Wednesday, August 18, 2010

selamat berpuasa

Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak…



Semoga Ramadhan kali ini membawa keberkatan kepada semua yang disayangi dan mengukuhkan ukhwah yang sedia terbina.



Sekali lagi saya menyusun sepuluh jari memohon maaf diatas keterlanjuran kata dan perbuatan, yang menyinggung perasaan dan segala kesilapan yang telah berlaku sepanjang perjalanan kehidupan kita selama ini.


Wassalam.

ikhlas dari saya,
-bardjr a.k.a sinchan toink toink

Tuesday, November 17, 2009

Jika seseorang lelaki mengatakan dia mencintai anda kerana SEMATA-MATA KERANA KECANTIKAN ANDA, awas, anda mungkin akan ditinggalkan apabila sudah tidak cantik lagi. Jika seorang lelaki mengatakan dia sanggup berkorban apa sahaja demi cintanya kepada anda dan apabila anda bertanya kenapa, dia memberitahu karana, "AKU TERPESONA DENGAN WAJAHMU" awas anda akan ditinggalkan apabila wajah anda tidak lagi mempersona.
>
> Lelaki yang terlalu memuji anda sebagai "bidadari" bukan calon terbaik untuk dijadikan suami. Kalau dia terpukau dengan kecantikan anda, tentu ramai lagi yang lebih menarik dan cantik daripada anda diluar sana. Kalau hari ini dia boleh terpukau hanya kerana kecantikan anda, tidak mustahil dia akan terpukau dengan kecantikan yang mengatasi anda suatu masa kelak.
>
> Jatuh cinta disebabkan cantik itu penting, tapi jika terlalu dipentingkan, anda bakal menjalani kehidupan yang tidak menentu pada usia-usia mendatang.
>
> Lelaki yang hanya mementingkan kecantikan sebenarnya "buaya" yang tidak mahu menilai keseluruhan anda. Dia hanya menyempitkan penilaiaannya hanya pada muka dan apabila muka itu sudah tidak menepati cita rasanya, perasaannya turut berubah. Cinta yang dibibitkan oleh kecantikan dan ketampanan semata-mata biasanya tidak kekal hingga ke hujung (Buktinya artis atau model).
>
> Jika anda memiliki wajah yang cantik, usah terlalu gembira kerana mungkin anda akan bertemu dengan lelaki yang salah; jika anda hodoh jangan pula bersusah hati sebab lelaki sejati adalah yang menilai wanita secara tersendiri.
>
> Bagaimana cantik pun akan pudar, bagaimana tampan pun akan hilang. Wajah yang indah dipandang akan menjadi cuka yang memasamkan kehidupan jika yang lainnya tidak cantik. Kopi itu pahit jika berdiri sendiri., tapi kopi akan menjadi enak kalau digandingkan dengan gula dan susu

Wednesday, November 11, 2009

iblis ditanya Nabi

[TAZKIRAH] iblis ditanya Nabi
Wednesday, 11 November, 2009 10:59 AM

Telah diceritakan bahawa Allah S.w.t. telah memerintahkan iblis untuk bertemu dengan Nabi Muhammad S.A.W. agar menjawab segala pertanyaan yang baginda kemukakan.

Iblis pun datang dengan menyerupai orang tua yang baik lagi bersih sedang di tangannya memegang tongkat.

Bertanya Baginda Rasulullah S.A.W. *Siapakah kamu? Iblis menjawab. `Aku adalah iblis.

*Apakah maksud kamu datang berjumpa aku?

`Allah memerintahkan aku datang bertemu dengan kamu dan menjawab apa jua soalan daripada kamu.

*Hai,iblis,berapa banyakkah musuhmu dari kalangan umat-umatku?

Lima belas iaitu;

1.Engkau sendiri wahai Muhammad.
2.Imam dan pemimpin yang adil.
3.Orang kaya yang merendah diri.
4.Pedagang yang jujur dan amanah.
5.Orang alim yang mengerjakan solat dengan kusyuk.
6.Orang mukmin yang memberi nasihat.
7.Orang mukmin yang berkasih sayang.
8.Orang yang tetap dan cepat bertaubat.
9.Orang yang menjauhkan diri dari dari segala yang haram.
10.Orang mukmin yang selalu dalam keadaan suci.
11.Orang mukmin yang bersedekah dan menderma.
12.Orang mukmin yang baik budi akhlaknya.
13.Orang mukmin yang bermanafaat kepada orang.
14.Orang yang hafal Al-Quran serta selalu,menbacanya.
15.Orang yang berdiri mengerjakan solat diwaktu malam sedang orang lain tidur.

Baginda Rasulullah S.A.W. bertanya lagi, *Berapa banyakkah temanmu dari umatku?

Sepuluh iaitu;

1.Hakim yang tidak adil.
2.Orang kaya yang sombong.
3.Pedagang yang khianat.
4.Orang pemabuk/peminum arak.
5.Orang yang memutuskan tali persaudaraan.
6.Pemilik harta anak yatim.
7.Pemakan Harta anak yatim.
8.Orang yang selalu lengah dalam mengerjakan solat/sering meninggalkan solat.
9.Orang yang enggan memberikan zakat/kedekut.
10.Orang yang selalu berangan-angan dan berkhayal.


Dipetik dari buku: 75 koleksi kisah benar dalam hidup Nabi-Nabi, para Sahabat dan
Tokoh-Tokoh Islam. (Jasmin Enterprise).

Monday, October 26, 2009

THE WAY U LOVE SOMEBODY

Cara Untuk Mengetahui Kamu Mencintai Seseorang...

12:
Kamu bercakap dengan dia hingga lewat malam dan bila kamu tidur, kamu masih teringat padanya.


11:
Kamu berjalan dengan perlahan sekali bila bersama dengannya.

10:
Kamu rasa serba tak kena bila berjauhan dengannya.

9:
Kamu akan tersenyum bila kamu mendengar suaranya.

8:
Bila kamu memandangnya, kamu tidak nampak orang lain di sekeliling. Kamu hanya nampak dia...

6:
Dia adalah segalanya yang kamu ingin fikirkan.

5:
Kamu perasan kamu sentisa senyum apabila kamu memandangnya.

4:
Kamu akan melakukan apa sahaja untuk membolehkan kamu berjumpa dengannya.

3:
Semasa kamu sedang membaca ini, dalam fikiran kamu terbayang wajah dia sahaja.

2:
Kamu begitu asyik memikirkan tentang dirinya sehingga kamu tidak perasan bahawa nombor tujuh hilang/tiada.

1:
Kamu akan balik ke atas untuk memastikan adalah betul tiada no 7 dan kamu akan tergelak sendiri.

BUATLAH HAJAT KAMU SEKARANG. KAMU TAU APA YANG KAMU PALING INGINKAN.....

KIAMAT MAKIN HAMPIR...

DAH DEKAT DAH...



1) Penaklukan Baitulmuqaddis.


bersabda: Dari Auf b.. Malik r.a. katanya,Rasulullah s.a.w telah

'Aku menghitung 6 perkara menjelang hari kiamat.'
Baginda menyebutkan salah 1 diantaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis.'
- Hadith Sahih Bukhari

~ perkara ni dah jadi dah... depan mata.... walaupun sekadar tengok di berita perdana jam 8.00malam @ Al Jazeera.



2) Zina bermaharajalela.

'Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang..' - Hadith Sahih Muslim

~ perkara ni dah jadi dah... depan mata... kat mana mana ada perkara macam ni. dah tahu malu lagi. kalau nabi Muhammad PBUH masih hidup, pasti baginda sedih melihat kejadian ini. sebab bukan ini yang baginda inginkan dari umatnya.



3) Bermaharajalela alat muzik.

'Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan & perubahan muka'. Ada yang bertanya kepada Rasulullah;
'Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?' Baginda menjawab: 'Apabila telah bermaharajalela bunyian(muzik) & penyanyi? wanita' - Ibnu Majah

~ perkara ni dah jadi dah... depan mata... paling senang nak ju mpa depan television. adanya rancangan Akademi Fantasia, Malaysia Idol, artis perempuan yang membawa imej muslimah... dan pelbagai lagi... ini tak termasuk artis wanita yang macam perempuan nasrani dan yahudi.



4) Menghias masjid & membanggakannya.

'Di antara tanda2 telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid' - Riwayat Nasai.

~ memang dah nampak dah... tak payah tengok kat luar negara, kat Malaysia ni pun ada..... masjeed cukup main besar, tapi tak ramai jemaahnya. tempat yang ramai jemaah, sampai melimpah-limpah tak muat nak masuk buat solat ju maat tak nak diperluaskan lagi masjeed tu. biasanya orang macam ni lebih pentingkan, masjeed mana paling canggih... cantik.....



5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga tidak baik.

'Tidak akan datang kiamat sehingga banyak
perbuatan & perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim & sikap yang buruk dalam

tetangga..' - Riwayat Ahmad dan Hakim.


~ ada anak tak mengaku ada mak/bapak pasal malu...... ada ju gak bapak yang tak ingat anak, suruh orang lain bela... bila anak dah besar, tak payah bela lagi, baru datang carik anak...



6) Ramai orang soleh meninggal dunia.

'Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang2 yang baik& ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang2 yang hina & buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran'
- Riwayat Ahmad


~ boleh kira berapa jer para ulama' yg tinggal..... kalau yang ada ada ni tak tahu komitmen dia yang sebenarnya, samada betul tanggungjawabnya untuk kepentingan islam atau sekadar tempelan batuk di tangga..



7) Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat.

'Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka'(orang yang bodoh & hina).. Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia' - Riwayat Thabrani

~ George Bush, Ariel Sharon & kat Malaysia pun ada....



8) Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.

'Sesungguhnya di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja.' - Riwayat Ahmad

~ jiran sesama islam pon tak bertegur sapa...



9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. 'Di antara anda? telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian? wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang'.

~ fesyen zaman skarang (tube, spaghetti strap, g-string etc..)... pakai kat umah cukupla tun ju k kat laki, dapat pahala besar... ini siap tun ju k kat orang.. nak tun ju kkan betapa besar "lurah aku", betapa besar pinggul aku", betapa ramping badan ku... betapa 'flat' perut ku .... etc... masyaAllah. kan senang pakai ba ju kurung, nak duduk selesa, nak berjalan selesa, nak buat ibadah umum (macam keluar bekerja mencari rezeki, pegi berniaga dan ju mpa orang, menghadiri majlis perkahwinan etc) pun selesa. apatah lagi ibadah khusus (bersolat, tak nampakla kulit kalau telekung jarang, nak berzikir pun seronok, sebab menutup aurat, sebab berzikir ni walaupun pendek, tapi berulang kali memang ada kebaikannya, hanya Allah yang tahu, bukan kita.)



10) Bulan sabit kelihatan besar.

'Di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung( membesarnya) bulan sabit...' - Riwayat Thabrani

~ tak caya gi tengok... atau tanya orang yang biasa dengan ilmu ini. pasti mereka tahu.



11) Banyak dusta & tidak tepat dalam menyampaikan berita.

'Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu
dengan membawa berita2 yang belum pernah kamu dengar & belum pernah
didengar oleh bapa2 kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu' - Sahih Muslim


~ Siaran TV kerajaan dan swasta, akhbar2 harian & majalah? yg popular skarang nie....... macam macam kan ....


12)Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar.

'Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu .......
& disembunyikan kesaksian yang benar.' -Riwayat Ahmad


~ tengok kes peperangan Iraq ... soheh serta sah nampak, tapi kita atau orang yang sepatutnya .... buat tak tahu jek....



13) Negara Arab menjadi padang rumput & sungai.

'Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput & sungai?' - Sahih Muslim

~ Dubai dah turun salji... Mina (tempat orang buat haji- bersihkan dosa) dah kene banjir....

TOLONG FORWARDKAN KEPADA TEMAN? LAIN!

Dari Abdullah bin 'Amir r.a., Rasulullah s.a.w....bersabda:

'Sampaikanlah pesanku biarpun...
1 ayat.....'