Thursday, December 22, 2011

SBPA..

Saya harap kalau nak buat SBPA tanpa naik gaji pun tk apa.Ini kerana sejak kahwin dengan isteri saya,saya tak merasapun nikmat kenaikan gaji atau elaun kerana semua wang gaji saya dikawal isteri saya yang sangat kuat cemburu.Bila kerajaan naikkan gaji dia mula mengatakan saya akan ada duit lebih,bimbang saya kan kahwin lagi satu.
saya tak berani melawan kerana isteri saya ni kalau dia naik angin suara dia jiran jiran semua boleh dengar,malu saya nanti dikata gagal kawal isteri.Kalau di pasar raya pun kalau naik angin bukan dia peduli kalau orang sekeliling tengok.
Cuba bayangkan kalau dia naik angin masa saya berada dirumah,teruk saya dikerjakan.Saya tak balas balik sebab dia pernah ugut kalau saya pukul dia,dia akan mengadu kata saya dera dia dan boleh dakwa atas akta keganasan rumah tangga.Lagipun dari segi fizikal badan dia lebih tegap,dulu dia juga yang tackle saya,katanya lelaki yang soft spt saya romantis,dia perlukan kasih sayang.Pandai dia ambil hati,sehingga saya putuskan hubungan dengan perempuan yang lain.Saya yang sebenarnya diganasi pula malu nak buat aduan.Meranalah saya seorang diri.

Saya pun tak tau kenapa dia terlalu cemburu,mungkin kerana kerja saya ramai wanita,dia pula kerja sendirian dalam pejabat kerana pegawai tinggi (isteri saya dulu bos saya).sekarang naik pangkat lagi...hampir nak jadi JUSA.
Nanti kalau pangkat dia naik lagi,gaji naik lagi...saya lagi banyak kena buat kerja rumah kerana dia banyak kerja kat luar.
Nak ambil orang gaji dia kata nanti saya buat bukan bukan dengan orang gaji bila dia tiada kat rumah..Saya juga tak berani melawan kerana isteri saya ni pandai bermuka muka,depan orang lain dia pandai buat baik,semua orang kata dia sopan,dan saya pula yang dituduh mengadakan cerita bila saya katakan apa yang sebenarnya terjadi.Cuma kadang kadang tu dia terlepas juga kemarahan sehingga jiran boleh dengar tu.Dia juga ramai kawan kawan yang hebat seperti peguam dan polis,walaupun kebanyakannya wanita tetapi bila isteri saya petik jari je...saya akan dihubungi oleh kawannya yang hebat tu...nak tangkap saya ,nak dakwa saya,nak ajar saya.(semua kerana isteri saya pandai bermuka muka dan jika saya ternyata pukul isteri sehingga ada kesan mesti saya kena tangkap).
Jangan naikkan lagi gaji saya,nanti isteri saya lagi cemburu dan lagi teruk saya akan di kawal.Saya tak boleh dedahkan identiti saya,saya malu.
tolonglah jangan naikkan gaji saya....tolong jangan naikkan gaji saya...Tolongllah..jangan naik gaji.teruskan lah SBPA ni tapi tak perlu naik gaji - luahan hati saya.. ahhaha

No comments: