Friday, December 19, 2008

Untuk renungan kita bersama

cerita Nek Mariam.Jamilah 20an, (bukan nama sebenar) adalah seorang isteri yang malang. Beliau telah ditinggalkan suami sebaik sahaja melahirkan anak sulungmereka. Jamilah terpaksa akur dengan nasib yang menimpanya itu. Setelah Jamilah bergelar janda, Jamilah kembali ke rumah ibunya. Walaupun Jamilah tidak mendapat kasih sayang seorang suami namun beliau bertuah kerana masih mendapat kasih sayang dari ibu sejati.Jamilah dan anak kecilnya dijaga dan diberikan kasih sayang dengansempurna. Soal makan dan minum Jamilah dan anaknya tidak menjadi masalahkerana Jamilah masih mempunyai bapa yang masih kuat mengerjakan ladang dansawah.Mengenangkan nasib malang Jamilah, sudah tentu perasaan sayu dan kasihan dari ibunya membuak-buak bila melihat anak dan cucu kecilnya tidak terbela.Usia Jamilah masih remaja walaupun bergelar janda. Zaman remajanyamasih lagi belum puas dikecapi tambahan pula fikirannya masih belum matangdalam erti hidup. Jamilah terasa dirinya begitu bebas dan terlepas daribelenggu ketika hidup bersuami dahulu. Jamilah tidak merasa sebarangkekurangan pada dirinya malah bertambah yakin kerana beliau masih muda danmasih kelihatan cantik. Segala urusan anak kecilnya diserahkan kepada ibudengan alasan tidak biasa dengan karenah anak kecil. Sebenarnya Jamilahmalas untuk menguruskan anak kecil yang merimaskan. Hari berganti hari hidup Jamilah bertambah selesa. Beliau hidup di bawahjagaan yang sempurna. Semua soal makan minum, mengasuh anak kecil dan kerjarumah tangga semuanya diambil alih oleh ibu dan bapanya. Jamilah hanyamenolong ala kadar sahaja agar tabiat malasnya tidak nampak ketara.Perangai Jamilah semakin menjadi-jadi. Melaram dengan pakaian-pakaianfesyen terkini serta bersolek agar sentiasa cantik. Suatu hari, Jamilah telah menyampaikan hasratnya ingin ke pekan untuk mendandan rambut dengan fesyen terkini. Namun ibunya melarang kerana menurut orang ramai, kandungan bahan mendandan rambut ketika itu diperbuat dari bahan haram yakni lemakbabi."Ala, bukan nak makan babi tu, hanya sapu atas kepala agar rambut lebihhitam dan berkilat...." Jamilah memberi alasan agar permintaannyaditunaikan.Namun begitu ibunya tetap melarang. Maka berlakulah satu pertengkaranantara Jamilah dan ibunya sehingga beliau tergamak mengeluarkan perkataankesat sambil menyumpah-nyumpah ibunya."Binatang babi! Binatang anjing!" kata Jamilah semakin berani setelahmelihat ibunya mendiamkan diri sambil menitiskan airmata.Jamilah masih berdegil, nafsunya untuk kelihatan cantik dan bergayasemakin meluap-luap hingga tidak kira lagi soal halal dan haram.Matlamatnya supaya ramai lelaki melihat dirinya cantik macam primadona.Sekaligus saham dirinya akan naik mengatasi anak-anak dara sunti di kampungitu. Petang itu, bila Jamilah baru pulang dari pekan mendandan rambut,tiba-tiba beliau terdengar suara anak kecilnya menangis kuat teresak-esak.Hati Jamilah naik radang kerana beliau sangka ibunya sengaja membiarkananaknya begitu kerana ingin membalas dendam.Dengan bengis, Jamilah terus naik ke rumah dan jadi seperti orang yangdirasuk syaitan, terus meluru ke bilik anaknya yang menangis itu. Anaknyadiambil dan diletakkan di satu sudut di dapur dan terus menuju ke bilikibunya untuk bertindak sesuatu. Mulutnya tidak henti-henti mengomel sambilmenyumpah-nyumpah. Sebaik sahaja beliau masuk, kelihatan ibunya sedangmengerjakan solat. Kerana terlalu marah, dikala ibunya sedang sujud, beliaubertindak menendang ibunya sambil berkata"Oi babi, anjing, beruk! Tak boleh harap....menyusahkan orang, celaka!"Ibunya yang jatuh tersungkur di hadapan sejadah bangun mengaduh danterpinga-pinga. Beliau tidak tahu apa sebabnya Jamila tiba-tiba naik angin.Setelah beberapa lama berlinanganlah airmata ibunya apabila menyedariperkara sebenar. Sebenarnya bukan niat ibunya membiarkan cucunya itumenangis keseorangan, ketika itu beliau sedang bersembahyang, makaterpaksalah membiarkan budak itu sebentar. Sudah seberapa daya beliaumenyegerakan solatnya setelah sedar cucunya menangis kuat, namun belumsempat selesai solat, Jamilah terlebihdahulu datang menyepak punggungnya.Hati ibu mana yang tak hancur remuk mengenangkan anaknya yang sampai hatidan tergamak melakukan sebegitu terhadapnya berbanding kasih sayang yangtelah dicurahkan secukupnya demi anak tercinta. Ibu mana yang tidaksayangkan anak.dalam keadaannya yang sakit seluruh sendi akibattersungkur atas tikar sembahyang tadi, beliau telah berdoa pada Allah agardapat diampun dosa anaknya itu.Dengan takdir Allah, tiba-tiba Jamilah berteriak dari arah dapur. Macamsesuatu yang telah berlaku pada Jamilah mahupun cucunya. Dengan lemahlonglai, tergesa-gesa beliau pergi mendapatkan Jamilah. Jeritannya sungguhkuat hingga jiran berdekatan dapat mendengarnya. Tambah terkejutapabila kami semua menyaksikan seutas rantai besi tiba-tiba sahaja keluarmemecah lantai dapur dan melilit dan merantai kaki Jamilah dengan kuat.Jamilah menjerit kesakitan dan anak yang dikendong terlepas dalamdakapannya.Ibu Jamilah separuh pengsan melihat keadaan Jamilah sebegitu. Jelas NekMariam yang merupakan salah seorang yang menyaksikan keajaiban Allah yangmaha esa itu. Maka berduyun-duyunlah orang kampung datang untuk membantumelepaskan cengkaman rantai besi yang melilit kemas di kedua-dua kakiJamilah. Bertungkus-lumus orang cuba memotong besi itu namun tidak berjaya.Jamilah meraung sekuat-kuat hati kerana terlalu sakit. Akibatnya darahtidak berhenti mengalir membasahi lantai dapur. Setelah beberapa jamberlalu, rantai besi yang mempunyai kekuatan luar biasa itu masih jugatidak boleh dileraikan dari kaki Jamilah. Akibat pendarahan yang banyak,Jamilah meninggal di situ juga dengan riak muka yang amat menakutkan.IbuJamilah terpaku tidak mampu melakukan apa-apa. Beliau sedar itulah balasanAllah terhadap anaknya, cuma beliau tidak menyangkakan secepat itu."Anehnya, sebaik sahaja Jamilah meninggal, rantai itu terurai dengansendiri lalu masuk kembali ke dalam tanah. Kami semua begitu terpegun danberasa insaf dengan apa terjadi. Itulah balasan Allah terhadap seorang anakyang derhaka," sambung Nek Mariam sambil menitiskan airmata.Jenazah Jamilah diuruskan seperti biasa dan dikebumikan. Upacara membacaayat suci Al Quran di atas kubur selama 7 hari memang sering dilakukanoleh masyarakat di Pantai Timur dan menjadi satu upacara kebiasaankepada sesiapa yang baru dikebumikan. Semasa orang-orang kampungbergilir-gilir membaca Al Quran, maka satu lagi petunjuk dari Allahterjadi."Pada waktu hampir subuh, mereka terdengar satu suara yang meraung-raungdari arah liang lahat. "Mak ooiii.....!! Ayah ooiii!! Tolonglah...! AllahTuhanku....minta tolong...! Mak ....ayah...tolonglah!" suara mendayu-dayuitu sungguh menyeramkan dan tidak henti-henti," cerita Nek Mariam lagi.Salah seorang dari mereka bertindak memberitahu pada ibu Jamilah akansuara itu yang mereka syak datang dari arah liang lahat. Dengan bantuanjiran-jiran berdekatan, mereka segera ke kubur Jamilah untuk menggalikubur itu kerana mereka sangkakan Jamilah masih hidup. Setelahdigali,alangkah terkejutnya bila melihat jasad Jamilah yang kaku dan berbalut itutelah bertukar rupa. Kepalanya menjadi kepala seekor babi!MasyaAllah.... Ramai orang menyaksikannya....satu lagi keajaiban yangsengaja Allah ingin memperlihatkan pada hamba-hambanya. Bertambah sedih dansayu hati ibu Jamilah melihat keadaan anaknya begitu....Malam itu beliaubermimpi, Jamilah datang kepadanya dengan keadaan yang amat buruk dan daifsambil berkata:"Tak payahlah ibu mengadakan kenduri arwah untuk saya, kerana sayatelah terkeluar daripada Islam...." menyedari hakikat itu ibunya begituterkejut dan tak henti-henti menangis sambil berdoa kepada Allah agarmengampuni dosa anaknya itu."Maka tiadalah kenduri arwah dibuat untuk Jamilah. Itulah cerita tentangbalasan Tuhan terhadap hambanya yang berdosa. Dosa pada Tuhan mungkin dapatdiampunkan jika kita bertaubat nasuha, tetapi dosa pada manusia,lebih-lebih lagi kepada kedua ibu-bapa, harus kita sendiri memohon ampundan maaf....Jika tidak tanggunglah dosa itu dan akan dikira dan dibalassetimpal di akhirat kelak..." Nek Mariam mengakhiri ceritanya yang penuhkeinsafan sesuai untuk kita semua....wallahualam.

No comments: