Rupa-rupanya ada cerita kalau kita lewatkan sembahyang kita ni yea ....
Jika berpuasa, amalan kita direct terus padaNya tapi jika bersembahyang ada posmen pula untuk hantar amalan kita padaNya.
Kisahnya...
Setiap kita ada malaikat yang hantar amalan sembahyang pada Ilahi dan untuk sampaikan amalan kita ia melalui tol-tol di setiap lapisan langit di mana setiap penjaga tol, adalah kroni malaikat juga. Jika sembahyang di awal waktu tolnya "free", sekatan tol tiada, tiada "jem".
Malaikat terus sampaikan amalan pada Tuhan untuk dinilaikan. Tetapi jika sembahyang di akhir waktu tolnya free juga, tapi sekatannya masyaAllah...
Di langit pertama, penjaga tol marahkan posmen kita, kenapa lewat poskan amalan kita.
Merayu-rayu posmen malaikat kita minta diberi laluan, tetapi penjaga langit pertama tidak peduli. Dicampakkan amalan lewat sembahyang tadi ke bumi. Maka... jatuh berderai… Dikutip semula oleh malaikat posmen kita, satu persatu dikutip sambil terus merayu untuk ke lapisan langit kedua. Dilangit kedua, samalah juga, bebelan malaikat kerana lewat hantar amalan.
Merayu lagi kawan kita, tak dipedulinya. Lalu dilemparkan amalan lewat sembahyang kita tadi. Jatuh berderai lagi… Dikutip lagi satu persatu amalan kita. Dirayu lagi untuk diserahkan amalan kita pada Tuhan.
Dilangit ketiga, la... Kena basuh lagi malaikat posmen kita. Kenapa lewat hantar amalan tersebut. Tiada kompromi. Terus dibaling amalan kita, jatuh berderai amalan kita. Tak ade nilai… Dan tiada lagi dikutip dan dirayu lagi…
Maka…
Tak sampailah amalan kita kepada Allah, seolah-olah kita tak sembahyang juga.
Maka… Bersedialah kita menerima pembalasannya. Tak di dunia di akhirat pula
Hilang duit, hati risau, tender ditolak, ujian bertimpa-timpa…
Ish….. Tak berbaloikan kita buat amal tapi tak sampai. Dahlah tu, tak de nilai, Kena azab lagi nanti…
”Ya Allah!!! Ampunkan kami kerana lalai!!!
Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang
Jadikan hati kami Suka sembahyang di awal waktu
Gawatkan hati kami selagi kami tak segerakan solat
Biarlah kami gawat di dunia agar kami tidak gawat lagi di hari akhirat kelak.
Amin”.
Semoga Allah SWT memberi saya kekuatan untuk amal dan sampaikan, insyaAllah.
No comments:
Post a Comment