Tuesday, December 20, 2011

Syiling 10sen ada bintang Israel?

Peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak terus menjadi persoalan gara-gara duit syiling 10 sen keluaran Bank Negara Malaysia (BNM) baru-baru ini.

Beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional merangkap Presiden Umno dikaitkan dengan pengaruh freemason atau illuminati kerana logo 'Star of David' yang lazim pada bendera Israel seolah-olah ditempa pada salah satu permukaan syiling 10 sen baru tersebut.


Pendedahan ini selepas Najib didakwa mempunyai hubungan dengan beberapa intelligent Israel apabila pentadbirannya sanggup membayar RM77 juta kepada Firma Perunding Antarabangsa APCO Worldwide tahun lepas.

Najib turut didedah sebagai Ahli Kehormat Persatuan Freemason Malaysia sejak 1980 lalu sehingga sekarang.

Perkembangan terbaru ini, bagi sesetengah pihak, sekaligus menggambarkan bahawa negara kian dikuasai oleh pengaruh Yahudi walaupun rakyat umumnya menolak keganasan kerajaan haram Israel ke atas rakyat Palestin.

P/s : Kesahihan berita ini kurang meyakinkan.. Hanya ahli pemikir dan pengkaji bijaksana yang mampu merungkai semua persoalan.. Tak mustahil juga syiling terbabit mempunyai tahap security yang tinggi bagi mengelak pemalsuan..

No comments: