Thursday, May 7, 2009

TAHNIAH JPA......







Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Y. Bhg. Tan Sri / Datuk / Dato’ / Datin / Y.Brs. Dr. / Tuan / Puan,

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa JPA telah dimasyhurkan menerima Anugerah Khas Hari Pekerja 2009 semasa Perhimpunan Sambutan Hari Pekerja Tahun 2009 pada 2 Mei 2009 di Stadium Putra, Bukit Jalil. Anugerah ini telah disampaikan oleh Y.A.B Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak. Tahniah.

3. Anugerah tersebut diberikan atas sumbangan bagi menghargai peranan JPA dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat. Ianya juga merupakan satu pengiktirafan kepada komitmen dan kesungguhan JPA dalam menguruskan sumber manusia Sektor Awam selama 75 tahun penubuhannya.

Sekian, terima kasih

“JPA PENERAJU PERKHIDMATAN AWAM”

AMIR BIN HJ. ABD. HAMID

PBU

No comments: