Wednesday, August 26, 2009

Komik PM kibar Bendera

Komik satira politik, Gedung Kartun yang baru diterbitkan telah dirampas oleh KDN atas alasan diterbitkan tanpa permit.

Komik ini memuatkan sejumlah karikatur sindiran terhadap tokoh politik negara, khususnya Perdana Menteri dan isu yang berkaitan dengan beliau iaitu Altantuya dan Mongolia.

Ketua pengarangnya, Zunar mendakwa rampasan itu bermotif politik kerana pihaknya telah mendapat kelulusan secara lisan untuk menerbitkan Gedung Kartun. Namun, surat rasmi belum dikeluarkan.

Apa jua alasannya, rampasan ini mudah dibaca motifnya. KDN memberi kebenaran untuk menerbitkan komik humor, tetapi bukan humor yang menyindir Perdana Menteri. Sekiranya KDN tahu Gedung Kartun akan menyindir PM, sahih tidak akan diberikan kebenaran untuk menerbitkannya.

Dalam keadaan PM yang ditekan begitu hebat oleh pembangkang, penerbitan yang menyindir, mempersenda dan menjatuhkan imej beliau pasti tidak dibenarkan berada di pasaran.



Sesiapa juga yang ingin menerbitkan buku, majalah, komik mahupun akhbar mesti mengelak daripada menyentuh bulu roma pemimpin BN kerana bakal berhadapan dengan pegawai KDN.
Bagi aku,hmm rakyat tahu menilai....

*sumber dari satumalaysia.wordpress.com.

1 comment:

chenz said...

mmg patut kna rampas pun..