hye.....setelah hampir sebulan aku nga geng2 koir JPA berlatih,ari nie terlepas sudah suara yang kitorang praktis kan selama ini dalm majlis sambutan Jubli Intan JPA ke-75 yang diadakan di PICC pagi td...
banyak gak la lagu yang kitorang nyanyikan tadi dari sebelum majlis hingga la majlis itu selesai,,,huhuhu...pape pun kitorang dapat pujian yang gemuruh dari semua pegawai pegawai JPA dan para tetamu kehormat yang menghadiri majlis itu tadi...well tgk la cikgu yang mengajarnya...fairuz mohd a.k.a cikgu roy,bukan satu nama asing lagi dalam bidang komposer,penggubah lagu dan penulis lirik..
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) adalah sebuah agensi pusat di bawah Jabatan Perdana Menteri yang bertanggung jawab dalam pengurusan sumber manusia dan infrastruktur organisasi sektor awam.
Sejarah Penubuhan
JPA ditubuhkan pada 22 Ogos 1934 dengan perkenan Raja-raja Melayu dengan nama asalnya Pejabat Perjawatan Malaya atau Malayan Establishment Office di Singapura. Institusi ini bertanggung jawab terhadap pengendalian segala hal perkhidmatan perjawatan pegawai guna sama ekspatriat yang bertugas di Tanah Melayu, Singapura dan Brunei. Pejabat Malayan Establishment Office asalnya berpusat di Singapura telah dipindahkan ke Kuala Lumpur pada 1954 berikutan penubuhan Malayan Union.
Fungsi pentadbiran perkhidmatan ini seterusnya berkembang yang menyaksikan lebih ramai kakitangan tempatan diambil berkhidmat. Walau bagaimanapun, pengurusan personel yang turut dijalankan oleh jabatan-jabatan secara individu telah menimbulkan masalah pertindihan tugas. Bagi mengatasi masalah ini, satu institusi baru telah ditubuhkan pada 1 Julai 1954 yang dikenali sebagai Federation Establishment Office atau Pejabat Perjawatan Persekutuan yang merupakan gabungan tiga buah pejabat iaitu Malayan Establishment Office, Cawangan Perkhidmatan Perjawatan di Pejabat Ketua Setiausaha dan Bahagian
Perjawatan di Perbendaharaan Persekutuan. Jumlah jawatan pada ketika itu hanyalah kira-kira 170 jawatan. Pada tahun 1967, Federation Establishment Office telah ditukar nama kepada Establishment Office of Malaysia. Seterusnya nama Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mula diguna pakai pada 15 Ogos 1968.
Majlis Pelancaran Sambutan Jubli Intan JPA
Majlis yang dirasmikan oleh Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia ini bertemakan “Meniti Sejarah Merintis Kejayaan” bagi memperingati ulang tahun penubuhan JPA, mengenang kembali perkhidmatan dan sumbangannya kepada perkhidmatan awam serta mengenang kembali jasa dan khidmat bakti pegawai dan bekas pegawai serta kakitangan JPA sama ada yang telah bersara dan masih berkhidmat.
Seramai lebih 800 jemputan terdiri daripada pegawai serta kakitangan JPA serta jemputan khas menghadiri majlis ini. Semua tetamu khas yang dijemput ke majlis pelancaran ini merupakan individu dan tokoh yang rapat dengan JPA sama ada pernah berkhidmat di jabatan ini atau pernah memegang jawatan Menteri atau Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan dipertanggungjawabkan untuk mengawasi JPA. Tetamu jemputan khas yang mengesahkan kehadiran ke majlis pelancaran ini adalah seperti berikut:-
(i) T.Y.T Tun Datuk Seri Utama Mohd Khalil bin Yaakob
Yang Dipertuan Negeri Melaka
(Mantan Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
(ii) Y.B. Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri
(iii) Y. Bhg. Tan Sri Sidek Hassan
Ketua Setiausaha Negara
(iv) Mantan KPPA
• Tan Sri Dato’ Dr. Abdullah Ayub
(1 Julai 1972 - 31 Julai 1974)
• Tan Sri Mohd. Osman S. Cassim
(1 Disember 1980 - 31 Julai 1985)
• Tan Sri Alwi Jantan
(27 Januari 1987 - 15 April 1990)
• Tan Sri Dr. Mazlan Ahmad
(14 Disember 1995 - 14 Disember 1998)
• Tan Sri Samsudin Osman
(15 Disember 1998 - 31 Januari 2001)
• Tan Sri Jamaluddin Hj. Ahmad Damanhuri
(1 Februari 2001 - 15 Jun 2005)
Bidang Tugas JPA
Setelah melalui beberapa penstrukturan semula selaras dengan keperluan semasa, mulai 1998 JPA bergerak melalui 10 bahagian bagi menguruskan sumber manusia sektor awam dengan fungsi khas, antara lain:-
(i) Perancangan sumber manusia
(ii) Pelantikan dan kemajuan kerjaya (penetapan standard pemilihan dan pengambilan kakitangan awam)
(iii) Pembangunan modal insan (latihan pra dan dalam perkhidmatan)
(iv) Penilaian prestasi
(v) Pemantapan keupayaan organisasi
(vi) Pengurusan perhubungan majikan-pekerja
(vii) Pengurusan pasca perkhidmatan (pencen dan faedah persaraan) dan
(viii) Pemantapan budaya kerja
Aktiviti Sambutan Jubli Intan
Beberapa aktiviti telah diaturkan sepanjang 2009 bagi meraikan detik bersejarah ini. Antara aktiviti yang diatur adalah :-
TARIKH
PROGRAM
8 Januari
-
Majlis Tahlil dan Doa Selamat
12 Februari
(10:00 pagi)
-
12 Februari
(10:00 pagi)
-
Majlis Pelancaran Sambutan Jubli Intan oleh
Y.A.B. Perdana Menteri
13 Februari
(4:00 petang)
-
JPA Bersama Media
27 Februari – 1 Mac
-
Pameran Pendidikan, Dewan UMP, Kuantan
10 Mac
(9:30 malam)
-
Bual Bicara Khas KPPA di TV 1
(Menjelaskan isu-isu semasa perkhidmatan awam)
12 Mac
-
Forum Khas 75 (I)
(Majlis perkongsian ilmu dan pengalaman oleh Mantan KPPA)
13 – 15 Mac
-
Pameran Pendidikan, MITC, Melaka
21 – 23 Mac
-
Pameran Pendidikan, USM, Pulau Pinang
27 – 29 Mac
-
Pameran Pendidikan, Stadium Perpaduan, Kuching
20 – 21 April
-
Pameran Pendidikan, Plaza Angsana, Johor Bahru
TARIKH
PROGRAM
18 April
-
Walkathon & Jogathon 75
20 - 21 April
-
Kempen Derma Darah 75
20 Jun
-
Treasure Hunt
13 Ogos
-
Forum Khas 75 (II)
(Majlis perkongsian ilmu dan pengalaman oleh Mantan KPPA)
No comments:
Post a Comment