Thursday, July 16, 2009

.:KeM PLatih KeMaH BT13,MuaR,JoHoR:.

Assalamuailaikum w.b.t dan salam perpaduan kpd sume rakyat malaysia.....wah mcm jd emcee lak...hehehe....Pada 09 Julai 2009 yang lalu,saya telah terpanggil untuk meniguti kursus kenegaraan SSM PTK 1 selama 5 hari 4 malam di Kem Platih Kemah BT13,muar johor,dari 09 Julai 2009 hingga 14 Julai 2009.Seramai 123 org peserta dari Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia dan Jabatan Perdana Menteri,yang mana terdiri dari 32 orng perserta lelaki dan 91 org peserta wanita.Kursus ini lebih sinonim dengan panggil Kursus BTN anjuran Biro Tatanegara,Jabatan Perdana Menteri.Kursus ini diwajibkan pada semua penjawat awam dalam lantikan pertama bagi mengambil Penilaian Tahap kecekapan (PTK 2),dan tujuan pengesahan dalam jawatan.Walaupun pada mulanya aku xberapa minat sangat nak pergi kursus nie,tapi memandang kan ia wajib,so terpaksa la aku ringankan langkah untuk sampai kesana.Bak kata pepatah melayu "belum cuba belum tau" atau 'xkenal maka xcinta".....Pegawai2 kat opis aku lak asyik nak kenakan aku,cakap kat Kursus tu mcm tu la mcm ni la...huhuhu...tido atas lantai la,makan dalam tray yang karat la,xde air suam...maklum la mcm asakar la latihan dia....
Maka pagi khamis 09Julai2009 jam 10.00 pagi bertolak la aku kesana,dengan harapan kursus itu tidak seperti yang dinyatakan oleh pegawai dari bahagian aku.
Perjalanan dari Putrajaya ke Kem ini mengambil masa hampir 5jam,memandangkan driver bas kami pun xtahu Kem ini...Memang kem ini jauh dari pekan,ia berada di kawasan ladang kelapa sawit dan nenas,lebih kurang 2km dari bandar Bakri,Muar.Lebey kurang jam 445petang kitorang sampai di kem ini...suasana muram dan suram sudah menyelubungi para peserta Kursus ini..mana x nya,biasanya lau sebut je pasal kursus mesti terbayang kan hotel2,dan persekitaran nya...huhuhu...dorang nie xboleh bg sangat muka..membazirkan duit kerajaan je wat kat tempat mahal2...hehehe..termasuk la aku sekali...sekali sekala kena la jugak datang tempat mcm nie...siyusly selam 25 tahun aku bernyawa atas muka bumi ciptaan Illahi nie,aku xpernah berada tempat mcm nie,apatah lagi kat asrama....huhu...so kali ni aku boleh la amik pengalaman menginap di dom dom yang disediakan..
Begini la keadaan di kem itu...gambar diatas adalah pejabat urusetia kem.Untuk makluman semua readers,kem ini adalah kem swasta,yang mana BTN menyewa kem ini bagi tujuan kursus tersebut,memandangkan sume kem penuh...ketua fasilitator (KF) ialah en affandu bin karim,dari btn n9,dan dibantu oleh jurulatih dari kem btn sepang.iaitu pak sahlan,pak daud dan pak sahroni.

Itu je la yang dapat aku tulis untuk di kongsi kan bersama....huhuh...lau nak tulis sume,xlarat aku nak tulis...hehehehe...kan nanti mcm cerpen lak...so marilah sama2 kita kongsi gambar dibawah ini untuk tontonan umum.....



"ini lah group LDK 8"


Inila sedikit gambar yang dapat dirakamkan sepanjang Kursus tersebut...xsangka lak aku,kat kursus ni ada jumapa lak kembar aku....hahahaha...k...sehingga berjumpa lagi di lain masa...
salam perpaduan,1malaysia,rakyat didahulukan,pencapaian diutamakan......

HIDUP MELAYU!!!!!!kuikui....

3 comments:

sairazura said...

oit..apesal gambor ldk 8 aku tak de??huhuhu..pastu gambor aku n hubby plak yg ada..bile ko candid ek??bukan ker tak bleh amek gambor..da langgar etika da nih..btw, ptk 1 la encik bard ooi...huhuhu

jai@jezz said...

teruja jap nengok gambaor-gambor ni.. huhu..

missAtiey said...

oO...2 kje korang lam hostel ek..
haha~bad...gambo aty xde pOnn :(
hi3..nway..rajin apdate blog ea..
:)