Monday, October 18, 2010

Pengakuan seorang pengawas yang nakal dan kacak

Kepada,Datin Zavirah, maafkan saya. Tandas private anda sebenarnya telah bermadu dengan saya hampir satu tahun. Sungguh selesa tandas ni, saya takkan melupakannya. Btw, saya guna sket shampoo datin. Saya mandi after settlekan hal Quarter Master. saya kan AJK yang berjaya, bila badan saya berpeluh saya takleh buat kerja. So tandas datin menyelesaikan segalanya. Tandas datin terlampau bersih dan kemas, nak tido pon bole. Kalau ada bathtab dah cun dah.



Tandas datin juga menjadi tempat feveret saya untuk lari dari kelas cikgu samsinar, selain daripada bilik disiplin n blakang surau. Tapi saya selalu tumpang tandas datin kalau cikgu samsiah ada dalam bilik disiplin aje. Saya lagi suka lepak bilik disiplin.



Datin, pengawas suka ngelat kat dalam bilik disiplin sebab dalam tu ada air minerel free, biskut cap ping pong free, gula gula fruit free, tali pinggang kulit levis free, liquid paper free, wax rambut free, komik konan 10 edisi free, gelang n rantai free, rokok free, macam macam lagi la. Semuanya free, hasil rampasan spot check pengawas. Harap datin dapat pantau pengawas baru, supaya diaorg tak menyalahgunakan barang rampasan. Biarlah saat indah bersama barang rampasan berakhir di batch saya.



Lagi satu, saya pernah buat main ubat gigi datin untuk calit kat muka nazrin, sebab muka dia macam tapir. Dia selalu kacau saya bila saya nak update system merit demerit kat bilik disiplin. Salahkan dia. Lagipun kan datin, dia rasuah saya dengan donut berinti lipas kantin mak wan untuk naikkan dia punya merit. Datin cuba fikir, logik ke muka tapir tu dapat merit 150++?



Tapi takpe datin, sekurangnya nazrin bagi jugak saya donut walaupun ade lipas. Mungkin dia tau yang takde cikgu nak kasi dia merit, tu pasal dia rasuah saya. Daripada ada segelintir bebudak yang kaki ampu makcik ( siapa nama kaunselor skolah melati? aku dah lupa. panggil makcik je cukup la. ) dan cikgu cikgu disekeliling, tapi cikgu tu takde pun submit form kat saya utk naikkan merit diaorg. Bila hujung bulan markah merit dicetak, habis saya kena tetak dgn budak budak pengampu ni. Mereka persoal kenapa merit mereka rendah, so saya malas bising. saya naikkan aje merit anak anak emas datin.



Skolah penuh korupsi dan politik, ptuihh.



Sabun buku datin sangat wangi, beli kat body shop eh?



Pengakuan terakhir saya. Jika datin masih igt tentang kes form 3, dimana saya hampir dibuang sekolah kerana kes tokan mercun. Igt tak igt tak? Masa tu shamsudin musthapa hitam anak daud tu bodo piang pi bakar mercun telur dalam kelas, 10 minit lepas tu ada spot check. Mercun tak dapat kat saya, tapi dapat kat Hafizi, pengawas paling berjaya di SMKTM. Hafizi ni skema bendul, dia tak petik nama shamsudin. Nasib baik ko din, tak pasal pasal je sijil hafizi kena tarik. Bila saya dipanggil ke dalam bilik datin untuk ditemuramah bersama orang tua saya melalui telefon sebelum saya dibuang, saya menangis dan ayah saya memarahi saya dengan teruk skali. Kawan kawan di luar pejabat pun semua muka sedih, last last datin tak jadi buang saya.



Kalau datin nak tau, tu sume wayang aje. Datin kena game. :)Terima kasih kepada rakan rakan saya yang mempunyai otak penipu untuk menyelamatkan saya. Ayah, kita boleh menang award pelakon terbaik!



Terima kasih datin, terima kasih SMKTM. Jasamu, tandasmu, akan ku kenangg.

p/s: Jangan tulis "Pelajar dilarang masuk", lagi membuak buak perasaan saya nak masuk nanti.

No comments: