Monday, January 19, 2009

KATAKAN KiTA NIE.....

Katalah kita ni polis, sedang duduk dalam kereta peronda Kita sambil minum
kopi. Tiba-tiba radio kita berbunyi, mengatakan ada dua kes yang diminta
kita menangani salah satu darinya. Dua-dua kes orang kena tangkap mencuri.
Kes pertama di kampung hulu, seorang lelaki ditangkap mencuri duit
seringgit. Kes kedua di kampung hilir, seorang warga asing kena tangkap
mencuri duit 20 ribu ringgit.
Kes mana yang kita kejarkan dulu? Agaknya tentulah kita segera berkejar ke
kampung hilir, ye tak? I mean, apalah sangat duit seringgit, itupun nak
report polis ke? Tapi bagaimana kalau lepas tu kita tahu hakikatnya
begini: Dalam kes pertama, duit itu kepunyaan seorang anak yatim piatu
peminta sedekah, dan duit itu sajalah yang ada padanya untuk digunakan
membeli roti setelah beberapa hari tak makan? Sedangkan dalam kes kedua,
duit itu kepunyaan orang kaya bakhil yang seumur hidupnya tak pernah
keluar zakat?
Tiba-tiba, baru kita sedar perbezaannya, antara prinsip dan appearance.
Kalau ikut prinsip, tentulah kes pertama lebih berat, walaupun hanya
melibatkan duit seringgit. Tapi sebab kita hidup ini dah biasa
menghakimkan orang serta peristiwa dari segi luaran, maka selalu minda
kita tertipu.
Stephen Covey, dalam bukunya "Seven Habits of Highly Effective People"
menceritakan pula begini:
Kita sedang duduk di sebuah bangku dalam taman. Sedang kita enak menikmati
sandwic dan Coke kita di tengah taman dengan udara bertiup lembut
itu,tiba-tiba datang seorang lelaki bersama 2 orang anak kecilnya duduk di
sebelah kita. Lelaki itu hanya menung panjang melihat ke tasik dan
mendiamkan diri sementara anak-anaknya berlarian macam setan
menjerit-jerit sekuat hati. Orang yang lalu lalang semuanya melihat dengan
kening berkerut-kerut perangai budak-budak yang tak tahu hormat pada orang
lain tu.
Kita pun lama-lama semakin bengang. Setan sungguh budak ni! Apahal mamat
ni diammm je, tak nak tegur ke anak-anak dia ni? Lepas dah tak tahan
sangat, kita pun tegur lelaki itu. Boleh tak encik suruh anak-anak encik
tu dok diam-diam, saya tengah nak makan sandwic ni!
Lelaki itu melihat pada kita seketika sebelum tersenyum sedikit. "Maafkan
saya," kata lelaki itu. "Dan maafkan anak-anak saya tu.Sebenarnya, isteri
saya - ibu mereka - baru meninggal dunia sebab kanser di hospital, dan
saya tak tahu macamana nak terangkan pada mereka hal ini." Kemudian dia
sambung : "Biarlah saya bawa mereka ke tempat lain supaya tak menganggu
anda makan."
Apa rasa kita masa itu? Sebab itulah bila teringat ayat Qur'an mengatakan,
beza antara manusia itu hanyalah iman dan taqwa, saya sering berasa
menyesal.Sebab saya selalu menghukum orang melihat keadaan luarannya!
Bagaimana dengan anda?

No comments: