Lampiran ini saya titipkan khusus buat kawan2 dimana
saja berada.. kerana
telah menjadi trend dalam kehidupan masakini,ramai
lelaki samada masih
bujang,duda mahupun suami orang (ini yg banyak),amat
gemar bermain
cinta,berkasih- kasihan,bermanja -manjaan atau dalam
ertikata lain
menggatal dgn anak dara,janda mahupun isteri orang
(ini yg ramai). Bagi
saya yg berkerja
di pejabat.. memang amat ketara,gejala ini amat
berleluasa sekarang..
Pesanan khusus buat teman-temanku:
Lelaki - jangan lah nakal-nakal, ingatkan Allah yg
menjadikan kita dan
bersyukurlah. . bagi mereka yg bergelar suami dan
bapa,
awasilah mereka, jgn anda menjadi DAYUS kerana
kedayusan itu bakal
menafikan ruang utk anda di syurga Allah...
nauzubillah. ..
Perempuan - jgn lah anda mengheret suami/bapa anda
menjadi DAYUS akibat
tingkah laku anda.. kasihanilah mereka.. jgn nafikan
syurga Allah bagi mereka akibat perbuatan-perbuatan kita....mahukah anda
melihat suami/bapa
anda merengkuk dalam neraka?? nauzubillah.
Marilah kita sama-sama renungi nashkah berikut...
'Ringan-ringan' Sebelum Kahwin
Jika seorang bapa mengetahui 'ringan-ringan' anak dan membiarkannya, ia
dayus. Ingin saya tegaskan,seorang wanita dan lelaki
yang telah
'ringan-ringan' atau 'terlanjur'
sebelum kahwin di ketika bercinta,tanpa
tawbat yang sangat serius,rumah tangga mereka pasti
goyah.Kemungkinan besar
apabila telah berumahtangga, si suami atau isteri ini
akan terjebak juga
dengan 'ringan-ringan' dengan orang lain pula.
Hanya dengan tawbat nasuha dapat menghalangkan
aktiviti mungkar itu dari
melepasi alam rumah tangga mereka. Seterusnya, ia akan
merebak pula kepada
anak-anak mereka, ini kerana benih
'ringan-ringan' dan 'terlanjur' ini akan
terus merebak kepada zuriat mereka. Awas..!! Dalam hal
ini, semua suami dan
ayah perlu bertindak bagi mengelakkan diri mereka
jatuh dalam dayus.
Jagalah zuriat anda. Suami juga patut sekali sekala
menyemak hand phone
isteri,beg isteri dan lain -lain untuk memastikan
tiada yang diragui.
Mungkin ada isteri yang curang ini dapat
menyembunyikan dosanya,
tetapisepandai- pandai tupai melompat akhirnya akan
tertangkap jua.
Saya tahu,pasti akan ada wanita yang kata."habis,
kami ini tak yah check
suami kami ke ustaz?" Jawabnya, perlu juga,cuma
topic saya sekarang ni
sedang mencerita tanggung jawab suami.Maka perlulah
saya fokus kepada tugas
suami dulu ye.Cemburu seorang suami dan ayah adalah
wajib bagi mereka demi
menjaga maruah dan kehormatan isteri dan anak-anaknya.
Diriwayatkan bagaimana satu peristiwa di zaman Nabi
> >
Berkata Ubadah bin Somit r.a :
"Jika aku nampak ada lelaki yang sibuk bersama
isteriku,nescaya akan ku
pukulnya dengan pedangku", maka disampaikan
kepada Nabi akan kata-kata
Sa'ad tadi,lalu nabi memberi respond :
"Adakah kamu kagum dengan sifat
cemburu (untuk agama) yang dipunyai oleh Sa'ad
?Demi Allah,aku lebih kuat
cemburu (ambil endah dan benci demi agama)
berbandingnya, malah Allah lebih
cemburu dariku, kerana kecemburuan Allah itulah maka
diharamkan setiap
perkara keji yang ternyata dan tersembunyi. ."
Riwayat Al-Bukhari &
Muslim )
Lihat betapa Allah dan RasulNya inginkan para suami
dan ayah mempunyai
sifat protective kepada ahli keluarga dari melakukan
sebarang perkara keji
dan mungkar, khasnya zina.
BILA LELAKI MENJADI DAYUS?
Secara mudahnya cuba kita lihat betapa ramainya lelaki
akan menjadi DAYUS
apabila :-
1) Membiarkan kecantikan aurat,bentuk tubuh isterinya
dinikmati oleh
lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja)
atau di luar rumah.
2) Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang
tidak diketahui
bersama dengan lelaki apa dan siapa,serta apa yang
dibuatnya di pejabat dan
siapa yang menghantar.
3) Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuannya
dewasanya
terlihat (terselak kain ) semasa menaiki motor atau
apa jua kenderaan
sepanjang yang menyebabkan aurat terlihat.
4) Membiarkan anak perempuannya ber'dating'
dengan tunangnya atau
teman lelaki bukan mahramnya.
5) Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan
pasangannya di rumah
kononnya ibubapa 'sporting' yang memahami
6) Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak
perempuan dan
isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah.
7) Membiarkan anak perempuannya memasuki akademi
fantasia,mentor,
gang starz dan lain-lain yang sepertinya sehingga
mempamer kan kecantikan kepada jutaan manusia bukan mahram.
8) Membiarkan isterinya atau anaknya menjadi pelakon
dan berpelukan
dengan lelaki lain,kononnya atas dasar seni dan
lakonan semata-mata. Adakah
semasa berlakon nafsu seorang lelaki di hilang? Tidak
sekali-sekali.
9) Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa
menutup aurat
dengan sempurna (melabuhkan tudung hingga ke dada)
10) Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh
lelaki lain tanpa
sebab yang diiktiraf oleh Islam seperti
menyelamatkannya dari lemas dan
yang sepertinya.
11) Membiarkan isterinya bersalin dengan dibidani oleh
doktor lelaki
tanpa terdesak dan keperluan yang tiada pilihan.
12) Membawa isteri dan anak perempuan untuk dirawati
oleh doktor lelaki
sedangkan wujudnya klinik dan hospital yang mempunyai
doktor wanita.
13) Membiarkan isteri pergi kerja menumpang dengan
teman lelaki sepejabat
tanpa sebarang cemburu.
14) Membiarkan isteri kerap berdua-duan dengan pemandu
kereta lelaki
tanpa sebarang pemerhatian.
Terlalu banyak lagi jika ingin saya coretkan di
sini.Kedayusan ini hanya
akan sabit kepada lelaki jika semua maksiat yang
dilakukan oleh isteri atau
anaknya secara terbuka dan diketahui olehnya, adapun
jika berlaku secara
sulit,suami tidaklah bertanggungjawab dan tidak sabit
'dayus' kepada
dirinya.
Mungkin kita akan berkata dalam hati :-
"Jika demikian, ramainya lelaki dayus di
kelilingku" Lebih penting adalah
kita melihat,adakah kita sendiri tergolong dalam salah
satu yang disebut tadi.
Awas wahai lelaki beriman..jangan kita termasuk dalam
golongan yang berdosa
besar ini.Wahai para isteri dan anak-anak
perempuan,jika anda sayangkan
suami dan bapa anda,janganlah anda memasukkan mereka
dalam kategori DAYUS
yang tiada ruang untuk ke syurga Allah SWT.Sayangilah
dirimu dan
keluargamu. Jagalah dirimu dan keluargamu dari api
neraka. Akhirnya, wahai
para suami dan ayah, pertahankan agama isteri dan
keluargamu walau terpaksa
bermatian kerananya.
Nabi SAW bersabda :
"Barangsiapa yang mati dibunuh kerana
mempertahankan ahli keluarganya, maka
ia adalah mati syahid"
(Riwayat Ahmad,Sohih menurut Syeikh Syuaib Arnout)
1 comment:
very nice article bro..
looking for more bombastic post from u..
keep it up..
Post a Comment