Friday, January 2, 2009

Hukum Isteri Meleteri Suami

Assalamualaikum
>
> Hukum Isteri Meleteri Suami ......
>
> " Abang ni balik je kerja, tak nak langsung tolong
> saya siapkan kerja rumah. Baca suratkhabar, menghadap
> TV, itu jelah yang awak tahu. Kitakan sama-sama bekerja
> bang.
> Saya pun penat macam abang juga.Sekurang- kurangnya
> buatlah air kopi sendiri, bukannya susah pun. Tukarkan
> lampin anak ke, ringan sikit kerja saya ni. Nak masak lagi.
> Abang juga yang nak makan nanti... pot.. pet.. pot..
> pet..... " leter Ina kepada suaminya sejurus kembali
> dari pejabat masing-masing.
>
> Kalaulah Ina tahu, betapa besar hukuman serta dosanya
> meleteri suami sendiri,sudah tentu dia tidak akan mengulangi
> perbuatannya itu. Lebih-lebih lagi, sekiranya Intan
> menghayati ganjaran pahala yang tidak ternilai kerana
> berbakti kepada suaminya. Dia tidak akan merasa susah
> mahupunpenat dalam melaksanakan tanggungjawabnya sebagai
> isteri dan ibu.
>
> Dewasa ini boleh dikatakan fenomena isteri meleteri suami
> atau dalam kata lain tidak menghormati suami. Bagaikan sudah
> menjadi satu perkara lumrah bagi kebanyakkan pasangan, tanpa
> sedikitpun merasa bersalah melayani mereka seperti adik
> lelaki sahaja lagaknya.
>
> Apa yang lebih mendukacitakan, apabila ada di kalangan
> isteri yang menyifatkan menjaga peribadinya dengan bersikap
> sopan terhadap suami sebagai ketinggalan zaman.
>
> Keadaan ini juga akan menjadi model yang tidak baik kepada
> anak-anak yang mungkin diwarisi dari satu generasi ke satu
> generasi lain sehingga akhirnya menjadi satu budaya yang
> negatif.
>
> Banyak nas al-Quran, terutamanya hadis Nabi yang
> membincangkan tentang kewajipan isteri mentaati suami,
> selagi tidak
> diminta melakukan perbuatan maksiat.
>
> Sabda Rasulullah s. a. w. yang bermaksud: " Jika
> sekiranya aku berhak menyuruh seseorang supaya sujud kepada
> seseorang yang lain, nescaya aku menyuruh para isteri sujud
> kepada suaminya. " Hadis tersebut menerangkan betapa
> kepatuhan isteri terhadap suami amat diutamakan demi
> kebaikan sesebuah institusi keluarga, sesuai kedudukannya
> sebagai pemimpin rumah tangga.
>
> Demikian juga halnya ketika junjungan besar Nabi Muhammad
> s. a. w. mikraj kelangit. Baginda telah dipersaksikan dengan
> neraka dan penghuninya yang kebanyakkannya terdiri daripada
> kaum wanita.
>
> Ali Karramallahu Wajhah berkata: "
> Aku masuk ke rumah Nabi beserta Fatimah,aku mendapati
> baginda sedang menangis tersedu-sedan ." Aku bertanya,
> " Ya Rasulullah, apa yang! membuat anda menangis?
> "
>
> Baginda menjawab, " Ya Ali, pada malam aku
> diangkat ke langit, aku melihat kaum perempuan daripada
> umat ku
> disiksa di neraka dengan bermacam-macam seksaan. Lalu aku
> menangis kerana begitu berat seksaan mereka yang aku lihat.
> "
>
> MENGHERDIK
>
> Baginda antara lain melihat perempuan yang digantungkan
> dengan lidahnya, sedangkan air panas dituangkan ke dalam
> tenggoroknya kerana ia telah menyakitidan menyumpah-nyumpah
> suaminya.
>
> Ada isteri yang tergamak bercakap kasar malah mengherdik
> suaminya kerana tidak mendapat apa yang diminta seperti
> barang kemas, perabot rumah berupa set sofa dan TV rata 29
> inci yang menjadi trend semasa.
>
> Lebih buruk lagi perangai si isteri apabila
> membanding-bandingk an suami dengan jiran tetangga yang
> mampu menyediakan barangan terbabit, sekali gus dilabelkan
> sebagai suami mithali. Bukan tidak boleh sama sekali meminta
> sesuatu daripada suami tetapi
> janganlah menggesa
> mereka menuruti kemahuan anda sehingga membebankan
> dirinya.
>
> Sebaliknya, isteri patut bersyukur kerana berpeluang meraih
> keredhaan Allah.
>
> Nabi Muhammad s. a. w. bersabda, " Sesungguhnya Allah
> tidak memandang kepada seorang isteri yang tidak bersyukur
> kepada suaminya. "
>
> Hal ini biasa terjadi kepada suami yang miskin, manakala
> isterinya pula tergolong dalam orang-orang berada, yang suka
> mengungkit-ungkit mengenai hartanya, apatah lagi yang telah
> dinafkahkan kepada suaminya.
>
> Mungkin ia agak sukar untuk dipenuhi apatah lagi bagi
> isteri yang bekerja,namun percayalah, ia bukan sahaja akan
> menjadi perkara biasa tetapi juga
> ringandan lancar, jika
> kita menganggapnya sebagai ibadah dan juga satu jihad.
>
> Marilah kita sama-sama merenungi kisah anakanda kesayangan
> Nabi Muhammad s. a.w. iaitu Fatimah Az-Zahra yang
> melaksanakan rutin hariannya sebagai seorangsuri rumah
> tangga secara sendirian tanpa pembantu. Fatimah pada suatu
> hari telah meminta suaminya, Ali pergi menemui Rasulullah s.
> a. w. dan meminta jasa baik baginda untuk menyerahkan
> seorang wanita tawanan perang sebagai pembantu rumah.
>
> Rasulullah bagaimanapun tidak dapat memperkenankan
> permintaan puterinya kerana semua harta rampasan perang
> termasuk wanita-wanita itu bukan menjadi milik baginda,
> tetapi milik negara Islam dan kaum Muslimin seluruhnya.
>
> Baginda tidak dapat memberikan sesuatu yang bukan menjadi
> miliknya.
>
> Permintaan Fatimah itu membimbangkan baginda, bukan kerana
> tugas berat yang sedang dipikul oleh puterinya itu tetapi
> disebabkan oleh bayangan keluh kesah seorang isteri yang
> tertekan akibat tugas-tugas
> yang perlu dibereskannya.
>
> Pada sebelah malamnya, baginda telah mengunjungi rumah
> Fatimah dan menyatakan kepadanya: " Apakah kamu berdua
> (Fatimah dan Ali) suka kepada satupemberian yang akan ku
> berikan ini, sedangkan ia lebih baik daripada apa yang kamu
> minta siang hari tadi? "
>
> Fatimah amat sukacita mendengarkan tawaran tersebut
> sekalipun dia tidak mengetahui apa bentuknya. Rasulullah
> menyatakan kepada Fatimah bahawa hendaklah dia membaca
> Subhanallah, Alhamdulillah dan Allahu Akbar,
> masing-masing sebanyak 33 kali setiap kali sebelum
> tidurnya.
>
> Semenjak itu, wirid yang diajarkan oleh Rasulullah telah
> menjadi amalan anakdan menantunya. Hasilnya, Fatimah
> mendapati dia tidak lagi menjadi keluh kesah dalam
> menghadapi apa jua kerja-kerja sehariannya yang berat, malah
> merasa cukup bahagia melakukannya.
>
> Baginya, segala tugasan yang disempurnakannya sebagai
> seorang suri rumah merupakan satu amalan yang solehah.
> Dengan taufik Allah, sesungguhnya walauseberat mana
> sekalipun tugasan yang menanti di rumah, tidak akan
> memenatkan
> selagi steri tidak meletakkan dirinya seolah-olah sama
> taraf dengan suami, walau setinggi mana sekalipun darjatnya.
>
>
> Kepada para suami, kita sama-sama maklum, dalam zaman moden
> yang serba mencabar ini terutamanya di bandar-bandar besar,
> kita tidak dapat mengelak kos sara hidup yang tinggi
> sekaligus memerlukan kedua-dua suami isteri keluar bekerja.
>
> Si isteri telah melakukan pengorbanan mencari rezeki
> tambahan untuk menyara keluarga yang sepatutnya menjadi
> tanggungjawab suami. Jadi sudi apalah kiranya sang suami
> bersama-sama meringankan tugas si isteri seadanya. Bukankah
> Rasulullahs. a. w. telah berpesan supaya para suami berbuat
> baik kepada isteri mereka.Jikalau isteri taat kepada kalian,
> janganlah pula menyusahkan mereka.
>
> Nabi Muhammad s. a. w. bersabda yang ertinya: "
> Orang-orang yang terbaik daripada kamu
> sekalian adalah yang lebih baik dalam mempergauli
> keluarganya dan saya adalah yang terbaik dalam mempergauli
> keluargaku. "
>
> Bagi kaum wanita & lelaki yg sudah berumah-tangga,
> marilah kitasama-sama belajar saling tolong-menolong
> meringankan beban pasangan kita.
>
> Semoga kisah tadi membawa menfaat bagi kita semua...
> insya'Allah. .
>
> SIKAP ISTERI tidak menghormati SUAMI adalah GEJALA SOSIAL
> MUSLIM sekarang. Ia dilakukan kerana berfikir bahawa SUAMI
> mesti buat seperti ISTERI dalam RUMAHTANGGA.
>
> TABIAT-ISTERI suka meleteri suami dan
> TABIAT-SUAMI yang suka meletakkan semua tanggungjawab
> rumahtangga ke atas bahu isteri semata-mata; mestilah
> dihentikan, demi mendidik MENTAL ZURIAT kita ke suatu BUDAYA
> IBADAT.

No comments: