Tuesday, December 20, 2011

penyakit Kayap

Anda pernah dengar tentang kayap? Atau pernah tengok siapa-siapa yang tubuhnya / kulitnya ada seperti dapat dilihat dalam gambar kat atas tu?

Kayap atau nama saintifiknya, herpes zoster / shingles berpunca daripada serangan virus Varicella zoster (VZB) iaitu daripada kelompok virus herpes.

Kayap ada tiga jenis:
1. kayap melukut
2. kayap jagung
3. kayap ular

Simpton kayap
Apabila virus ini berada dalam badan, mangsa akan berasa demam, tekak loya dan pening berpanjangan. Badan pesakit pula akan dijangkiti ruam panas, badan rasa sengal dan hilang selera makan. Bagi penyakit kayap yang lebih serius, pesakit akan dijangkiti gelembung air pada bahagian tertentu di badan.

Bercakap tentang kayap ular, kayap ular ini juga boleh menyerang seseorang tanpa mempunyai sebab. Kuman kayap ular ini menyerang urat saraf ‘rasa’ dan kerana itu jangkitan yang berlaku menyebabkan pengidapnya rasa sakit dan bisa. Kesakitan yang dirasakan memakan masa dua hingga 3 hari sebelum ruam merah terbentuk. Lazimnya ruam kayap ular ini berkumpul ataupun berbaris mengikut lengkaran urat saraf ‘rasa’.

Pada mulanya, ruam merah yang bertompok-tompok akan kelihatan pada kulit dan kemudian lebih banyak ruam yang berbagai bentuk dengan warna kemerah-merahan dan melecur-lecur berlaku. Ruam merah yang bertompok itu mengandungi nanah sebelum pecah dan menyebabkan kulit jadi melecur. Setengah daripada kulit yang melecur ini akan menerbitkan darah dan rasa sakit akan berterusan bila ruam terus merebak di sekeliling tubuh.

Rawatan yang diberikan kepada pesakit kayap ular ialah dengan memberikan pesakit sejenis pil untuk dimakan dan ubat sapu (krim / cecair) bertujuan untuk mengurangkan ataupun meringankan kesakitan dan mencegah jangkitan yang menyebabkan bernanah akibat dari bakteria juga untuk mengurangkan rasa kurang senang akibat kesakitan dan gatal-gatal di samping membantu mengeringkan kulit yang melecur.

Kadang-kadang pengubatan cara tradisi untuk penyakit kayap lebih baik dan berkesan berbanding memakan ubat-ubatan atau sapu krim hospital.

Petua orang tua:

Petua 1 - Gunakan daun cili dan kapur makan.
Tumbukkan atau ramas daun cili serta campurkan sedikit kapur dan sapukan dibahagian yang terkena kayap. Lakukan sehari 2 kali.. InsyaALLAH kayap akan pudar dan baik dalam masa beberapa hari.

Petua 2 - Menggunakan daun pokok duit2 yang ditumbuk hancur kemudian ambil daunnya serta air perahannya ditekap pada tempat yang kena kayap dan dibengkung semalaman.

Petua 3. (Untuk kayap setompok).
- Menggunakan daun delima ditumbuk lumat + bedak sejuk (tanpa pewangi) tampal kat tempat kayap itu. Tapi makan kena jaga-jaga sakit takut nanti rasa berbisa dan gatal. Yang penting, bila dah kering jangan dikupil parutnya, biarkan ia tanggal sendiri sebab kalau bahagian kulit belum betul-betul kering ia akan terluka dan kembali merebak.

Petua 4 - Pucuk daun bunga melur, pucuk daun buah delima, daun setawar dan pucuk daun mambu.
- Semua daun di atas ditumbuk / dibelender dan dicampurkan dengan bedak sejuk dan dibancuh pekat. Di sapu atau tampal pada kayap tersebut.(tampal 2-3 jam sekali) lakukan setiap hari sehingga baik. Makan kena pantang seperti orang dalam pantang bersalin, makanan gatal, goreng-goreng tak boleh makan...., hanya rebus, stim atau bakar.

Petua 5 - Guna akar rumput kerbau, basuh dan celup dalam bedak sejuk sapu pada tempat yang kena tu.

Petua 6 - Menggunakan garam bukit (rock salt).
- Cara merawat
Ambil sedikit garam bukit dan campur sedikit air, biar garam bukit tersebut separuh larut dan sapu di kawasan kayap tersebut.
Amal 2 kali sehari sebelah pagi dan malam. Selepas tu....
Ambil 4 cubit garam bukit dan masukkan dalam segelas air, lepas kacau sehingga larut sambil berselawat dan minum (sunnah rasul).
Ini adalah rawatan secara dalaman & luaran, insyaALLAH, penyakit kayap sembuh. Selain itu juga boleh merawat untuk jerawat, gatal serta penyakit-payakit kulit yang lain.

Petua ke 7 - Ambil sebatang pokok keladi candik / keladi merbah. kemudian keluarkan air dari batang pokok keladi tu. Sapukan air tersebut pada kawasan badan yang dijangkiti kayap. Jika tiada aral melintang, pada keesokan harinya anda dah boleh mengopek kayap tu seperti mengoyak plastik.

Pantang larang bila anda dijangkiti kayap
1.Jangan makan makanan berminyak.
2.Tak boleh makan buah-buahan tempatan.
3.Tak boleh dengar orang goreng lauk, dan tak boleh goreng sebarang benda pun.
4.Tak boleh kena sabun.
5.Tak boleh makan buah@sayur yang menjalar/berjalur (contohnya tembikai,timun,labu)
6. Tak boleh makan makanan yang gatal contohnya (seafood,ayam,telur)

No comments: