Wednesday, November 11, 2009

iblis ditanya Nabi

[TAZKIRAH] iblis ditanya Nabi
Wednesday, 11 November, 2009 10:59 AM

Telah diceritakan bahawa Allah S.w.t. telah memerintahkan iblis untuk bertemu dengan Nabi Muhammad S.A.W. agar menjawab segala pertanyaan yang baginda kemukakan.

Iblis pun datang dengan menyerupai orang tua yang baik lagi bersih sedang di tangannya memegang tongkat.

Bertanya Baginda Rasulullah S.A.W. *Siapakah kamu? Iblis menjawab. `Aku adalah iblis.

*Apakah maksud kamu datang berjumpa aku?

`Allah memerintahkan aku datang bertemu dengan kamu dan menjawab apa jua soalan daripada kamu.

*Hai,iblis,berapa banyakkah musuhmu dari kalangan umat-umatku?

Lima belas iaitu;

1.Engkau sendiri wahai Muhammad.
2.Imam dan pemimpin yang adil.
3.Orang kaya yang merendah diri.
4.Pedagang yang jujur dan amanah.
5.Orang alim yang mengerjakan solat dengan kusyuk.
6.Orang mukmin yang memberi nasihat.
7.Orang mukmin yang berkasih sayang.
8.Orang yang tetap dan cepat bertaubat.
9.Orang yang menjauhkan diri dari dari segala yang haram.
10.Orang mukmin yang selalu dalam keadaan suci.
11.Orang mukmin yang bersedekah dan menderma.
12.Orang mukmin yang baik budi akhlaknya.
13.Orang mukmin yang bermanafaat kepada orang.
14.Orang yang hafal Al-Quran serta selalu,menbacanya.
15.Orang yang berdiri mengerjakan solat diwaktu malam sedang orang lain tidur.

Baginda Rasulullah S.A.W. bertanya lagi, *Berapa banyakkah temanmu dari umatku?

Sepuluh iaitu;

1.Hakim yang tidak adil.
2.Orang kaya yang sombong.
3.Pedagang yang khianat.
4.Orang pemabuk/peminum arak.
5.Orang yang memutuskan tali persaudaraan.
6.Pemilik harta anak yatim.
7.Pemakan Harta anak yatim.
8.Orang yang selalu lengah dalam mengerjakan solat/sering meninggalkan solat.
9.Orang yang enggan memberikan zakat/kedekut.
10.Orang yang selalu berangan-angan dan berkhayal.


Dipetik dari buku: 75 koleksi kisah benar dalam hidup Nabi-Nabi, para Sahabat dan
Tokoh-Tokoh Islam. (Jasmin Enterprise).

No comments: