Friday, January 2, 2009

aLasan LeLaki!!!!!!

1. Sumber KewanganTidak Mencukupi
Ramai wanita tidak tahu betapa sukarnya seorang lelaki mengumpul wang untuk perbelanjaan sebuah majlis perkahwinan (mas kahwin dan hantaran). Meski pun mas kahwin telah ditetapkan mengikut adat dan akta negeri masing – masing, namun ada segelintir ibu bapa yang sewenang – wenangnya meletakkan nila mas kahwin dan juga wang hantaran anak mereka sesuka hati. Malah ada yang melampau sehinggakan mencetuskan pandangan serong seseolah seperti ingin "menjual anak"

2. Kereta vs Kahwin
Lelaki akan bersusah payah memberikan keselesaan kepada buah hatinya. Kereta diangap sebagai sesuatu yang amat penting bagi sebarang urusan kehidupan termasuklah hubungan. Adalah amat penting bagi lelaki memiliki sebuah kereta (walaupun kecil dan murah) demi memastikan statusnya dimata buah hati sentiasa terpelihara. Bak kata mereka, "tak ada kereta, perempuan takkan pandang".

3. Payah bertemu yang bekenan di hati
Fakta sebenarnya, memang sukar buat lelaki menemui gadis pilihan hati.apatah lagi wanita zaman sekarang serba – serbi memandang harta dan kemewahan. Dalil lelaki, "ada duit, sayaaanngg ….. abang, tiada duit, saying pun melayang"

4. Belum sampai jodoh
Sebetulnya, jangankan teman wanita, kekasih hati pun masih belum ada

5. Terlalu banyak halangan
Lelaki amat tidak menyenangi beberapa akta dan undang-undang perkahwinan yang diwajibkan ke atas mereka. Kursus kahwin dan ujian HIV antara beberapa perkara yang membantutkan hasrat lelaki untuk terus memikirkan soal berumahtangga. Apatah lagi jika wujudnya konflikk tentangan antara Keluarga.

6. Masih belum bersedia
Kenyataannya, memikul tanggungjawab sebagai ketua dan pemimpin keluarga memang satu tanggungjawab yang esar dan berat. Wanita tidak ambil endah atau ambil pusing tentang itu semua. Diri sendiri kurang terurus, inikan pula ingin berumahtangga.

7. Ilmu masih cetek
Soal kemampuan zahir dan batin bukannya punca utama lelaki mengelak dari berumahtangga. Lelaki perlukan masa untuk mengenal anatomi terutama sekali soal hati dan perasaan seseorang wanita. Ini kerana lelaki enggan dipersalahkan jika rumahtangga ditakdirkan goyah atau huru-hara. Kerana akhirnya, lelaki juga yang dipandang hina.

8. Membimbing vs dibimbing
Berkahwin bukan sahaja menuntut tanggungjawab kepada keluarga malah lebih berat lagi kepada pasangan. Apa akan jadi jika anda dan pasangan anda serentak sahaja kerenahnya? Bukannya mudah mencari atau mendapatkan pasangan yang memahami. Yang tahu membawa diri dan tahu peranan haluan sebagai isteri.

9. Pernah dikecewakan
Hujah lelaki, wanita kerap kali mengecewakan hati mereka. Gara-gara segelintir wanita yang memburu kemewahan duniawi, ramai lelaki yang patah hati. Sanggup mengejar mereka yang bergelar duda aau orang tua semata-mata kerana RM dan harta. Apabila berjaya, yang tulus mengasihi akhirnya kecewa merana sendiri

10. Beratnya tanggungjawab
Memang tepat! Tanggungjawab lelaki memang besar tidak seperti wanita, serba-serbi ditanggung lelaki. Semasa bujang, wanita dtanggung oleh bapa atau saudara lelaki. Selepas berpunya, wanita ditanggung sepenuhnya oleh suami. Namun ironinya hakikat kini ramai kaum isteri yang sama membanting tulang menggalas tanggungjawab keluarga wlaupun sepatutnya menjadi hak mutlak lelaki bergelar suami.

No comments: