup menghadapi kesusahan yang boleh menggugat kariernya.







Selain peristiwa "Sympathize with Gaza ", Aboutreika juga pada 2006 pernah menyingkapkan t-shirt dengan mesej "We Sacrifice Ourselves for You Prophet Muhammad" selepas menjaringkan gol pada ACN 2006. Mesej tersebut adalah respon berikutan lukisan karikatur zalim mengenai Nabi Muhammad S.A.W. yang diterbitkan media Denmark . Demikianlah Aboutreika sentiasa memainkan peranannya sebagai Muslim sejati dan bermaruah dalam memperjuangkan isu umat Islam.

Secara realitinya, keberanian yang dimiliki Aboutreika dalam menyuarakan kebenaran kepada dunia perlu diambil iktibar oleh para pendokong Islam.

Aboutreika seorang yang terkenal kerana sentiasa akan bersujud syukur sebaik sahaja menjaringkan gol. Beliau juga dilaporkan sebagai seorang yang berakhlak mulia dan patuh kepada perintah agama. Disamping itu, beliau juga seorang yang bergiat aktif dalam kerja-kerja kemanusiaan, membasmi kemiskinan dan aktiviti-aktiviti social service yang lain. Dari sini kita boleh mendapat gambaran kecenderungan, prinsip dan kekuatan beliau yang unik. Melalui trademark sujudnya dan qudwahnya ini juga, terbaru dari Islamonline. net pada 24 Nov 2008, beliau telah pun menarik ramai rakyat Congo memeluk Islam. "..merupakan pendakwah Islam", menurut Mufti Congo , Sheikh Abdullah Mingala Lwaba.

Ahli-ahli sukan lain, terutama yang beragama Islam, seharusnya meneladani Aboutreika. Kerjaya sebagai seorang ahli sukan tidak patut memisahkannya dari tanggungjawab Islam. Kelebihan yang dimilikinya seharusnya ditujukan untuk keuntungan agama. Bahkan, kerjaya tersebut sepatutnya lebih mengeratkannya dengan Tuhan Pengatur segala keputusan, lalu dia mematuhi segala anjuran dan perbatasan yang telah ditetapkan Allah. Ini adalah satu saranan khusus buat atlet-atlet Muslim.

Kemenangan Mesir dalam Piala negara-negara Afrika awal 2008 lalu yang menang 1-0 ke atas Cameroon dalam perlawanan final. Biar melalui kejohanan dengan penuh kontroversi, namun gol tunggal kemenangan Mesir itu dijaringkan oleh, tidak lain tidak bukan, Mohamed Aboutreika! Tahniah di atas kejayaan yang berliku jalannya!

Kenapa saya suka sangat peristiwa "Sympathize with Gaza "? Kerana ia satu mesej dari seorang insan kerdil tapi berjiwa besar yang mencabar Israel , "perencana" perjalanan dunia hari ini. Ia satu mesej yang mengajak dunia peka dan mempersoalkan "kuasa" yang kebanyakan negara tunduk kepadanya. Aksi Aboutreika yang menyeru agar dunia peka terhadap Gaza merupakan peristiwa yang akan sentiasa terpahat dalam sejarah, walaupun ada pihak yang cuba memadamkannya. Carilah di Youtube atau apa2 web video, sukar untuk anda menemui video kejadian tersebut. Namun, ada video atau tidak, ada gambar atau tidak.. Pada bangsa Arab, Mohamed Aboutreika adalah wira. Pada gerakan Islam, beliau memberi inspirasi. Pada umat Islam, beliau merupakan tokoh. Pada rakyat Palestin, beliau adalah pejuang.


Semoga Allah SWT memberkati dan menerima amalan beliau dan mengurniakan kesudahan yang baik buatnya.




Monday, February 16, 2009

Renung 2 lah kat mana diri anda!!

Lampiran ini saya titipkan khusus buat kawan2 dimana
saja berada.. kerana
telah menjadi trend dalam kehidupan masakini,ramai
lelaki samada masih
bujang,duda mahupun suami orang (ini yg banyak),amat
gemar bermain
cinta,berkasih- kasihan,bermanja -manjaan atau dalam
ertikata lain
menggatal dgn anak dara,janda mahupun isteri orang
(ini yg ramai). Bagi
saya yg berkerja
di pejabat.. memang amat ketara,gejala ini amat
berleluasa sekarang..

Pesanan khusus buat teman-temanku:
Lelaki - jangan lah nakal-nakal, ingatkan Allah yg
menjadikan kita dan
bersyukurlah. . bagi mereka yg bergelar suami dan
bapa,
awasilah mereka, jgn anda menjadi DAYUS kerana
kedayusan itu bakal
menafikan ruang utk anda di syurga Allah...
nauzubillah. ..

Perempuan - jgn lah anda mengheret suami/bapa anda
menjadi DAYUS akibat
tingkah laku anda.. kasihanilah mereka.. jgn nafikan
syurga Allah bagi mereka akibat perbuatan-perbuatan kita....mahukah anda
melihat suami/bapa
anda merengkuk dalam neraka?? nauzubillah.

Marilah kita sama-sama renungi nashkah berikut...

'Ringan-ringan' Sebelum Kahwin

Jika seorang bapa mengetahui 'ringan-ringan' anak dan membiarkannya, ia
dayus. Ingin saya tegaskan,seorang wanita dan lelaki
yang telah
'ringan-ringan' atau 'terlanjur'
sebelum kahwin di ketika bercinta,tanpa
tawbat yang sangat serius,rumah tangga mereka pasti
goyah.Kemungkinan besar
apabila telah berumahtangga, si suami atau isteri ini
akan terjebak juga
dengan 'ringan-ringan' dengan orang lain pula.

Hanya dengan tawbat nasuha dapat menghalangkan
aktiviti mungkar itu dari
melepasi alam rumah tangga mereka. Seterusnya, ia akan
merebak pula kepada
anak-anak mereka, ini kerana benih
'ringan-ringan' dan 'terlanjur' ini akan
terus merebak kepada zuriat mereka. Awas..!! Dalam hal
ini, semua suami dan
ayah perlu bertindak bagi mengelakkan diri mereka
jatuh dalam dayus.
Jagalah zuriat anda. Suami juga patut sekali sekala
menyemak hand phone
isteri,beg isteri dan lain -lain untuk memastikan
tiada yang diragui.
Mungkin ada isteri yang curang ini dapat
menyembunyikan dosanya,
tetapisepandai- pandai tupai melompat akhirnya akan
tertangkap jua.

Saya tahu,pasti akan ada wanita yang kata."habis,
kami ini tak yah check
suami kami ke ustaz?" Jawabnya, perlu juga,cuma
topic saya sekarang ni
sedang mencerita tanggung jawab suami.Maka perlulah
saya fokus kepada tugas
suami dulu ye.Cemburu seorang suami dan ayah adalah
wajib bagi mereka demi
menjaga maruah dan kehormatan isteri dan anak-anaknya.

Diriwayatkan bagaimana satu peristiwa di zaman Nabi
> >
Berkata Ubadah bin Somit r.a :

"Jika aku nampak ada lelaki yang sibuk bersama
isteriku,nescaya akan ku
pukulnya dengan pedangku", maka disampaikan
kepada Nabi akan kata-kata
Sa'ad tadi,lalu nabi memberi respond :
"Adakah kamu kagum dengan sifat
cemburu (untuk agama) yang dipunyai oleh Sa'ad
?Demi Allah,aku lebih kuat
cemburu (ambil endah dan benci demi agama)
berbandingnya, malah Allah lebih
cemburu dariku, kerana kecemburuan Allah itulah maka
diharamkan setiap
perkara keji yang ternyata dan tersembunyi. ."
Riwayat Al-Bukhari &
Muslim )

Lihat betapa Allah dan RasulNya inginkan para suami
dan ayah mempunyai
sifat protective kepada ahli keluarga dari melakukan
sebarang perkara keji
dan mungkar, khasnya zina.

BILA LELAKI MENJADI DAYUS?
Secara mudahnya cuba kita lihat betapa ramainya lelaki
akan menjadi DAYUS
apabila :-

1) Membiarkan kecantikan aurat,bentuk tubuh isterinya
dinikmati oleh
lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja)
atau di luar rumah.

2) Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang
tidak diketahui
bersama dengan lelaki apa dan siapa,serta apa yang
dibuatnya di pejabat dan
siapa yang menghantar.

3) Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuannya
dewasanya
terlihat (terselak kain ) semasa menaiki motor atau
apa jua kenderaan
sepanjang yang menyebabkan aurat terlihat.

4) Membiarkan anak perempuannya ber'dating'
dengan tunangnya atau
teman lelaki bukan mahramnya.

5) Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan
pasangannya di rumah
kononnya ibubapa 'sporting' yang memahami

6) Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak
perempuan dan
isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah.

7) Membiarkan anak perempuannya memasuki akademi
fantasia,mentor,
gang starz dan lain-lain yang sepertinya sehingga
mempamer kan kecantikan kepada jutaan manusia bukan mahram.

8) Membiarkan isterinya atau anaknya menjadi pelakon
dan berpelukan
dengan lelaki lain,kononnya atas dasar seni dan
lakonan semata-mata. Adakah
semasa berlakon nafsu seorang lelaki di hilang? Tidak
sekali-sekali.

9) Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa
menutup aurat
dengan sempurna (melabuhkan tudung hingga ke dada)

10) Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh
lelaki lain tanpa
sebab yang diiktiraf oleh Islam seperti
menyelamatkannya dari lemas dan
yang sepertinya.

11) Membiarkan isterinya bersalin dengan dibidani oleh
doktor lelaki
tanpa terdesak dan keperluan yang tiada pilihan.

12) Membawa isteri dan anak perempuan untuk dirawati
oleh doktor lelaki
sedangkan wujudnya klinik dan hospital yang mempunyai
doktor wanita.

13) Membiarkan isteri pergi kerja menumpang dengan
teman lelaki sepejabat
tanpa sebarang cemburu.

14) Membiarkan isteri kerap berdua-duan dengan pemandu
kereta lelaki
tanpa sebarang pemerhatian.

Terlalu banyak lagi jika ingin saya coretkan di
sini.Kedayusan ini hanya
akan sabit kepada lelaki jika semua maksiat yang
dilakukan oleh isteri atau
anaknya secara terbuka dan diketahui olehnya, adapun
jika berlaku secara
sulit,suami tidaklah bertanggungjawab dan tidak sabit
'dayus' kepada
dirinya.

Mungkin kita akan berkata dalam hati :-
"Jika demikian, ramainya lelaki dayus di
kelilingku" Lebih penting adalah
kita melihat,adakah kita sendiri tergolong dalam salah
satu yang disebut tadi.

Awas wahai lelaki beriman..jangan kita termasuk dalam
golongan yang berdosa
besar ini.Wahai para isteri dan anak-anak
perempuan,jika anda sayangkan
suami dan bapa anda,janganlah anda memasukkan mereka
dalam kategori DAYUS
yang tiada ruang untuk ke syurga Allah SWT.Sayangilah
dirimu dan
keluargamu. Jagalah dirimu dan keluargamu dari api
neraka. Akhirnya, wahai
para suami dan ayah, pertahankan agama isteri dan
keluargamu walau terpaksa
bermatian kerananya.

Nabi SAW bersabda :
"Barangsiapa yang mati dibunuh kerana
mempertahankan ahli keluarganya, maka
ia adalah mati syahid"

(Riwayat Ahmad,Sohih menurut Syeikh Syuaib Arnout)

Thursday, February 12, 2009

Majlis Sambutan Jubli Intan 75th JPA







hye.....setelah hampir sebulan aku nga geng2 koir JPA berlatih,ari nie terlepas sudah suara yang kitorang praktis kan selama ini dalm majlis sambutan Jubli Intan JPA ke-75 yang diadakan di PICC pagi td...

banyak gak la lagu yang kitorang nyanyikan tadi dari sebelum majlis hingga la majlis itu selesai,,,huhuhu...pape pun kitorang dapat pujian yang gemuruh dari semua pegawai pegawai JPA dan para tetamu kehormat yang menghadiri majlis itu tadi...well tgk la cikgu yang mengajarnya...fairuz mohd a.k.a cikgu roy,bukan satu nama asing lagi dalam bidang komposer,penggubah lagu dan penulis lirik..


JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) adalah sebuah agensi pusat di bawah Jabatan Perdana Menteri yang bertanggung jawab dalam pengurusan sumber manusia dan infrastruktur organisasi sektor awam.

Sejarah Penubuhan
JPA ditubuhkan pada 22 Ogos 1934 dengan perkenan Raja-raja Melayu dengan nama asalnya Pejabat Perjawatan Malaya atau Malayan Establishment Office di Singapura. Institusi ini bertanggung jawab terhadap pengendalian segala hal perkhidmatan perjawatan pegawai guna sama ekspatriat yang bertugas di Tanah Melayu, Singapura dan Brunei. Pejabat Malayan Establishment Office asalnya berpusat di Singapura telah dipindahkan ke Kuala Lumpur pada 1954 berikutan penubuhan Malayan Union.
Fungsi pentadbiran perkhidmatan ini seterusnya berkembang yang menyaksikan lebih ramai kakitangan tempatan diambil berkhidmat. Walau bagaimanapun, pengurusan personel yang turut dijalankan oleh jabatan-jabatan secara individu telah menimbulkan masalah pertindihan tugas. Bagi mengatasi masalah ini, satu institusi baru telah ditubuhkan pada 1 Julai 1954 yang dikenali sebagai Federation Establishment Office atau Pejabat Perjawatan Persekutuan yang merupakan gabungan tiga buah pejabat iaitu Malayan Establishment Office, Cawangan Perkhidmatan Perjawatan di Pejabat Ketua Setiausaha dan Bahagian
Perjawatan di Perbendaharaan Persekutuan. Jumlah jawatan pada ketika itu hanyalah kira-kira 170 jawatan. Pada tahun 1967, Federation Establishment Office telah ditukar nama kepada Establishment Office of Malaysia. Seterusnya nama Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mula diguna pakai pada 15 Ogos 1968.

