Tuesday, August 18, 2009

Anak Yang Bijak

Seorang bapa yang kecewa kerana anaknya ditahan ISA kerana dituduh terlibat
dengan JI, menulis surat kepada anaknya.
Bunyi begini:
"Ajoi, bapakmu ini sudah tua, sekarang sedang musim tanam jagung, dan kamu
ditahan di penjara pula, siapa yang nak tolong bapak mencangkul kebun jagung
ini?
Anaknya membalas surat itu beberapa minggu kemudian. "Bapak, jangan cangkul
itu kebun, saya tanam senjata di sana," kata si anak dalam surat itu.
Rupanya surat itu disensor oleh pihak penjara. Maka keesokan harinya selepas
bapanya menerima surat anaknya, datang satu platon tentera .Tanpa banyak
bicara mereka segera ke kebun jagung dan sibuk seharian mencangkul tanah di
kebun tersebut.
Setelah mereka pergi, kembali si bapak tulis surat ke anaknya. "Ajoi,
setelah bapak terima suratmu, datang satu platon tentera mencari senjata di
kebun jagung kita, namun tanpa hasil. Apa yang harus bapak lakukan
sekarang?"
Si anak kembali membalas surat tersebut, "Sekarang bapak sudah boleh menanam
jagung aja, kan sudah dicangkul oleh tentara, dan jangan lupa mengucapkan
terima kasih sama mereka."
Pihak penjara yang menyensor surat ini terus pengsan.

1 comment:

jai@jezz said...

kah kah kah.. bijak sungguh si anak ni.. ^.~