Majlis Pelancaran Sambutan Jubli Intan JPA
Majlis yang dirasmikan oleh Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia ini bertemakan “Meniti Sejarah Merintis Kejayaan” bagi memperingati ulang tahun penubuhan JPA, mengenang kembali perkhidmatan dan sumbangannya kepada perkhidmatan awam serta mengenang kembali jasa dan khidmat bakti pegawai dan bekas pegawai serta kakitangan JPA sama ada yang telah bersara dan masih berkhidmat.

Seramai lebih 800 jemputan terdiri daripada pegawai serta kakitangan JPA serta jemputan khas menghadiri majlis ini. Semua tetamu khas yang dijemput ke majlis pelancaran ini merupakan individu dan tokoh yang rapat dengan JPA sama ada pernah berkhidmat di jabatan ini atau pernah memegang jawatan Menteri atau Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan dipertanggungjawabkan untuk mengawasi JPA. Tetamu jemputan khas yang mengesahkan kehadiran ke majlis pelancaran ini adalah seperti berikut:-
(i) T.Y.T Tun Datuk Seri Utama Mohd Khalil bin Yaakob
Yang Dipertuan Negeri Melaka
(Mantan Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
(ii) Y.B. Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri
(iii) Y. Bhg. Tan Sri Sidek Hassan
Ketua Setiausaha Negara
(iv) Mantan KPPA
• Tan Sri Dato’ Dr. Abdullah Ayub
(1 Julai 1972 - 31 Julai 1974)
• Tan Sri Mohd. Osman S. Cassim
(1 Disember 1980 - 31 Julai 1985)
• Tan Sri Alwi Jantan
(27 Januari 1987 - 15 April 1990)
• Tan Sri Dr. Mazlan Ahmad
(14 Disember 1995 - 14 Disember 1998)
• Tan Sri Samsudin Osman
(15 Disember 1998 - 31 Januari 2001)
• Tan Sri Jamaluddin Hj. Ahmad Damanhuri
(1 Februari 2001 - 15 Jun 2005)

Bidang Tugas JPA
Setelah melalui beberapa penstrukturan semula selaras dengan keperluan semasa, mulai 1998 JPA bergerak melalui 10 bahagian bagi menguruskan sumber manusia sektor awam dengan fungsi khas, antara lain:-
(i) Perancangan sumber manusia
(ii) Pelantikan dan kemajuan kerjaya (penetapan standard pemilihan dan pengambilan kakitangan awam)
(iii) Pembangunan modal insan (latihan pra dan dalam perkhidmatan)
(iv) Penilaian prestasi
(v) Pemantapan keupayaan organisasi
(vi) Pengurusan perhubungan majikan-pekerja
(vii) Pengurusan pasca perkhidmatan (pencen dan faedah persaraan) dan
(viii) Pemantapan budaya kerja
Aktiviti Sambutan Jubli Intan
Beberapa aktiviti telah diaturkan sepanjang 2009 bagi meraikan detik bersejarah ini. Antara aktiviti yang diatur adalah :-
TARIKH
PROGRAM
8 Januari
-
Majlis Tahlil dan Doa Selamat
12 Februari
(10:00 pagi)
-
12 Februari
(10:00 pagi)
-
Majlis Pelancaran Sambutan Jubli Intan oleh
Y.A.B. Perdana Menteri
13 Februari
(4:00 petang)
-
JPA Bersama Media
27 Februari – 1 Mac
-
Pameran Pendidikan, Dewan UMP, Kuantan
10 Mac
(9:30 malam)
-
Bual Bicara Khas KPPA di TV 1
(Menjelaskan isu-isu semasa perkhidmatan awam)
12 Mac
-
Forum Khas 75 (I)
(Majlis perkongsian ilmu dan pengalaman oleh Mantan KPPA)
13 – 15 Mac
-
Pameran Pendidikan, MITC, Melaka
21 – 23 Mac
-
Pameran Pendidikan, USM, Pulau Pinang
27 – 29 Mac
-
Pameran Pendidikan, Stadium Perpaduan, Kuching
20 – 21 April
-
Pameran Pendidikan, Plaza Angsana, Johor Bahru
TARIKH
PROGRAM
18 April
-
Walkathon & Jogathon 75
20 - 21 April
-
Kempen Derma Darah 75
20 Jun
-
Treasure Hunt
13 Ogos
-
Forum Khas 75 (II)
(Majlis perkongsian ilmu dan pengalaman oleh Mantan KPPA)